Pages

Thursday, May 22, 2008

PILIHANRAYA SEMULA: BELUM TENTU PAS DAPAT TAWAN TERENGGANU?


Dilulus terbit pada Thursday, May 22 @ 09:33:31 MYT oleh greenboc Oleh IkangDukang


"Pilihanraya umum baru kemungkinan akan diadakan. Kemelut yang berlaku dalam UMNO dan kerajaan sendiri begitu mendesak untuk Perdana Menteri mendapatkan mandat baru. Adalah dirasakan tidak bijak bagi beliau untuk terus BN mentadbir negara dalam situasi politik yang tidak kondusif. Hendak tidak hendak, pilihanraya baru adalah alternatifnya.PAS Terengganu sudah pasti menungggu-nunggu saat ini. Inilah peluang untuk PAS mendapatkan semula kuasa di negeri ini. Namun jalan untuk itu bukanlah mudah walaupun UMNO Terengganu bagai berpecah dua; satu di dalam kem Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan satu lagi di dalam kem Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Idris Jusoh.
Sebenarnya sehingga kini kita ternanti-nanti post-mortem PRU12. PAS sewajarnya bertolak dari post-mortem itu untuk membina kembali kekuatan dan meraih sokongan dan undi rakyat Terengganu. Tanpa laporan bedah siasat ini, sukar bagi PAS untuk mengubah keputusan pilihanraya lepas.Keputusan PRU12 menggambarkan PAS kalah kerana undi di kawasan pedalaman dan Felda. Selagi PAS tidak melakukan sesuatu usaha dalam tempoh terdekat, belum tentu PAS mendapat manfaat daripada pilihanraya baru khususnya di negeri Terengganu. Bukan senang untuk kita mengubah pendirian penduduk luar bandar dan Felda dalam tempoh yang singkat. Namun usaha tetap perlu dilakukan sekadar yang termampu.Apabila ada post-mortem, sewajarnya pula dibincangkan pelan bertindak yang komprehensif. Pemimpin PAS Terengganu perlu mendapatkan maklumat dan idea akar umbi. Ada idea yang mungkin tidak terfikirkan oleh pemimpin tetapi tercetus dalam kepala ahli biasa yang mengisi sembang-sembang internet.Masa agak singkat. Kalaulah pilihanraya baru akan berlangsung sebelum 31hb. Ogos, bermakna PAS cuma ada 3 bulan untuk mengaplikasikan pelan bertindak. Kita tidak mahu bersandarkan kepada ceramah-ceramah ( itupun tidak berjaya diadakan di kawasan luar bandar dan Felda) sahaja. Kita mahu hubungan secara langsung dengan pengundi; menyelami masalah mereka, menghadam kebencian mereka dan mencairkan kebekuan mereka.Natijahnya, SPR mungkin tidak mampu didesak supaya mengadakan pilihanraya adil dan telus dalam masa yang singkat ini. Penggunaan dakwat kuku juga pasti tidak akan sempat diaktakan. Sebaliknya, ada kemungkinan pihak berkuasa dan badan-badan tertentu akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan demi mengembalikan sokongan majority 2/3 kepada BN. Sekiranya, PAS dan Pakatan Rakyat gagal menguasai gelanggang, ada kemungkinan kita menang sorak kampung tergadai. Kita bersorak kerana diadakan pilihanraya baru tetapi kesudahan ceritanya kita kehilangan kuasa di negeri-negeri yang telah dikuasai."

Monday, May 19, 2008

Makluman


Karnival Sukan PASTI Peringkat Negeri Terengganu 2008

Insyaalah program tahunan sukan pelajar PASTI peringkat negeri akan diadakan sepertimana berikut :-

Tarikh : 23hb-24hb Mei 2008
Hari : Jumaat & Sabtu
Masa : 8.00 pg - 12.00 mlm
Tempat : Perkarangan Masjid Sura, Dungun, Terengganu
Semua Muslimin/Muslimat/Orang Ramai Dijemput Hadir

"PASTI : PENDIDIKAN PRA SEKOLAH ABAD KE - 21"
"PASTI UNTUK SEMUA : PASTI FOR ALL"SEBARKAN.

Dr Mahathir keluar Umno




Dilulus terbit pada Monday, May 19 @ 13:48:13 MYT oleh SongkokPutih Ihsan Malaysiakini.com


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.
Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.
Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.
Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.
Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.
Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri. Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.
Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

Saturday, May 17, 2008

CERAMAH ISU SEMASA

Assalamualaikum
Hebahan Ceramah di DUN Rantau Abang.
Sila klik atas poster untuk besarkan

Friday, May 16, 2008

Selepas 62 tahun, Umno sudah tidak relevan.......!!!

