Pages

Monday, August 06, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN HARI RAYA KALI KE-5


3 OGOS 2012; Satu program anjuran Pemuda Pas Dun Rantau Abang telah berjaya diadakan pada hari ini iaitu Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Hari Raya untuk anak-anak yatim untuk Dun Rantau Abang. Program seumpama ini diadakan tiap-tiap tahun pada bulan Ramadhan bagi meraikan anak-anak yatim yang terpilih serta bersama-sama berkongsi kegembiraan untuk menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi . Program ini telah diadakan di Perkarangan Surau Pelandang dan telah memasuki versi yang ke-5 untuk tahun 2012.


Program ini dimulakan dengan ucapan Pengarah Program iaitu Ustaz Fauzi Nawang . Dalam ucapan beliau, beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat mengadakan program seumpama ini serta dapat berjumpa lagi bersama anak-anak yatim yang terplih pada tahun ini. Selain daripada itu, beliau mengingatkan kepada muslimin dan muslimat yang hadir pada hari ini dengan kelebihan-kelebihan  bulan Ramadhan iaitu Awal bulan Ramadhan adalah rahmah, pertengahannya maghfirah, dan akhirnya ‘itqun minan nar (pembebasan dari neraka).”

                                      Ybhg. Cikgu Alias Harun sedang berucap

Pengerusi MTD Dun Rantau Abang iaitu Ybhg. Cikgu Alias Harun turut hadir pada program ini. Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan jutaan terima kasih serta syukur kepada Allah SWT kerana Pemuda Dun Rantau Abang telah berjaya mengadakan program seperti ini dengan bantuan Nisa’ Dun Rantau Abang serta muslimin dan muslimat cawangan Kg. Pelandang.

Beliau berkata program pada tahun ini agak istimewa kerana anak-anak yatim yang berumur 12 tahun ke bawah dipilih untuk diberi sumbangan hari raya. Pada tahun-tahun sebelum ini, anak-anak yatim yang berumur 7-12 tahun sahaja yang dipilh untuk diberi sumbangan seperti ini. Beliau juga mengingatkan kepada anak-anak yatim hadir pada hari ini supaya mengkhatam Al-Quran semasa berada di darjah 6 lagi.


Selain daripada itu, beliau juga mengingatkan kepada muslimin dan muslimat yang hadir tentang rezeki kurniaan Allah SWT kepada kita semua supaya jangan takut membuat kerja-kerja yang memberi manfaat kepada Islam. Hanya Allah SWT sahaja yang memberi rezeki kepada kita semua, ujar beliau.

Program ini berakhir dengan memberi sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim serta tazkirah dan tahlil ringkas.

                     Ybhg. Cikgu Alias Harun Sedang Memberi Sumbangan Hari Raya
                             
                             Pn. Serina Lim Sedang Memberi Sumbangan Hari Raya






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...