Pages

Saturday, April 18, 2009

KUNJUNGAN UKHWAH KE KB

SALAM UKHUWAH;

Pada 17hb April,Jumaat yang lepas seramai 22 orang terdiri daripada Pemuda dan sahabat dari Paka berkesempatan ke Kota Bharu untuk tujuan kunjungan ukhwah.Rombongan bertolak dari Dungun pada 16hb, pada sebelah malam bermula dari Surau Ustaz Daud pada jam 1030 malam.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam itu telah berjaya sampai di Pulau Melaka pada jam lebih kurang 230 pagi.

Rombongan telah berkesempatan tidur di Masjid Pulau Melaka dan bersolat subuh bersama Tok Guru,Tazkirah yang disampaikan oleh Tok Guru selepas solat ialah berkitar dalam soal Zikirullah yang mana sangat menyentuh para jemaah pada hari tersebut.



ROMBONGAN MAKAN MALAM DI SUP PUYUH ,MERCANG TOMYAM.



MINUM DI KG RAJA @ PUKUL 100 PAGI



TOK GURU MENDOAKAN AIR



ACARA MEMBELAH MULUT BAYI SELEPAS TAZKIRAH SUBUH



DOA MEMBELAH MULUT,KHUSYUK WALAU TOK GURU SAKIT GIGI



SUASANA KULIAH DI MEDAN ILMU,KB



PENTAS UTAMA MEDAN ILMU-US DATO NIK AMAR SEDANG MENYAMPAIKAN KULIAH



MAKAN TENGAHARI DI KEDIAMAN RASMI MB



SUASANA PERBINCANGAN HAL EHWAL SEMASA



WAKIL PEMUDA NEGERI SEDANG MEMBERI TAKLIMAT NEGERI KELANTAN



USTAZ ADNAN URUSETIA KERAJAAN NEGERI YANG MENJADI TUAN RUMAH

Terima kasih kepada US ADNAN ,semoga dapat bertemu lagi untuk program yang lain pula
Wassalam

Saturday, April 11, 2009

BUKIT GANTANG-PRK-P059-PART 2

Salam Ukhuwah,

Sebahagian daripada lensa HTC moderator yang sempat dirakam:-



GABUNGAN PETUGAS VETERAN,SENIOR,PEMUDA DAN ULAMAK DARI DUN RANTAU ABANG DI DEPAN MARKAZ PAS JELUTONG



LALUAN MASUK KE SEK KEB JELUTONG.DUN CHANGKAT JERING




JALAN UTAMA DI DEPAN SEK KEB JELUTONG



PEMUDA BN YANG SEMPAT BERKEMPEN DI DEPAN BANGSAL PANAS PAS,BERANI DIA NI.....RASA DARI TERENGGANU PETUGAS PEMUDA BN NI...........SAPE KENAL ?



ABG MAT SABU DAN USTAZ SAIFUL DI DALAM BANGSAL PANAS

Wednesday, April 08, 2009

BUKIT GANTANG-PRK-059-Part 1

Salam Ukhuwah,
Hampir sebulan tidak update, hari ini ana cuba lagi untuk masukkan sedikit catatan dan peristiwa semasa bertugas di UPU Jelutong untuk PRK 059.Kontigen Dungun telah diamnahkan untuk bertugas di UPU Jelutong bersama PAS Kawasan Bachok dan PAS Tanjung Malim serta cawangan dalam UPU Jelutong itu sendiri.
hampir seramai 30 hingga 50 orang petugas dari Dungun telah sempat hadir pada 3 hari terakhir sebelum hari pengundian.



Sebahagian dari petugas dari Dungun yang turun berkempen

Suasana di pusat mengundi di UPU Jelutong agak tegang sedikit walaubagaimana pun ianya dapat dikawal walaupun ada juga pergaduhan kecil antara Pemuda Dungun dan BN dari Terengganu dan Kuala Kangsar yang ada sebahagian mereka dari PEKIDA.Ia adalah berpunca daripada masing-masing saling melemparkan kata-kata antara mereka.



Penyokong PAS dan BN di hadapan pintu masuk SEK Keb Jelutong


Proses pembuangan undi telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua UPU Jelutong,Haji Hassan



Suasana pintu masuk Sekolah Kebangsaan Jelutong pada sebelah pagi

Bersambung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...