Pages

Sunday, May 31, 2009

SEPETANG DI BANDARAYA KT

SALAM UKHUWAH

Berkesempatan ke Bandaraya Kuala Terengganu pada petang 30hb Mei 2009, ana sempat meninjau beberapa tempat yang menjadi tarikan dalam dua tiga hari ini.Yang pertama Kejohanan Sepaktakraw Dunia yang bertempat di Stadium Negeri,berhadapan Hospital SNZ.
Stadium yang sepi dan pernah menjadi tempat mengumumkan calon PRK,calon PAS YB A Wahid dulu dihias cantik bagi menyambut peserta sepaktakraw dari Thailand,Indonesia,Vietnam,Iran,China dan beberapa negara lagi yang ana tak ingat.



KELIHATAN CANTIK DARI DALAM


Tetapi tak jauh dari situ lebih kurang 50 meter dimana terdapat sebuah hentian bas dan sebuah warung yang tidak elok dipandang.Hanya dipisahkan oleh pagar.Apakah Majlis Bandaraya ada meninjau kawasan dalam bandar terutamanya.Sesiapa yang berkesempatan ke KT,boleh lihat sendiri apakah tahap kebersihan bandaraya Persisir Air ini.



SEBUAH RUMAH BURUK BERSEBELAHAN STADIUM NEGERI YANG CACAT PENGLIHATAN,SEDARKAH MBKT ???

Manakala tempat kedua yang berlangsungnya konsert Search di Awan Biru pada malam 29hb Mei lalu,iaitulah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula kelihatan kerja baikpulih sedang berjalan.Malangnya terlupa tangkap gambar.
Sedang ana melintasi jalan dihadapan Bangunan Yayasan Terengganu,ternampak sebotol kosong tertulis Guiness stout,ini tentulah sisa daripada konsert yang berlangsung kelmarin.Kerana hari cuti mungkin tiada kerja pencucian dijalankan atau apa yang berlaku?Saudara boleh jawab sendiri.



BOTOL DI TENGAH LALUAN PEJALAN KAKI



Cukup untuk coretan ringkas ini semoga dapat membuka minda semua apakah Kerajaan Negeri sedia lakukan untuk rakyat Terengganu.samada pembangunan tanpa moral atau pembangunan mengikut Islam.Lu fikirlah sendiri....



LALUAN PEJALAN KAKI YANG TAK SEMPAT DIBAIKI ????

Friday, May 29, 2009

ULANG TAHUN PERTAMA



SALAM UKHUWAH,

Setelah ana tengok balik dalam blog ni dan kiraan pemgunjung dalam web stats counter,ana telah dapati bahawa blog ini sebenarnya telah setahun lebih.Bermula pada 16hb Mei 2008 dan sekarang 29 Mei 2009,jadi lebih setahun berlalu.

Ana mengharapkan akan ada komen dan cadangan dari sahabat untuk memaju dan menambah baikkan laman blog Pemuda Rantau Abang ini.

Semoga berkekalan perjuangan kita semua.

Takbir

Thursday, May 28, 2009

10 Peratus Pendapatan Pertama Projek Penapisan Minyak Untuk Rakyat



JITRA, 28 Mei (Bernama) -- Sepuluh peratus daripada pendapatan tahunan pertama hasil projek penapisan minyak yang dikenali sebagai Sungai Limau Hidrokarbon Hub akan disalurkan untuk kepentingan rakyat di Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata kerajaan negeri dijangka menerima pendapatan daripada projek penapisan minyak itu menjelang 2014 dan ia dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan masing-masing.

"Kira-kira RM40 juta akan disalurkan kepada golongan miskin dan ibu tunggal. Kalau mereka perlukan kediaman, kerajaan negeri akan beri rumah, kalau perlukan kos untuk rawatan penyakit, kita akan beri dalam bentuk wang tunai.

"Kalau pendapatan daripada tahun pertama tidak cukup, kita akan sambung dengan pendapatan tahun kedua pula kerana setiap tahun kerajaan negeri dijangka menerima keuntungan sebanyak RM400 juta," katanya kepada pemberita selepas melancarakan Program Kesedaran Komuniti Perdana di Masjid Jamek Kodiang, dekat sini hari ini.

