Pages

Sunday, January 01, 2012

HARI KELUARGA PEMUDA DUN RANTAU ABANG 2011

Sabtu, 31 Desember 2011.

Pemuda PAS dun Rantau Abang telah Berjaya mengadakan sambutan Hari Keluarga Pemuda 2011 bertempat di perkarangan Surau Kampung Baru, Kuala Abang. Program ini diadakan sebagai penutup kepada aktiviti bagi 2011. Sambutan kepada program ini adalah amat menggalakkan dan diluar jangka di mana ia turut dimeriahkan oleh mereka yang telah melepasi lingkungan umur pemuda. Seolah-olah cuaca yang kadang kala hujan menjadi pembakar semangat kepada semua untuk terlibat di dalam setiap acara yang dijalankan.

Pelabagai acara sukaneka telah dijalankan yang merangkumi semua peringkat umur dan jantina. Antara acara yang mendapat sambutan hangat adalah “wood ball”, lumba basikal fixxie dan bowling padang. Selain acara sukaneka, kaunter khidmat berbekam sunnah turut disediakan sebagai khidmat kebajikan kepada penduduk setempat. Majlis penutup program telah dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar PASTI khariah Pulau Serai.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Rantau Abang, Tn Hj Alias Harun di dalam ucapan penutupnya telah menekankan kesatuan yang ditunjukan di dalam menjayakan hari keluarga ini perlu diterjemahkan kepada perkara yang lebih besar iaitu kesatuan di dalam menegakkan “Daulah Islamiah’’ terutamanya di Terengganu. Beliau mengingatkan bahawa hanya Islam yang dapat menjamin kesejahteraan di dalam kehidupan. Dimana pemimpin yang patuh kepada Islam pasti akan menjadi peminpin yang adil, bertanggungjawab dan beramanah.
Disamping hadiah-hadiah yang dimenangi melalui acara sukaneka dan cabutan bertuah, mereka yang hadir telah juga dijamu di dalam jamuan rakyat yang telah disediakan oleh ahlijawatankuasa PAS cawangan Kampung Baru Kuala Abang. Rata-rata yang hadir gembira dengan perjalan program secara keseluruhan dan mengharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Akhirnya, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang telibat terutamanya ahlijawatankuasa Pemuda Dun, ahlijawatankuasa pemuda cawangan-cawangan, Unit Amal dun, Nisa' dun dan ahlijawatankuasa PAS cawangan Kampung Baru selaku tuan rumah.



 Acara Lempar Syiling Plastik Bagi Kanak-Kanak Lelaki

 Acara Woodball Bagi Kanak-Kanak Lelaki

Gaya Seorang Pemain Pentaque 

 Acara Woodball Untuk Muslimin Dewasa

 Muslimat Sedang Anyam Ketupat

Acara Mewarna Untuk Kanak-Kanak 

 Acara Keluarga Bahagia Yang Melibatkan Mak, Ayah & Anak ( Lambung Syiling Dalam Bakul )

Persembahan Nasyid Oleh Adik-Adik Dari PASTI Pulai Serai.  

 Tuan Hj. Alias Harun Menyampaikan Hadiah Untuk Pemenang








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...