Pages

Monday, August 24, 2009

SMS Terakhir RADHZI kepada Setpol MB Kedah


24 August 2009
Petikan KedahLanie.blogspot.com

Maka terjadilah ia seperti mana Qada dan QadarNya...

'Salam dan selamat berpuasa. Harap tidak disalah faham. Saya tidak marahkan PAS atau sahabat-sahabat dalam PAS, malah saya akan terus menghormati ustaz (Azizan) sebagai pemimpin, salam buat dia dan semua'.

Inilah sms terkahir YB Mohd Radzi Salleh (MRS) kepada saya jam 6 petang ini semalam. Saya selalu juga menerima sms daripada MRS sejak kenal beliau Mac 2008.

Nampaknya dia sudah nekad dalam karier politiknya. Dia sudah mengistiharkan apa yang menjadi sok-sek politik Kedah sejak Mei 2008 hingga kini. Tahniah di atas keberanian menyerlahkan maksud hatinya.

Adakah Kedah akan tumbang dengan 'bom' pertama ini? Bukankah bom ini berangkai? Inilah politik Kedah, tidak sama dengan Selangor, Penang, Perak maupun Kelantan. Maka, mengambil pendekatan negeri-negeri itu untuk membandingkan dan mengesahkan Kedah terlalu perlahan adalah tidak adil dan tidak wajar.

Kedah tidak akan tumbang, jika pin bom berangkai ini ditarik satu persatu, malah letupan pertama akan jadi sia-sia bagi mereka yang memegang pin. Ada orang menyangka kita tidak tahu apa yang mereka rancangkan, padahal satu persatu plan mereka sudah dibaca. Ada satu sms MRS yang dihantar kepada saya bulan Januari lalu menyatakan dia berpolitik sejak dua puluh tahun dulu. Semua selok belok politik sudah dihadami dan hal remeh temeh seperti khabar angin bahawa dia yang menjadi 'lam' dengan bekas MB, malas dia ambil kira. Tapi saya ambil kira semua itu.

Ada ribuan orang dalam PAS yang berpolitik sejak tahun 60-an. Lebih 40 tahun sudah mengenali politik Islam dan politik sekular, yang mencari dunia, yang mana mencari balasan baik di akhirat. Kita himpun semua pengalaman itu untuk mengkayakan pengalaman jemaah dalam politik. Pengalaman jemaah tentu lebih kaya berbanding seorang dua yang membuat makar.

Exco Akan Berganti....?

Mana ada dalam dunia politik berparti, seorang calon bebas menjadi exco tatkala ramai calon yang setia kepada parti, yang lebih berwibawa dan dipercayai tidak diangkat?

Kelakarnya ialah MRS mengumumkan keluar parti dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri DS Najib, yang sah dari BN, tetapi tidak melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan kekal sebagai Adun. Dia boleh kekal sebagai Adun Lunas, tetapi perlantikannya sebagai Exco adalah atas kuota PKR. Tentu PKR mahu kuota itu diisi oleh Adunnya yang lain.

Exco Kerajaan dilantik oleh KDYMM Tuanku Sultan atas nasihat YAB Menteri Besar. MRS mendapat nasihat yang agak baik bila menyebut dalam sidang akhbarnya bahawa Exco dilantik oleh Tuanku Sultan, dan Tuanku Sultan sahaja boleh memecatnya. Sebab itu, pagi tadi, dia datang ke pejabatnya di Blok E Wisma Darul Aman tanpa rasa apa-apa. Oleh kerana yakin Tuanku Sultan tidak akan memecatnya, maka dia secara terbuka mengistiharkan dia akan kekal sebagai Exco.

Adakah di akan dibiarkan begitu sahaja? Tidak!!! Dia sudah menjadi bebas, tidak berparti. Exco dilantik atas nasihat YAB MB kepada Tuanku Sultan atas sifat keputusan kolektif Ahli-ahli Yang Berhormat yang menang dalam DUN. jika Exco boleh diisi oleh sesiapa sahaja, lebih baik lantik Exco yang baik-baik yang banyak pengalaman dari UMNO atau MCA! Saya katakan yang baik-baik... kaki rasuah, kaki bolot tak boleh, kaki cari kekayaan, tak boleh! Kalau melihat rekod MRS, dia tak jauh beza dari 'kaki-kaki' itu.

