Pages

Wednesday, August 01, 2012

Semakin Dekat PRU13, Umno-BN Semakin Pelik!


KUALA TERENGGANU– Pengumuman demi pengumuman pelik, dibuat oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) dan menjadi bertambah ‘ganjil’ apabila waktu dilihat semakin hampir kepada masa pilihanraya umum kali yang ke 13 diadakan.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, tiba-tiba Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan satu kajian kemungkinan jalan keretapi Pantai Timur teah siap dilakukan.
Sedangkan, katanya, sebelum ini pernah ditimbulkan dan kerajaan menafikan tentang perkara tersebut.
“(Umno-BN) semakin pelik, semakin hamper kepara PRU-13.....menjadi semakin pelik dan ganjil, kita (PAS) pernah bertanya (kepada kerajaan) tentang cadangan perkhidmatan keretapi (di negeri ini),
“(tetapi) kerajaan nafi.....tapi sekarang tiba-tiba, (PM) Najib umum kajian sudah siap.....?,”soalnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Iftar bersama para petugas pejabat Badan Perhubungan PAS negeri dan kawasan-kawasan yang diadakan di sini petang Selasa 31 Julai.
Menurutnya, apa yang lebih ganjil dalam kenyataan Najib itu adalah, ia termasuk kajian khidmat keretapi diantara Kerteh dan Kuantan, sedangkan sebelum ini jalan dan perkhidmatan keretapi tersebut memang telah wujud.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan sendiri telah mengisytiharkan perkhidmatan keretapi antara Kerteh dan Kuantan telah dihentikan sepenuhnya pada 1 November 2010.
“Tiba-tiba ia masuk semula dalam kajian, sedang jalan dan khidmat keretapi antara Kerteh dan Kuantan telah wujud sejak tahun 2004,
“Perkhidmatan Keretapi Kuantan Kerteh (Kuantan Kerteh Raiway System – KKRS) telah rasminya ditutup pada 1 November 2010,”ujanya pelik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...