Pages

Saturday, January 08, 2011

PAS GANTI UMNO:MENGAPA ???


PAS mencanangkan kepada rakyat dinegara ini, khususnya orang-orang Melayu yang beragama Islam bahawa, Umno mesti digantikan dengan PAS menjadi pemerintah untuk menyelamatkan manusia didunia hingga ke akhirat.

Mengapakah PAS berkata demikian sedangkan Umno mendakwa mereka juga memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Berikut adalah empat perkara asas yang berkaitan dengan amalam Umno terhadap agama Islam, berdasarkan kajian yang telah dibuat;

Islam Tidak Menjadi Dasar Umno - Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam dan Islam hanya alat,  bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat’i dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam.

Dasar Umno adalah pragmatis mengikut suasana - Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja dalam satu forum. Maka sekarang  mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Islam hanya kuda tunggangan Umno
 - Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana pengundi Manek Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi fokus dalam kempen. Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung dan berbaju kurung. Di Manek Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka menjadikan Islam sebagai tunggangan.

Program Islam Sebagai Alat Politik Umno
 - Memperkenalkan slogan Islam seperti Islam hadhari yang merupakan program penerapan nilai-nilai Islam, yang dipakej semula dengan botol baru.  Waktu diistiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya zaman kebangkitan Islam abad ake 15. Waktu itu Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus. Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan, dan lain-lain 

*** Fakta diatas adalah sebagaian daripada Kertas Kerja'PAS Ganti Umno' yang dibentangkan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad

1 comment:

Kadi Wowong said...

Kenapa PAS suka menfitnah UMNO tanpa fakta yang jelas, adakah fitnah itu ajaran islam atau ajaran PAS? Musuh islam ciptaan PAS hanya lah UMNO semata - mata tidak lebih daripada itu. PAS dilihat tidak lebih daripada sebuah pertubuhan syok sendiri. Tidak nampak apa - apa pun sumbangan PAS dalam perkembangan islam di Malaysia ini sejak dulu - dulu lagi. Seolah - olah PAS sebuah parti yang ditubuh oleh Nabi Muhammad. Pilihanraya hanyalah nak pilih wakil rakyat sahaja. Kalau tak ada pilihanraya maka islam tak dapat diperjuangkanlah. Sedar lah saudara - saudara ku yang berada di dalam PAS, anda semua diperalat oleh mereka yang hanya nak jadi wakil rakyat sahaja dan cintakan dunia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...