Dari web :- rakyat marhaen Ahad, 2010 Februari 14
BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta.
Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.
Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.
Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.
Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.
Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.
Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.
Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.
Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.
Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.
Sumber itu memberitahu, satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya.
Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.
Dalam pada, menurut sumber itu, pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit.
Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi.
Pengarah SPRM negeri, Latifah Md Yatim tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut.
1 comment:
4 perkara manusia ni tak tahan godaan untuk mendaptkannya, tak kiralah dia bangsa apa, parti apa, agama apa....
1. kalau berkaitan nak ke nama, mesti ada perasaan nak yang terbaik, kontrektor terbaik, bomoh terbaik, tok guru terbaik, menteri terbaik dll terbaik di mata manusia...sedap jika dipuji dan cukup pedih bila dikeji.
2. ada juga berkaitan dengan harta tak pernah cukup berilah banyak manapun kerana hasrat dan cita-sita seseorang sentiasa melebihi usianya.
3. ada juga berkaitan dengan pangkat dan kuasa, bukan sahaja dikalangan kita, di kalangan orang2 hebat pun tercatat di dalam sejarah sebagaimana Azazil yang sanggup jadi iblis, talut yang memushi nabi Allah daud a.s, tak kurang juga sesama parti. Tak kiralah parti apapun samada mca, dap, pkr dan lain2...
4. Berkaitan kasih sayang, tak pernah rasa cukup, kalu ada bini seorang...kadang2 mari jugak dalam perut bilalah bini aku ni nak kasi menikoh lagi, aku ni dan banyak berjuang habis harta benda tapi bini tak faham2, ini semua berlaku kat semua yang bergelar manusia, ingatkan bini orang awam macam kita je cemburu, rupa2nya bini tok tok guru lagilah cemburu...begitu jugak dengan yang nak jadi orang2 kanan sampai perkara tak patut terjadipun dibuat borang, kalau orang jahil katalah jahil, tapi dah berilmupun kelabu mata kerana kasih sayang...
Post a Comment