Pages

Thursday, May 28, 2009

10 Peratus Pendapatan Pertama Projek Penapisan Minyak Untuk Rakyat



JITRA, 28 Mei (Bernama) -- Sepuluh peratus daripada pendapatan tahunan pertama hasil projek penapisan minyak yang dikenali sebagai Sungai Limau Hidrokarbon Hub akan disalurkan untuk kepentingan rakyat di Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata kerajaan negeri dijangka menerima pendapatan daripada projek penapisan minyak itu menjelang 2014 dan ia dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan masing-masing.

"Kira-kira RM40 juta akan disalurkan kepada golongan miskin dan ibu tunggal. Kalau mereka perlukan kediaman, kerajaan negeri akan beri rumah, kalau perlukan kos untuk rawatan penyakit, kita akan beri dalam bentuk wang tunai.

"Kalau pendapatan daripada tahun pertama tidak cukup, kita akan sambung dengan pendapatan tahun kedua pula kerana setiap tahun kerajaan negeri dijangka menerima keuntungan sebanyak RM400 juta," katanya kepada pemberita selepas melancarakan Program Kesedaran Komuniti Perdana di Masjid Jamek Kodiang, dekat sini hari ini.

Sungai Limau Hidrokarbon Hub yang dulunya dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan membabitkan kilang yang memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum ditapis dan dijual ke negara-negara Asia Timur.

Projek yang akan dikendalikan oleh Merapoh Resources Sdn Bhd dan Hijaz Refinery Sdn Bhd itu bernilai RM40 bilion dan akan menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 30,000 penduduk tempatan.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...