Sungai Limau Hidrokarbon Hub yang dulunya dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan membabitkan kilang yang memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum ditapis dan dijual ke negara-negara Asia Timur.

Projek yang akan dikendalikan oleh Merapoh Resources Sdn Bhd dan Hijaz Refinery Sdn Bhd itu bernilai RM40 bilion dan akan menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 30,000 penduduk tempatan.

-- BERNAMA

PRK MANEK URAI...



PUTRAJAYA: SPR menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi DUN Manek Urai, Kelantan.

Jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung 14 Julai.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini hari ini.

Menurut beliau, penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan pegawai-pegawai SPR untuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap, aspek logistik, masa yang mencukupi utk petugas-petugas, aspek keselamatan dan mengambil kira peristiwa-peristiwa lain khasnya di Kelantan.

Abdul Aziz berkata, walaupun hari penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada hari bekerja namun ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana 90 peratus pengundi adalah penduduk tempatan yg tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sendiri.
sumber: mStar Online

Wednesday, May 27, 2009

NIZAR TARIK DIRI TANDING NAIB PRESIDEN, TANTAWI SAH KETUA PEMUDA PUSAT



TUESDAY, MAY 26, 2009

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sah menarik diri daripada persaingan jawatan naib presiden PAS, sementara Nasrudin Hassan menang tanpa bertanding ketua Pemuda. Daripada 16 yang dicalonkan untuk tiga jawatan kanan tersebut, hanya lima tokoh PAS bersaing.

Ketua Pemuda sekarang Salahuddin Ayub, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan tiga ahli jawatankuasa pusat Mujahid Yusof Rawa, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nik Amar Nik Abdullah mengesahkan bertanding.

Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak itu hanya berminat bersaing bagi menganggotai jawatankuasa pusat PAS.Seperti diduga, jawatan timbalan presiden menyaksikan perebutan tiga penjuru antara penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Bagi Pemuda PAS, dua lagi jawatan kanan turut dimenangi tanpa bertanding - masing-masing Azman Shapawi Abd Rani sebagai timbalan ketua dan Ahmad Sabki Yusof (naib ketua).

Jawatan ketua Dewan Muslimat menyaksikan persaingan dua penjuru, antara penyandang Nuridah Salleh dengan pencabarnya Dr Asiah Ali.Guru agama itu dicabar ahli jawatankuasanya sendiri, yang juga mantan pensyarah UiTM.Jawatan timbalan ketua menyaksikan persaingan antara penyandang Wan Hasrina Wan Hassan dan naib ketuanya Siti Zailah Mohd Yusoff.

Datuk Harun Taib menguasai kembali ketua Dewan Ulama tanpa bertanding seperti dua lagi jawatan kanan - timbalannya kini Datuk Ahmad Yaakob dan naib ketua Datuk Mahfodz Mohamed. Ahmad yang juga timbalan menteri besar Kelantan menang tanpa bertanding apabila penyandangnya Hashim Jasin enggan mempertahankan jawatan tersebut.

Senarai penuh calon-calon barisan pemimpin PAS diumumkan dalam satu sidang media khas di ibu pejabat parti, Kuala Lumpur pagi ini.Pengerusi Jawatan Pemilihan PAS Datuk Mustafa Ali berkata 54 orang menawarkan diri daripada 86 yang dicalonkan untuk merebut 18 jawatankuasa pusat PAS.

Tambahnya, pemilihan awal bulan depan menarik perhatian kerana buat pertama kali lapan wanita menawarkan diri, lebih 30 peratus daripada kerusi yang diperuntukkan."Ada di kalangan mereka menjadi ahli parlimen dan Adun, jadi mereka semakin dikenali," katanya.Mustafa berkata keputusan jawatan kanan parti akan diumumkan selewat-lewatnya pada pagi 6 Jun, hari kedua persidangan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Jawatankuasa pemilihan parti itu dianggotai 45 anggota. Lebih 1,000 perwakilan PAS dari 176 kawasan akan memeriahkan muktamarnya ke-55, khususnya menentukan calon nombor dua parti yang dianggap persaingan aliran pro-muqabalah dengan pro-Pakatan Rakyat.
( SUMBER : www.malaysiakini.com )

SUKAN PASTI DUNGUN 2009-PART 2

SALAM UKHUWAH,







Tuesday, May 26, 2009

Nasruddin Tantawi dipilih Ketua Pemuda PAS, lima tanding Naib Presiden



KUALA LUMPUR, 26 Mei : - Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding.

