Pages

Thursday, January 21, 2010

Terengganu rombak pentadbiran 1 Februari




KUALA TERENGGANU 20 Jan. - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan rombakan secara besar-besaran dalam pentadbirannya yang melibatkan pertukaran dan kenaikan pangkat 48 pegawai tadbir kanan negeri berkuatkuasa 1 Februari ini.

Rombakan itu dibuat berikut persaraan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK), Datuk Mokhtar Nong pada minggu lalu.

Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mazlan Ngah sebelum ini telah dilantik sebagai Pemangku SUK manakala Pengarah Tanah dan Galian negeri (PTG), Datuk Abdul Razak Ismail pula dilantik sebagai Pegawai Kewangan negeri yang baru.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pertukaran dan rombakan tersebut adalah perkara biasa dan dibuat berikutan persaraan Mokhtar.

''Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim akan memegang jawatan Timbalan SUK (Pembangunan) dan tempatnya pula diisi oleh Datuk Azlan Mohd. Dagang yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan SUK (Pembangunan),'' katanya selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), Mustofa Abd. Rahman dilantik sebagai Pegawai Daerah Dungun manakala tempatnya diisi oleh Husain Embong yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan SUK (Pengurusan).

''Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Besar, Wan Ahamad Wan Muda akan menggantikan Husain manakala Tuan Mamat Tuan Ngah daripada pejabat SUK dilantik sebagai Pegawai Daerah Besut," ujarnya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Datuk Alim Muda dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Skills Development Center (Tesdec) manakala tempatnya diganti Pegawai Daerah Setiu, Wan Nawawi Wan Ismail.

Katanya, tempat Wan Nawawi digantikan dengan Pengarah Institut Integriti negeri, Mohd. Akil Mat manakala Pegawai Daerah Dungun, Zulkifli Mohamad, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER).


Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Osman Muda akan memegang jawatan Pengarah PTG manakala tempat beliau digantikan oleh Timbalan Pengarah (Makro) Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Mustafar Khalid.

Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Aziz Mat, dilantik sebagai Pengarah Yayasan Terengganu dan tempatnya diganti oleh Pegawai Daerah Besut, Wan Mohd. Wan Ibrahim.

Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Mohd. Zulkifli Abu Bakar dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Makro) UPEN dan tempatnya diganti oleh Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Md. Kamaru Al-Amin Ismail.

Pengarah Bahagian Pengurusan Kompleks Sukan, Arpin Draman dilantik sebagai Pengarah Integriti Negeri manakala Ketua Penolong Pentadbir Tanah Dungun, Rosman Ismail akan menyandang jawatan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Jabatan Kerja Raya Negeri.

Setiausaha Majlis Daerah Setiu, Anuar Nik Mohamad Noor pula dilantik sebagai Ketua Penolong SUK (Perumahan) dan Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun, Mohd. Sophian Abu Bakar memegang jawatan Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran KemamanBerita selanjutnya dari Portal Kerajaan Negeri Terengganu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...