KUALA TERENGGANU– Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) berbelanja ribuan ringgit bagi 'mengarak' dan 'mengusung' konsert Wali Band ke seluruh pelosok negeri menjelang pilihanraya umum yang ketiga belas, bagi meraih sokongan anak-anak muda.
Manakala PAS sering mengadakan konsert-konsert kesenian dan muzik alternatif, di setiap ceruk rantau bagi memberi pilihan dan menjelaskan, hiburan itu tidak haram disisi agama Islam.
Kehadiran para artis ‘rockers’ yang cenderung dan yang telah kembali memilih jalan hidup Islam pada Konsert Gema Keinsafan di hadapan Pasar Borong Gong Pauh Kuala Terengganu, membawa makna dan perspektif yang berbeza tentang konsert dan muzik.
Skuad Buletinonline mengambil peluang mendekati bekas vokalis lagu-lagu ‘rock’, Ismail Zainuddin yang dikenali ramai dengan gelaran Mel Wings
Beliau mendapat gelaran demikian kerana pernah menganggotai Wings sekitar tahun 1995, apabila ‘vakum’ penyanyi utama kumpulan itu diisi
olehnya.
No comments:
Post a Comment