Dengan ini, Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Safawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.

Selain itu, calon-calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS ialah seramai lima orang iaitu Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Mujahid Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.

Lain-lain keputusan rasmi menyusul kemudian. Harakahdaily

Saturday, May 23, 2009

SUKAN PASTI DUNGUN 2009



SALAM UKHUWAH,

Sukan PASTI telah dijalankan pada 23 hb Mei 2009, Sabtu bertempat di Masjid Sura Lama,Dun Paka, Dungun.Acara yang dijalankan termasuk bolasepak,bolajaring,kasut gergasi,larian,tarik tali dan lain-lain.Acara sedang berjalan dengan sedikit hujan renyai mulai turun.


HADIAH PEMENANG


PENDAFTARAN KONTIGEN DAN IBUBAPA


IBUBAPA YANG HADIR


PASUKAN BOLASEPAK DUN RANTAU ABANG


RANTAU ABANG VS SURA


RANTAU ABANG (1) VS (2) SURA


IBUBAPA MENJADI PENONTON SETIA




PAKA (1) VS (5) BUKIT BESI


ACARA LARIAN

Friday, May 22, 2009

COMELNYA KELUARGA ISLAM


SALAM UKHUWAH,
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah berkesempatan memberi motivasi keluarga kepada muslimat petang tadi jam 300 telah menarik kehadiran yang agak ramai.Ustaz yang memenag terkenal dengan ceramah beliau,sedikit sebanyak telah memberi sedikt ilmu mengenai rumahtangga.Muslimat yang hadir memenuhi ruang Surau POk SOH,manakala muslimin pula berada di bawah dua kanopi yang disediakan oleh pihak Surau.

Program ini juga bersempena dengan Usrah Bulanan DUN Rantau Abang.Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT dalam meneruskan agenda dalam memperjuangkan Islam di muka bumi ini
Wasssalam

Info Manek Urai



N41 MANEK URAI DALAM PARLIMEN P31 KUALA KRAI
Jumlah Pengundi: 12,292
Peratusan Kaum: M:99.25% C:0.44% I:0.26% L:0.02%
1. Ismail Yaacob (Pas) (5,746)
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) (4,394)
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192
Penyandang: Mohamed Zulkifli Omar (BN)
(Majoriti: 53 undi)

Wednesday, May 20, 2009

Tentatif Program Muktamar Pemuda PAS



MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KALI KE-50

MAJLIS PERASMIAN
09 Jamadil Akhir 1430 / 3hb Jun 2009 (Rabu)

12.00 - 05.00 petang - Pendaftaran dan Taklimat Program
05.30 - 07.00 petang - Majlis Jamuan Keraian Muktamar
08.00 - 08.10 malam - Para Perwakilan dan pemerhati mengambil tempat
08.10 - 08.15 malam - Ketibaan Ketua, Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Pemuda PAS Negeri-Negeri
08.15 - 08.25 malam - Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
08.25 - 08.50 malam - Ucapan Aluan Pengerusi
08.50 - 09.00 malam - Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PAS
09.00 - 09.10 malam - Bacaan ayat suci Al-Quran
09.10 - 09.20 malam - Ucapan Aluan Setiausaha merangkap Pengerusi Panitia Muktamar
09.20 - 10.00 malam - Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
10.00 - 10.10 malam - Persembahan Multimedia dan Persembahan Seni
10.10 - 11.00 malam - Ucapan Perasmian Muktamar Tahunan ke 50
11.00 - 11.10 malam - Penyampian anugerah-anugerah
11.10 - 11.30 malam - Jamuan Ringan / Sidang Media