Apa yang dia hilang dengan keputusannya itu? Banyak juga...elaun Exco RM15-16 ribu akan menyusut ke elaun Adun RM4,500 sebulan. Pencen sebagai Exco hilang kerana dia tidak berkhidmat cukup 36 bulan. Apa yang dia dapat? Banyak juga la barangkali...

Dia ada beberapa bidang tanah di Langkawi yang dibeli semasa menjadi Exco, dia ada kilang mencetak pakaian di Napoh, dia ada restoren di Shahab Perdana, dia ada beberapa isteri yang telah dikahwininya, salah seorang semasa menjadi Exco, tetapi sudah diceraikannya. Dia dapat banyak juga dah pun.. kalau itu yang dia cari...

Yang mencari dunia, ambillah dunia sebanyak mana yang dimahukan, tapi bagi yang bershahadah, ingatlah balasan di akhirat, yang mengharapkan balasan baik di akhirat, Allah akan bentangkan dunia secara percuma... esok kita bercerita lagi... lepas YAB MB mengadap maklum Tuanku Sultan..!

Setpol MB - Muhammad Sanusi Md Nor.
2 Ramadhan 1430 / 23 Ogos 2009

Wednesday, August 12, 2009

Monday, August 10, 2009

PRK N11 Permatang Pasir

SALAM SKHUWAH

PENAMAAN CALON-17 OGOS 2009 BERSAMAAN HARI ISNIN


PEMBUANGAN UNDI- 25 OGOS 2009 HARI SELASA


BULAN PUASA KITE GI PERMATANG PASIR.

ALLAH HUAKBAR 3X

PERIDU 09 - TAMAN REKREASI PINANG MERAH

SALAM UKHUWAH,

Pemuda Dungun kali ini benar-benar diuji dalam program tahunannya,Perhimpunan Pemuda Islam Dungun (PERIDU ) 2009.Jika sebelum ini, pengisian banyak bercorak santai dan sukan pemuda.Namun tahun ini,pengisian lebih tertumpu kepada ketahanan rohaniah dan batiniah bagi meningkatkan semangat dan daya juang pemuda.


KHEMAH DUN RANTAU ABANG

Program bertempat di tapak rekreasi Darul Bayan ini dimulakan dengan gotong royong mendirikan khemah penginapan mengikut DUN masing-masing.Perasmian PERIDU oleh Setiausaha PAS Kawasan Dungun terpaksa dihentikan lebih awal mengikut jadual setelah persekitaran perkhemahan mula menerima kehadiran hujan lebat serta angin kuat.



Akibat bekalan elektrik terputus, solat dan kuliah maghrib malam tersebut terpaksa ditemani cahaya lampu kenderaan sementara menanti bantuan alternatifnya.Namun awan gelap tak henti-henti mencurahkan isinya.Khemah penginapan mula diterbangkan angin.Kerja-kerja membaiki khemah diteruskan walau dalam hujan lebat.


PESERTA DUN RANTAU ABANG

Pada malam tersebut juga,majlis ceramah perdana Peridu tetap diteruskan.Cuma lokasinya dipindahkan ke Dewan Darul Bayan bagi memberi sedikit keselesaan kepada para pendengar.
Rehat dua per tiga malam pemuda terpaksa dikorbankan untuk program seterusnya iaitu Kembara Jihad.Dimulakan dengan Qiamullail yang diketuai oleh Ustaz Mohd Aruddin.

Program Kembara Jihad inilah yang benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal para pemuda.Jam menunjukkan pukul 3 pagi, namun ini tidak menghalang penglibatan semua pemuda bagi menjayakan slot yang mungkin tidak akan dilupakan dalam ingatan mereka.