Jumaat, Mei 16, 2008
oleh: Ust. Idris Ahmad


Ramai kawan-kawan seangkatan saya apabila berjumpa, berkata baguslah anta berjuang dalam PAS. Saya bertanya balik fasal apa anta tidak berjuang bersama PAS, sebaliknya menjadi ahli Umno.

Jawapan mereka mudah, untuk hendak cari makan kena duduk dalam Umno. Pendeknya mereka sendiri pun tidak percaya kepada Umno. Tetapi apa mereka boleh buat. Hendak berniaga kena isi borang Umno kalau tidak payah hendak buat kerja. Ini adalah sebahagian daripada rakan-rakan yang seangkatan yang duduk dalam Umno. Mereka tahu bahawa Umno bukan tempat untuk perjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Jika watak seperti ini yang akan memimpin Umno pada masa akan datang, apa yang mereka boleh buat untuk menyambung talian hayat Umno yang hampir putus.Inilah realiti yang Umno hadapi sekarang, lebih-lebih lagi selepas keputusan PRU ke-12. Nampaknya macam-macam mereka buat telahan untuk pulih Umno. Ada yang cadang Presiden sekarang kena undur, ganti dengan Najib Razak. Adakah ini penyelesaian yang terbaik. Bas buruk, cuma tukar pemandu sahaja. Antara beberapa hujah kenapa Umno akan hilang daripada persada politik tanah air adalah;

1. Islam tidak menjadi dasar

Sejak awal lagi penubuhan Umno adalah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam. Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat'i dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah, maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam. Apabila Islam tidak mendasari dalam perjuangan maka modal pembangunan akan lapuk, kerana minda rakyat semakin berubah dan maju terutama generasi muda, mereka tahu apa tanggungjawab sebuah kerajaan yang memerintah. Siapa yang memerintah semuanya akan membuat pembangunan. Hujah pembangunan hanya sesuai pada zaman 60-an dan kawasan majoriti orang jahil. Sedangkan Islam relevan sepanjang masa sehingga hari kiamat.

2.Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)

Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang pakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Johor, Dr Fuad Zarkashi, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja. Maka sekarang mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Lima negeri sudah jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Tidak hairanlah kepada kita bekas Menteri Besar Selangor sudah naik minyak dan berani lawan arus. Kerana lubuk emas sudah terlepas ke tangan orang lain.

3. Sikap individualistik

Pemimpin Umno hanya pentingkan diri dan kaum keluarga bukan untuk bangsa dan agama. Akhirnya pengikut sudah naik mual dengan gelagat pemimpin Umno. Parti hanya menjadi sebagai batu loncatan untuk memperkaya anak menantu, sedangkan pengikut di bawah kais pagi makan pagi.

4. Akhlak tidak senonoh

Skandal seperti yang berlaku kepada bekas ahli Parlimen Gombak, Ampang Jaya dan Ketua Wanita di Klang memburukkan suasana. Kebetulan mereka ini tidak bernasib baik, media dapat tahu. Banyak lagi kelakuan yang tidak senonoh yang membuatkan orang memandang sinis kepada Umno. Malahan apabila kita bercakap dengan ahli Umno mengenai gejala yang tidak bermaruah, maka mereka mengatakan ini adalah lumrah dan menjadi rukun dalam seharian.

5. Matlamat masuk Umno untuk mengumpul kekayaan

Sikap materialistik yang sudah berakar umbi dalam Umno sukar untuk diubah. Siapa pun masuk dalam Umno semuanya akan terpengaruh. Kerana semua rakan-rakan mereka baru sepenggal jadi YB sudah ada kereta mewah dan rumah mewah. Akhirnya pengikut biasa melihat kalau pemimpin mereka mewah. Bodohlah mereka kalau berjuang tidak kaut kekayaan macam pemimpin mereka.

6.Tidak membela agama

Masyarakat melihat apa yang Umno sudah lakukan untuk membela agama. Orang murtad Umno diam membisu. Malahan apabila ada di kalangan pemuda PAS dan orang Islam tunjuk perasaan di Cititel Pulau Pinang dan Hotel Sentosa di Johor Baharu ketika kumpulan Artikel 11 membuat program untuk membolehkan orang Islam bebas murtad, seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno, Nazri Aziz kata ini kerja bodoh. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad. Sudah 62 tahun kewujudan Umno kita tidak dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan orang Melayu Islam.

