Pages

Sunday, May 31, 2009

SEPETANG DI BANDARAYA KT

SALAM UKHUWAH

Berkesempatan ke Bandaraya Kuala Terengganu pada petang 30hb Mei 2009, ana sempat meninjau beberapa tempat yang menjadi tarikan dalam dua tiga hari ini.Yang pertama Kejohanan Sepaktakraw Dunia yang bertempat di Stadium Negeri,berhadapan Hospital SNZ.
Stadium yang sepi dan pernah menjadi tempat mengumumkan calon PRK,calon PAS YB A Wahid dulu dihias cantik bagi menyambut peserta sepaktakraw dari Thailand,Indonesia,Vietnam,Iran,China dan beberapa negara lagi yang ana tak ingat.



KELIHATAN CANTIK DARI DALAM


Tetapi tak jauh dari situ lebih kurang 50 meter dimana terdapat sebuah hentian bas dan sebuah warung yang tidak elok dipandang.Hanya dipisahkan oleh pagar.Apakah Majlis Bandaraya ada meninjau kawasan dalam bandar terutamanya.Sesiapa yang berkesempatan ke KT,boleh lihat sendiri apakah tahap kebersihan bandaraya Persisir Air ini.



SEBUAH RUMAH BURUK BERSEBELAHAN STADIUM NEGERI YANG CACAT PENGLIHATAN,SEDARKAH MBKT ???

Manakala tempat kedua yang berlangsungnya konsert Search di Awan Biru pada malam 29hb Mei lalu,iaitulah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula kelihatan kerja baikpulih sedang berjalan.Malangnya terlupa tangkap gambar.
Sedang ana melintasi jalan dihadapan Bangunan Yayasan Terengganu,ternampak sebotol kosong tertulis Guiness stout,ini tentulah sisa daripada konsert yang berlangsung kelmarin.Kerana hari cuti mungkin tiada kerja pencucian dijalankan atau apa yang berlaku?Saudara boleh jawab sendiri.



BOTOL DI TENGAH LALUAN PEJALAN KAKI



Cukup untuk coretan ringkas ini semoga dapat membuka minda semua apakah Kerajaan Negeri sedia lakukan untuk rakyat Terengganu.samada pembangunan tanpa moral atau pembangunan mengikut Islam.Lu fikirlah sendiri....



LALUAN PEJALAN KAKI YANG TAK SEMPAT DIBAIKI ????

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...