Pages

Thursday, May 22, 2008

PILIHANRAYA SEMULA: BELUM TENTU PAS DAPAT TAWAN TERENGGANU?


Dilulus terbit pada Thursday, May 22 @ 09:33:31 MYT oleh greenboc Oleh IkangDukang


"Pilihanraya umum baru kemungkinan akan diadakan. Kemelut yang berlaku dalam UMNO dan kerajaan sendiri begitu mendesak untuk Perdana Menteri mendapatkan mandat baru. Adalah dirasakan tidak bijak bagi beliau untuk terus BN mentadbir negara dalam situasi politik yang tidak kondusif. Hendak tidak hendak, pilihanraya baru adalah alternatifnya.PAS Terengganu sudah pasti menungggu-nunggu saat ini. Inilah peluang untuk PAS mendapatkan semula kuasa di negeri ini. Namun jalan untuk itu bukanlah mudah walaupun UMNO Terengganu bagai berpecah dua; satu di dalam kem Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan satu lagi di dalam kem Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Idris Jusoh.
Sebenarnya sehingga kini kita ternanti-nanti post-mortem PRU12. PAS sewajarnya bertolak dari post-mortem itu untuk membina kembali kekuatan dan meraih sokongan dan undi rakyat Terengganu. Tanpa laporan bedah siasat ini, sukar bagi PAS untuk mengubah keputusan pilihanraya lepas.Keputusan PRU12 menggambarkan PAS kalah kerana undi di kawasan pedalaman dan Felda. Selagi PAS tidak melakukan sesuatu usaha dalam tempoh terdekat, belum tentu PAS mendapat manfaat daripada pilihanraya baru khususnya di negeri Terengganu. Bukan senang untuk kita mengubah pendirian penduduk luar bandar dan Felda dalam tempoh yang singkat. Namun usaha tetap perlu dilakukan sekadar yang termampu.Apabila ada post-mortem, sewajarnya pula dibincangkan pelan bertindak yang komprehensif. Pemimpin PAS Terengganu perlu mendapatkan maklumat dan idea akar umbi. Ada idea yang mungkin tidak terfikirkan oleh pemimpin tetapi tercetus dalam kepala ahli biasa yang mengisi sembang-sembang internet.Masa agak singkat. Kalaulah pilihanraya baru akan berlangsung sebelum 31hb. Ogos, bermakna PAS cuma ada 3 bulan untuk mengaplikasikan pelan bertindak. Kita tidak mahu bersandarkan kepada ceramah-ceramah ( itupun tidak berjaya diadakan di kawasan luar bandar dan Felda) sahaja. Kita mahu hubungan secara langsung dengan pengundi; menyelami masalah mereka, menghadam kebencian mereka dan mencairkan kebekuan mereka.Natijahnya, SPR mungkin tidak mampu didesak supaya mengadakan pilihanraya adil dan telus dalam masa yang singkat ini. Penggunaan dakwat kuku juga pasti tidak akan sempat diaktakan. Sebaliknya, ada kemungkinan pihak berkuasa dan badan-badan tertentu akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan demi mengembalikan sokongan majority 2/3 kepada BN. Sekiranya, PAS dan Pakatan Rakyat gagal menguasai gelanggang, ada kemungkinan kita menang sorak kampung tergadai. Kita bersorak kerana diadakan pilihanraya baru tetapi kesudahan ceritanya kita kehilangan kuasa di negeri-negeri yang telah dikuasai."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...