7. Orang agama hanya subang tembaga

Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan PAS sahaja dan tidak lebih daripada itu. Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban. Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya si jahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.

8. Dasar Umnoputera bukan bumiputera

Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku dalam Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato' Zainal Osman, Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%. Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara. Apakah layak Umno hendak mendakwa mereka sebagai tulang belakang orang Melayu. Apakah slogan kuat Umno perkasa Umno menjadi realiti?

9. Khianati bahasa sendiri

Umno sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu. Sudah berjuta wang negara dihabiskan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi Umno memusnahkan dengan memperkenalkan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Semua cendekiawan menentang tetapi keangkuhan pemimpin Umno tetap melaksanakan juga. Akhirnya orang melihat apakah ini perjuangan sebuah parti yang hendak diharapkan. Maknanya yang menjahanamkan bahasa Melayu bukannya Lim Guan Eng, tetapi adalah pemimpin Melayu Umno.

10. Politik khianat bangsa

Yang penting adalah kuasa, sama ada mengorbankan kepentingan agama dan bangsa lain bicara. Persempadanan semula dalam pilihan raya 2004, bagaimana Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Kenapa kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak bertambah. Contohnya Parlimen Baling pengundinya melebihi 70,000 orang, keluasannya boleh buat solat jamak qasar. Perjuangan yang dilihat sebagai usaha yang sia-sia. Maka tidak ada ertinya lagi mereka mewakafkan diri untuk bersama dengan Umno.

11. Politik wang adalah rasuah politik.

Tetapi hendak bagi sedap dengar maka jenamakan dengan politk wang. Amalan ini memusnahkan Umno. Mereka yang dipilih bukan berdasarkan kewibawaan masing-masing dalam mempertahankan bangsa dan agama. Tetapi siapa yang ada memiliki wang dialah yang menjadi ketua. Apabila mereka menjadi pemimpin maka mereka bukan menjadi pemimpin orang Umno tetapi menjadi boneka kepada tauke-tauke yang memberi wang kepada mereka akhirnya inilah yang memusnahkan bangsa dan agama. - lanhPenulis adalah AJK PAS Pusat

Mahathir dan lima lagi akan disiasat



Dilulus terbit pada Friday, May 16 @ 18:21:56 MYT oleh SongkokPutih


Oleh Amin Iskandar @ Black


Suruhanjaya diraja yang menyiasat kes pita Lingam mencadangkan agar Dr. Mahathir bekas perdana menteri untuk disiasat berhubung dengan peranan beliau dalam perlantikan hakim-hakim sewaktu berkuasa dahulu.

Selain pengerusi Yayasan Perdana itu, Tengku Adnan, Vincent Tan, Ahmad Fairuz, Eusof Chin dan VK LIngam turut dicadangkan agar disiasat. Klik disini untuk berita dari Malaysiakini.




Perkembangan ini sudah pasti akan merancakkan lagi “perebutan kuasa” di Malaysia.

Dalam pertarungan diantara Anwar dan Najib untuk merebut kekuasaan, Anwar kini mendapat sedikit kelebihan apabila “mentor” Najib Tun Razak, bekas perdana menteri Malaysia akan dihadapkan kemuka pengadilan.

Jika suruhanjaya diraja ini tidak bermain wayang, Dr. Mahathir akan menjadi bekas perdana menteri yang dihadapkan kemuka pengadilan.

Amin Iskandar

National Institute for Electoral Integrity (NIEI)
54B-1, 2nd Floor,
Jalan Kemuja off Jalan Bangsar,
59100 Bangsar Utama,

Kuala Lumpur, Malaysia.

Website: www.niei.org.my
email: amin.iskandar@gmail.com
amin@niei.org.my

........

S'jaya syor Dr M dan 5 lagi disiasat
May 16, 08 3:35pm
Suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi, disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim.

Yang lainnya ialah bekas ketua hakim negara - Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin - peguam kanan Datuk VK Lingam; bekas menteri di jabatan perdana menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat di bawa Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.

Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata hari ini bahawa kabinet telah mengarahkan pejabat peguam negara untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka.

Sebelum itu, Zaid berkata kerajaan memutuskan untuk mengumumkan laporan suruhanjaya diraja itu.

Orang ramai boleh membeli laporan tersebut mulai esok pada harga RM542.10 senashkah.

Salinan laporan tersebut tidak diedarkan kepada pihak media.

Laporan berjumlah 191 muka surat itu telahpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Suruhanjaya diraja itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguamcara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Suruhanjaya itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam, Datuk V.K Lingam, sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang dikatakan seorang hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim .

