Thursday, December 01, 2011
GANAH!! ABANG MAT SABU KITE
Mat Sabu memang layak diangkat sebagai pemain terbaik (politik) PAS setakat ini. Memang layak dan wajar diangkat perwakilan sebagai Timbalan Presiden PAS. Disebabkan dia seorang, huru hara UMNO, kepimpinan, sistem pendidikan, subjek sejarah, pemahaman kemerdekaan dan sebagainya. Memang dahsyat kesan kebijaksanaan Mat Sabu. Menteri Pelajaran pun hilang ‘teloq’ nak berdebat dengan Mat Sabu. Kecut perut. Walaupun Abang Din punya perut yang besar. Tetap kecut juga. Hehe…
Memang ada ahli PAS yang mengecam abang mat. Kata abang mat macam-macam. Tapi pada ana, inilah karakter Timbalan Presiden yang kita nak. Agresif. Berani. Celupar. Ganas. Street fighter. Bukan imej intelektual tapi tak ada semangat juang. Bosan. PAS kena bawa imej kental. Baru kita boleh lawan dengan arus.Setakat ini, kalau ikut analisa umum ana, kita menang isu komunis dalam segala segi. Kita menang sebab UMNO tak bijak nak gunakan isu. Mereka nak jaga undi Melayu, tapi undi Cina memang confirm hilang lesap. Mereka patut tengok bagaimana orang Cina seronok peluk Mat Sabu di kawasan ceramah. Mereka bangga dan seronok ada pemimpin PAS macam Mat sabu. Matlamat kita tercapai.
Sebenarnya, isu bukan pasal komunis pun. Isunya adalah UMNO memang alat penjajah buat sekian lama. Jangan la nak tipu dan kencing rakyat.
Rakyat dah bijak.
Sekarang ni, kita kena tumpu kepada usaha fahamkan pengundi di bawah apa sebenarnya yang UMNO takut sangat dengan Mat sabu. Bukan pasal komunis. Tapi UMNO takut modal mereka hancur boncai. Itu yang takut sangat.
dipetik dari wfauzdin.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment