Pages

Tuesday, May 13, 2008

Terkini Berita Terengganu



Peruntukkan RM30 juta basmi kemiskinan di Terengganu12-05-2008 04:47:44 PM
MARANG: Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM30 juta tahun ini untuk membasmi kemiskinan di Terengganu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Asha'ari Idris.
Beliau berkata peruntukan itu antara lain ialah bagi membina dan membaiki rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin .
Kerajaan Persekutuan juga menyalurkan bantuan kira-kira RM80 juta bagi membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin, katanya.
Asha'ari berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula penempatan golongan orang kurang upaya (OKU) di Taman Rahmat, Pulau Kerengga di sini.
Beliau berkata beberapa program seperti ternakan puyuh daging, pertanian hidroponik, ternakan ikan air tawar dan ayam akan dilaksanakan di perkampungan berkenaan.
"Saya kecewa kerana terdapat sesetengah penghuni Taman Rahmat meminta sedekah sedangkan perbuatan itu menjatuhkan imej serta tidak dapat mengubah nasib mereka," katanya.
Perkampungan Taman Rahmat diwujudkan pada 1981 bagi menyediakan rumah untuk golongan cacat penglihatan, anggota dan akal serta ibu tunggal. BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...