Seramai 21 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga bekas ketua hakim negara dipanggil memberi keterangan dalam siasatan yang memakan masa selama 17 hari bermula 14 Januari lalu.

Tuesday, May 13, 2008

Terkini Berita Terengganu



Peruntukkan RM30 juta basmi kemiskinan di Terengganu12-05-2008 04:47:44 PM
MARANG: Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM30 juta tahun ini untuk membasmi kemiskinan di Terengganu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Asha'ari Idris.
Beliau berkata peruntukan itu antara lain ialah bagi membina dan membaiki rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin .
Kerajaan Persekutuan juga menyalurkan bantuan kira-kira RM80 juta bagi membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin, katanya.
Asha'ari berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula penempatan golongan orang kurang upaya (OKU) di Taman Rahmat, Pulau Kerengga di sini.
Beliau berkata beberapa program seperti ternakan puyuh daging, pertanian hidroponik, ternakan ikan air tawar dan ayam akan dilaksanakan di perkampungan berkenaan.
"Saya kecewa kerana terdapat sesetengah penghuni Taman Rahmat meminta sedekah sedangkan perbuatan itu menjatuhkan imej serta tidak dapat mengubah nasib mereka," katanya.
Perkampungan Taman Rahmat diwujudkan pada 1981 bagi menyediakan rumah untuk golongan cacat penglihatan, anggota dan akal serta ibu tunggal. BERNAMA

Monday, May 12, 2008

Realiti .....


Rakyat Masih Hidup Dalam Era Pelita
Walaupun kerajaan UMNO/BN berbangga dengan segala macam projek mega ratusan juta ringgit namun rumah Mamat Abdullah, 61, di Kampung Banggol Nyamuk, masih tiada bekalan elektrik.
Mamat telah bercerai dua kali dan kedu-dua bekas isterinya, Temah Yusof, 56, dan Kiah Jusoh, 53, mengakui bercerai kerana tidak tahan tinggal di situ.Dalam zaman serba moden sekarang ini, tiada wanita yang sanggup hidup dibayangi anjing liar dan babi hutan, serta tinggal dalam rumah yang gelap dan dikelilingi pokok getah.
Isteri pertama, Temah Yusof, 56, berkata, dia sering kali bimbang apabila malam menjelma kerana kawasan rumah akan menjadi sunyi dan hanya bunyi-bunyian di dalam hutan yang kedengaran.
"Pernah beberapa kali saya terserempak dengan kumpulan babi hutan di bawah rumah menyebabkan saya takut untuk turun ke tandas di luar rumah pada waktu malam.
"Suasana amat menakutkan apatah lagi semuanya gelap kerana tak ada lampu macam di rumah orang lain. Saya tidak sanggup lagi tinggal di situ," katanya Menurut Temah, keadaan semakin sukar untuk anak tunggal mereka yang semakin membesar, Mohd. Ikmal Iskandar Mamat, 13, untuk menelaah pelajaran dengan hanya bercahayakan lilin.
Kata Temah, perkahwinan yang dibina selama 12 tahun terpaksa berakhir pada penghujung 2007 apabila masalah itu menjadi semakin rumit buat mereka.
Bagi isteri kedua, Kiah Jusoh, 53, pula, dia menangis ketakutan apabila ditinggalkan Mamat walaupun seketika pada waktu malam.
"Pada waktu itu, kami baru tiga hari berkahwin dan segala macam bunyi yang kedengaran memang menakutkan," katanya
Kini Isteri Mamat yang ketiga Midah Hitam, 60, telah memberi syarat supaya masalah berkenaan diatasi sebelum beliau sanggup menetap di rumah berkenaan.
Kg Banggol Nyamuk, Sungai Ikan, Kuala Nerus terletak hanyalah kira-kira 30 kilometer dari Kuala Terengganu dan lebih kurang 25 kilometer dari dari pusat pembangunan hebat Pulau Duyong dan Pulau Wan Man Man.
Kerajaan membelanjakan RM 250 juta untuk membina Chalet mewah Kelab Teluk Warisan dan menghabiskan setiap tahun RM 250 juta lagi untuk menganjurkan Monsoon Cup.Manakala cahaya terang benderang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin juga, hanyalah kira-kira 15 kilometer dari Kampung Mamat.
Namun, untuk kemudahan rakyat, kerajaan ‘kedekut’ untuk membelanjakan beberapa ribu ringgit bagi menyediakaan tiang-tiang elektrik yang membolehkan bekalan elektrik disambung untuk masuk ke rumah Mamat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...