Pages

Monday, May 12, 2008

Realiti .....


Rakyat Masih Hidup Dalam Era Pelita
Walaupun kerajaan UMNO/BN berbangga dengan segala macam projek mega ratusan juta ringgit namun rumah Mamat Abdullah, 61, di Kampung Banggol Nyamuk, masih tiada bekalan elektrik.
Mamat telah bercerai dua kali dan kedu-dua bekas isterinya, Temah Yusof, 56, dan Kiah Jusoh, 53, mengakui bercerai kerana tidak tahan tinggal di situ.Dalam zaman serba moden sekarang ini, tiada wanita yang sanggup hidup dibayangi anjing liar dan babi hutan, serta tinggal dalam rumah yang gelap dan dikelilingi pokok getah.
Isteri pertama, Temah Yusof, 56, berkata, dia sering kali bimbang apabila malam menjelma kerana kawasan rumah akan menjadi sunyi dan hanya bunyi-bunyian di dalam hutan yang kedengaran.
"Pernah beberapa kali saya terserempak dengan kumpulan babi hutan di bawah rumah menyebabkan saya takut untuk turun ke tandas di luar rumah pada waktu malam.
"Suasana amat menakutkan apatah lagi semuanya gelap kerana tak ada lampu macam di rumah orang lain. Saya tidak sanggup lagi tinggal di situ," katanya Menurut Temah, keadaan semakin sukar untuk anak tunggal mereka yang semakin membesar, Mohd. Ikmal Iskandar Mamat, 13, untuk menelaah pelajaran dengan hanya bercahayakan lilin.
Kata Temah, perkahwinan yang dibina selama 12 tahun terpaksa berakhir pada penghujung 2007 apabila masalah itu menjadi semakin rumit buat mereka.
Bagi isteri kedua, Kiah Jusoh, 53, pula, dia menangis ketakutan apabila ditinggalkan Mamat walaupun seketika pada waktu malam.
"Pada waktu itu, kami baru tiga hari berkahwin dan segala macam bunyi yang kedengaran memang menakutkan," katanya
Kini Isteri Mamat yang ketiga Midah Hitam, 60, telah memberi syarat supaya masalah berkenaan diatasi sebelum beliau sanggup menetap di rumah berkenaan.
Kg Banggol Nyamuk, Sungai Ikan, Kuala Nerus terletak hanyalah kira-kira 30 kilometer dari Kuala Terengganu dan lebih kurang 25 kilometer dari dari pusat pembangunan hebat Pulau Duyong dan Pulau Wan Man Man.
Kerajaan membelanjakan RM 250 juta untuk membina Chalet mewah Kelab Teluk Warisan dan menghabiskan setiap tahun RM 250 juta lagi untuk menganjurkan Monsoon Cup.Manakala cahaya terang benderang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin juga, hanyalah kira-kira 15 kilometer dari Kampung Mamat.
Namun, untuk kemudahan rakyat, kerajaan ‘kedekut’ untuk membelanjakan beberapa ribu ringgit bagi menyediakaan tiang-tiang elektrik yang membolehkan bekalan elektrik disambung untuk masuk ke rumah Mamat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...