Setiap kumpulan hanya dibekalkan satu lampu suluh dan diminta membaca arahan di setiap check point yang ditetapkan.Para pemuda akan malalui laluan trek yang gelap, semak samun dan berlumpur.
Dimulakan dengan aktiviti merangkak dhab iaitu merangkak di bawah tali dengan kedua-dua tangan di belalang.Seterusnya, merangkak biawak pula. Merangkak mengunakan lengan dengan melalui trek berlumpur.
Di setiap laluan tersebut juga, ditempatkan seorang ustaz untuk soalan dan tazkirah berkaitan kepentingan penyediaan dari sudut rohaniah untuk pemamtapan kerja-kerja jemaah.

Aktiviti seterusnya, para pemuda diminta menenggelamkan diri melepasi aras kepala dalam lopak berlumpur.Bukan itu sahaja, pemuda juga diarahkan menyamakkan diri dengan lumpur-lumpur tersebut.Penulis sendiri turut melaluinya aktiviti-aktiviti tersebut.
Di akhir check point, pemuda dikehendaki mendirikan batang nibong berbendera PAS.Mereka ini dibekalkan sebatang nibong,sehelai bendera PAS, tali dan sebatang cangkul.Slot berakhir jam 5 pagi dan pemuda bertungkus lumus pula untuk membersihkan diri untuk solat subuh berjemaah di tapak program.

PEMUDA BERSEDIA APA SAJE....

Pada pagi Sabtu pula, acara sukan pula mengambil tempat.Antaranya bowling nyiur,lari kain pelikat,lari kepit bola,isi air dalam botol,sepak target, sepak raga bulatan dan tarik tali.
Sebelum itu, peserta Peridu memanaskan badan dengan senaman silat yang dipimpin oleh ahli silat terlatih yang dijemput khas.




PERIDU 2009 diakhiri dengan ucapan majlis penutup dan penyampaian hadiah oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Haji Jamaluddin Jusoh pada jam 12 tengahari.


Semoga berjumpa pada tahun akan datang.Takbir.....................

PETIKAN DARI PEMUDA DUN SURA:-
AWANG JA

Thursday, August 06, 2009

Lagi keruntuhan projek di Terengganu...

SALAM UKHUWAH,
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Apalah nasib projek di Terengganu...


Selepas setahun siap dibina, ia runtuh atau mengalami masalah.

Jika sebelum ini keruntuhan dan kebocoran membabitkan bumbung stadium, pusat akuatik, stadium tertutup dan lapangan terbang, kali ini ia berjangkit ke menara projek jalur lebar di Besut pula.

Menara Mobile Mast projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN) berhampiran Bestari.Comm Pasir Akar, Hulu Besut, runtuh pada 1 Ogos 2009 lalu.


Banyak pihak cuba ’menyorok keruntuhan’ ini tetapi ’bangkai gajah sukar untuk ditutup’.

Menara Mobile Mast ialah projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN).

Ia dibina bagi menempatkan antena radio dan struktur itu adalah pada ketinggian 38 meter di lokasi

Menara dibina untuk memastikan sambungan rangkaian T@WAN ke Bestari.Comm Pasir Akar dari Masjid Hadhari di Jerteh.

Ia disiap dibina pada September 2008 dan runtuh kira-kira setahun kemudian.


Persoalannya di sini, berapakah anggaran kerosakan kali ini kerana menara ini khabarnya menelan berjuta-juta ringgit?

Punca keruntuhannya belum diketahui dan siapa bertanggungjawab mengawasinya?

Apakah Jabatan Kerja Raya atau agensi kerajaan negeri?

dipetik dari teganuku.blogspot.com



PERIDU 2009-PERHIMPUNAN PEMUDA ISLAM DUNGUN



Semua Pemuda ISLAM Yang Berada Di Kawasan Dungun Dijemput Hadir Untuk Memeriahkan Lagi Perhimpunan Tahunan Pemuda Ini. Tak Kira Samada Pemuda PAS, PKR, UMNO Dan Bebas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...