Pages

Friday, February 05, 2010

Pembinaan Velodrom – Bukan Penduduk Kampung Yang Bantah Tetapi JKKK Umno





 Bukan Tapak Pasar Malam,   hanya sebuah Padang Bola
DUNGUN – Berpuluh Ribu wang rakyat telah hangus kerana ‘percakaran’ dikalangan pemimpin Umno dan orang bawahannya, dalam isu cadangan pembinaan Velodrom di kampong Sura Hujung di sini. Perbelanjaan besar telah dikeluarkan untuk membersihkan kawasan dan mendirikan kanopi bagi menyambut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Shabery Cheek.
Namun, pada saat-saat akhir, terpaksa dibatalkan kerana beliau mendakwa cadangan pembinaan Velodrom tersebut dibantah oleh penduduk kampung.

Tinjauan dan temubual Buletinonline dengan penduduk tempatan di lokasi dapat mengesan beberapa kenyataan yang diselewengkan oleh pemimpin Umno berkaitan kegagalan majlis pecah tanah yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu. 30 Januari lalu.

Sebenarnya, tidak ada bantahan atau demonstrasi oleh penduduk sekitar, namun pihak JKKK Sura Hujung telah menghantar surat, mengugut untuk ‘turun mengangkat sepanduk’ membantah projek tersebut sekiranya majlis pecah tanah diteruskan.

Dato’ Rosli Mat Hassan pula mendakwa cadangan pembinaan tersebut tidak dapat diteruskan kerana tapak yang dicadangkan adalah tapak sebuah pasar malam.

Ternyata ia dalah satu penipuan kerana, tapak yang dicadangkan bersebelahan Padang Golf Sura Hujung itu adalah sebuah padang bola!

Ikuti Rakaman Video dibawah;

2 comments:

HAJI MOHAMAD BIN JUSOH said...

Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen,JKKK umno sebenarnya tidak ada, yang ada cuma JKKK Kerajaan Negeri terengganu, Jika JKKK ini hak milik UMNO, tidak mungkin penduduk berfahaman PAS sentiasa sahaja meminta bantuan saya mendapatkan bantuan malah sentiasa disokong dan dibantu sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah yang wajar diberi bantuan. suara bantahan daripada jkkk merupakan suara penduduk, jika ditanya kepada penduduk kampung sura hujung berkaitan pembinaan Velodrom, tak kiralah dia parti apa atau siapa sebahagian besarnya jawab tidak. sedemikian saya cadangkan sesuatu sumber yang pihak tuan ambil biarlah berfakta dan jelas. Kita orang muslim lagi mukmin sentiasa dinilai kemurnian aqidah, syariat dan akhlak oleh Allah s.n.w. Pada saya yang hak itu hak dan batil itu batil. Berkaitan persediaan berpuluh ribu, itu adalah suatu yang tidak mungkin, jika sebanyak itu sewaan canopy ianya tidak sampaipun jumlah 10,000 apatah lagi canopy itu percuma daripada jabatan kerajaan. Jika mencuci kawasan itu kerja rutin dan keuntungannya memihak kepada penduduk kampung sura hujung, jika gotong royong dibuat tidak pernah kita lihat penyokong2 pas menyertai kita biarpun dikawasan kubur yang juga tempat kepada zuriat dan keturunan pas, namun untuk kerja amal jauh sekali mendapat penyertaan. Saya sentiasa berlapang dada bermuzakarah dan berdialog dengan pimpinan pas bagi memajukan dan merealisasikan syariat islam di kampung ini secara praktikal zahir dan bathin. sekian terima kasih dari saya, haji Mohamad bin jusoh, (hj Mad Serban) atau ayah su mad. wassalam.

HAJI MOHAMAD BIN JUSOH said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...