Pages

Tuesday, November 13, 2012

CEO Petronas bersedia untuk bersara bila-bila masa

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Tan Sri Shamsul Azhar Abas membayangkan beliau mungkin tidak akan kekal lama di Petronas di bawah polisi persaraan baru selepas melakukan pembaharuan untuk mengurangkan peranan syarikat sebagai pemberi dana kepada kerajaan selepas dua tahun menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersebut.

“Saya sudah mengenalpasti pengganti saya dan saya bersedia untuk bersara bila-bila masa. Walaupun pada hari esok,” kata Shamsul kepada Financial Times (FT) dalam temubualnya hari ini.
CEO dan ahli lembaga pengarah Petronas tersebut berkhidmat untuk perdana menteri yang telah menjadikan Petronas sebagai sumber dana kepada projek mega dan untuk menjamin kerugian.

Shamsul menggantikan Tan Sri Hassan Merican pada tahun 2010 telah berusaha untuk menjadikan syarikat tersebut bebas dari penguasaan kerajaan dan mengawal perbelanjaan serta mahu menjadikan syarikat tersebut di dalam Fortune 500 untuk kepentingan komersil, menurut akhbar perniagaan antarabangsa tersebut.
Petronas juga dalam perbincangan dalam membebaskan syarikat tersebut dari pemilikan kerajaan dengan membincangkan pengurang subsidi tahunan kepada dana negara, yang kini menyumbang kepada 40 peratus dari bajet negara serta mahu mengurangkan kos eksplorasi dalam pengeluaran yang semakin berkurangan, menurut FT.
“Ia kini dilakukan secara sekumpulan, tidak lagi keseorangan,” kata Shamsul lagi.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa Shamsul berusaha memulihkan imej Petronas sebagai syarikat yang dimiliki kerajaan dengan berusaha menyelamatkan hak pembelian bernilai C$5.3 billion (RM16.3 billion) dalam syarikat Progress Energy Resources yang telah ditolak oleh kerajaan Kanada kerana dikatakan "tidak menguntungkan" negara tersebut.
Akhbar tersebut berkata, Petronas telah berusaha untuk mengimbangkan kewangannya yang kini 42 peratus dari pendapatan antarabangsa, hanyalah 10 peratus dari pendapatan keseluruhannya.

CEO itu memberitahu akhbar tersebut bahawa beliau tidak akan mampu membawa perubahan “tanpa sokongan dari perdana menteri” Datuk Seri Najib Razak.

Tetapi bagi Shamsul, yang telah berkhidmat bersama Petronas selama 37 tahun sejak 1975 juga adalah produk dari sistem yang dikritik beliau.
Beliau faham masanya untuk bersara sudah tiba dan sudah bersedia untuk berbuat demikian.

CEO sebelumnya, Hassan yang telah meninggalkan Petronas, dikatakan mempunyai pandangan tidak sehaluan dengan Najib pada lewat 2009 dengan perlantikan bekas pembantunya sebagai pengarah Petronas walaupun perdana menteri mempunyai kuasa penuh dalam lembaga pengarah.
Hassan telah dikreditkan sebagai orang yang bertanggungjawab atas transformasi Petronas sebagai syarikat milik kerajaan yang memainkan peranan luas di peringkat antarabangsa selain dari Statoil milik Norway.

Semenjak itu, beliau telah dilantik di beberapa syarikat antarabangsa, termasuk pengarah kepada syarikat Singapura Sembcorp Industries.

Sumber: themalaysianinsider

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...