MUKTAMAR PENUH
10 Jamadil Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

08.15 - 08.30 pagi - Aluan Pengerusi Tetap
08.30 - 08.40 pagi - Membentang dan mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-49
08.40 - 09.35 pagi - Memilih Pengerusi Tetap, Timb. Pengerusi Tetap, Ketua, Timb. Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP dan 2 Pemeriksa Kira-Kira
09.35 - 10.00 pagi - Minum pagi
10.00 - 11.30 pagi - Membentang dan membahas Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2008
11.00 - 12.00 t/hari - Sesi menjawab dan menerima Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2008
12.00 - 01.30 t/hari - Membahas Ucapan Tema
01.30 - 02.30 petang - Makan tengahari dan solat Zohor
02.30 - 05.30 petang - Sambungan Perbahasan Ucapan Tema Ketua Pemuda
05.30 - 06.00 petang - Rehat / Solat Asar / minum petang
06.00 - 07.15 malam - Sambungan Perbahasan dan menerima Ucapan Tema Ketua Pemuda
07.15 - 08.20 malam - Solat Magrib / Makan malam
08.00 - 08.20 malam - Memilih 15 orang ke Muktamar Tahunan PAS ke 55
08.20 - 10.00 malam - Perbahasan dan menerima Usul-usul

MESY UPM-MTD SESSI 2009/2011 KE-1

SALAM UKHUWAH,
Alhamdulillah pada tanggal 19hb Mei 2009,mesyuarat kali pertama sessi 2009/2011 telah berjaya dilaksanakan di bawah pimpinan Pemuda yang baru setelah ,mantan ketua telah sampai umur.Mesyuarat bermula pada pukul 0930 malam dengan mantan ketua telah memberi sedikit ucapan dan harapan untuk Pemuda terus memacu jentera untuk PRU ke 13 akan datang.

Antara JPc yang hadir adalah Balai Besar,Gong Pasir,Pak Sabah,Serdang,Bemban/Alor Rekam,Pulua Serai,Seberang Pintasan dan Kg Baru.

Mesyuarat semalam telah berjaya membentuk jawatankuasa baru dengan portfolio yang penting dalam organisasi.Seramai lebih kurang 10 orang juga dilantik bagi mengisi portfolio yang kosong dengan AJK tambahan.





Semua ketua dan setiausaha JPC akan dilantik menanggotai jawatankuasa kecil yang akan dibentuk.Mesyuarat juga bersetuju untuk bermesyuarat penuh 3 bulan sekali dengan program Usrah juga akan dibuat dalam masa 3 bulan tersebut.Manakala jawatankuasa akan bermasyuarat sekali sebulan dan akan bermasyuarat jika ada keperluan untuk tindakan dan keputusan segera.

Semoga mendapat keredhaan Illahi dalam meneruskan perjuangan yang mulia ini.

Takbir Takbir Takbir

Sunday, May 17, 2009


Salam Ukhuwah,

Hampir 2 hari menyusun kembali blog untuk santapan yang lebih segar.Moga apa yang dipamerkan ini sedikit sebanyak akan mencetus idea sahabat sekalian untuk komen dan akan menjadi lebih baik untuk blog ini.
Wassalam

Saturday, May 16, 2009

TRANSFORMASI

SALAM UKHUWAH

DALAM PROSES KEMAS KINI BLOG KERANA KETUA PEMUDA TELAH BERTUKAR TANGAN DAN UPM-MTD RANTAU ABANG AKAN BERMESYUARAT UNTUK MEMBENTUK ORGANISASI BARU BAGI SESSI 2009/2011.KETUA DULU TELAH HABIS TEMPOH HAD UMUR.
WASSSALAM

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS


Harakahdaily
Sat | May 16, 09 | 12:33:25 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.


PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassin Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

H1 N1 ...


Mangsa pertama Influenza H1N1 stabil

LANGKAH BERJAGA-JAGA..Pegawai Kesihatan di Hospital Sungai Buloh mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng apabila seorang pelajar berusia 21 tahun yang dirawat di hospital berkenaan dijangkiti virus Influenza H1N1.

KUALA LUMPUR: Mangsa pertama kes influenza A(H1N1) di Malaysia kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Sungai Buloh dekat sini.
Pelajar lelaki berusia 21 tahun itu, yang pulang dari Amerika Syarikat dua hari lepas, kini dikuarantin di wad khas, yang terletak di tingkat empat hospital berkenaan.

