Pages

Wednesday, May 20, 2009

MESY UPM-MTD SESSI 2009/2011 KE-1

SALAM UKHUWAH,
Alhamdulillah pada tanggal 19hb Mei 2009,mesyuarat kali pertama sessi 2009/2011 telah berjaya dilaksanakan di bawah pimpinan Pemuda yang baru setelah ,mantan ketua telah sampai umur.Mesyuarat bermula pada pukul 0930 malam dengan mantan ketua telah memberi sedikit ucapan dan harapan untuk Pemuda terus memacu jentera untuk PRU ke 13 akan datang.

Antara JPc yang hadir adalah Balai Besar,Gong Pasir,Pak Sabah,Serdang,Bemban/Alor Rekam,Pulua Serai,Seberang Pintasan dan Kg Baru.

Mesyuarat semalam telah berjaya membentuk jawatankuasa baru dengan portfolio yang penting dalam organisasi.Seramai lebih kurang 10 orang juga dilantik bagi mengisi portfolio yang kosong dengan AJK tambahan.





Semua ketua dan setiausaha JPC akan dilantik menanggotai jawatankuasa kecil yang akan dibentuk.Mesyuarat juga bersetuju untuk bermesyuarat penuh 3 bulan sekali dengan program Usrah juga akan dibuat dalam masa 3 bulan tersebut.Manakala jawatankuasa akan bermasyuarat sekali sebulan dan akan bermasyuarat jika ada keperluan untuk tindakan dan keputusan segera.

Semoga mendapat keredhaan Illahi dalam meneruskan perjuangan yang mulia ini.

Takbir Takbir Takbir

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...