Para pegawai hospital berkata pemerhatian menyeluruh akan dilakukan sepanjang masa di wad pesakit itu.
Sekatan diletakkan di tingkat empat iaitu lokasi wad berkenaan, dengan anggota polis dan kakitangan keselamatan hospital turut mengadakan pengawasan rapi.
Tiada siapa pun melainkan pihak berkuasa hospital dibenarkan berada berhampiran wad itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata pesakit terbabit mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam, dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 6.45 petang hari yang sama.
Ismail juga berkata mangsa telah pun diberikan rawatan antiviral.

Di perkarangan hospital, tiga buah khemah didirikan untuk mengendalikan saringan dan ujian ke atas penumpang pesawat MH091, yang menaiki penerbangan yang sama dengan pesakit terbabit dari Newark, Amerika Syarikat.
Setakat 6 petang ini, tiada tandatanda penumpang dari pesawat MH091 itu yang tampil untuk menjalani saringan.

Kumpulan media tempatan dan asing, yang lengkap memakai topeng muka, berkumpul di Hospital Sungai Buloh sejak 3 petang bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung pesakit berkenaan.

Pegawai hospital berkata anggota keluarga pesakit dikuarantin di rumah mereka.Pihak berkuasa hospital mungkin "menahan" mereka tidak lama lagi untuk menjalani beberapa ujian.
petikan mStar Online

Friday, May 15, 2009

BLOGGERS.....................


SALAM UKHUWAH,
Sejak kebelakangan ini ramai atau sudah banyak BLOG yang berada di persada maya ini.Tahniah buat semua yang mengaktifkan blog samaada atas nama Pemuda,kawasan,cawangan dan juga individu.Di sini ana ingin mengambil kesempatan untuk memohon agar kesemua yang terlibat dalam arena blog ini agar memanfaatkan apa jua agenda yang berteraskan perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia tercinta ini.

Kepada sahabat semua boleh sertakan url/blog masing-masing dalam shoutbox untuk ana linkkan dalam blog ana.
Wassalam

Sunday, May 03, 2009

Tahniah DPPNT


Tahniah kepada Dewan Pemuda Negeri yang telah bermuktamar pada 2hb Mei yang telah memilih :-

Pengerusi Tetap : Ustaz Hamzah Ngah
Timbalan Pengerusi Tetap : Ustaz Abu Bakar Salleh


13 Jawatankuasa DPP Terengganu Sesi 2009/2011.1.


1. Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (DPP Kuala Terengganu)
2.Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi (DPP Marang ~ Anak Tuan Guru Presiden PAS)
3.YB Ustaz Mohd Noor Hamzah (ADUN Bukit Payong)
4.Ustaz Ridzuan Hashim (DPP Kuala Nerus)
5.Ustaz Kamaruzaman Abdullah (DPP Hulu Terengganu)
6.Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali (DPP Kuala Nerus)
7.Ustaz Ahmad Kamal Ali (DPP Kuala Terengganu)
8. Ustaz Hisyamuddin Abd Karim (DPP Kemaman)
9. Ustaz Jamaludin Jusoh (DPP Dungun)
10.Ustaz Hazri Jusoh (DPP Kemaman)
11. Wan Mohd Faizul (DPP Kuala Terengganu)
12. Ustaz Mohd Hanafi Abdul Aziz (DPP Dungun)
13.Ustaz Saiful Ambia (DPP Hulu Terengganu)
(Disusun mengikut jumlah undi tertinggi)


Pemeriksa Kira - Kira


1. Badarudin Ismail
2. Zabidi Yusof


Setelah disyurakan , Al Fadhil Yb. Ustaz Mohd Nor Hamzah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu sementara Timbalannya disandang oleh Al Fadhil Ustaz Wan Shukairi Abdullah dan Naib Ketua ialah al Fadhil Ustaz Ridzuan Hashim.

Golongan ulama muda telah membarisi hampir kesemua Jawatankuasa DPPNT bagi sessi 2009/2011.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...