Pages

Monday, January 04, 2010

Isu nama Allah: 5 Hujah Sokong, 5 Hujah Tentang!


http://www.tranungkite.net/v10/index.php
Posted on Sunday, January 03 @ 03:41:20 PST
Dilulus untuk paparan oleh pwm_pelatih06

oleh :dewa


Isu penggunaan nama Allah oleh agama lain cukup kontroversi. Kalau PAS menentang, ini tiada nass dalam Quran kerana Quran pun mengiktiraf bahawa kaum kafir Arab pun menggunakan istilah Allah. Kalau PAS setuju, kita maklum bahawa tujuan non-Muslim yang selama ni tak gunakan nama Allah di Malaysia dipertikai dan logiknya dakyah nak merosakkan akidah anak Melayu. Mari lihat hujah-hujah.


“PAS adakan mesyuarat khas bincang isu nama Allah 

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 3 Jan: PAS memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

"Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat ini dijangka membincangkan secara mendalam keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah milik aktivis Kristian, Herald, untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

Sejak keputusan itu dibuat, kelihatan pemimpin PAS tidak seragam pandangan mereka dalam isu ini.

Mesyuarat ini dijangka akan memberikan kata putus apakah pendirian bersama parti Islam itu dalam isu ini.

Anggota utama lajnah politik adalah pemimpin kanan PAS di samping beberapa pemimpin yang tidak berada dalam AJK PAS Pusat termasuk Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam yang juga anggota Parlimen kawasan tersebut.”

5 Hujah mereka yang tak kisah non-Muslim guna nama Allah untuk merujuk Tuhan:

1. Tiada dalil dalam Quran Sunnah yang melarang penggunaan nama Allah oleh agama lain. Bagus sangat la kalau non-Muslim nak sembah Allah. Harapan kita, lepas ni mereka terus berhenti syirik terus..

2. Boleh merapatkan hubungan dengan agama lain

3. Menunjukkan kita toleransi

4. Bukan isu akidah atau soal besar

5. Nama Allah bukan khas untuk orang Islam sahaja.

Seterusnya, 5 hujah golongan yang menentang :

1. Selama ni non-Muslim tak guna pun nama Allah di Malaysia. Biasanya mereka guna God atau Tuhan. Tujuan sebenar di[percayai untuk merosakkan akidah anak Melayu dengan mengajar kepada anak-anak Melayu bahawa Kristian dan Islam sama kerana menyembah Tuhan yang sama iaitu Allah.

2. Menimbulkan fitnah dan pergaduhan yang tak perlu.

Macam menjolok sarang tabuan. Bila penerbitan Kristian guna nama Allah, mereka akan guna istilah Jesus anak Allah atau Mary isteri Allah. Ini akan menimbulkan kemarahan umat Islam yang peka.

3. Menimbulkan penghinaan kepada orang Islam dan bukan Islam

Kalau seorang guru berkata di dalam kelas, 'kita semua mesti berdoa kepada Allah bila ada masalah". Kaum non muslim seperti Hindu dan Kristian pastinya berkecil hati kerana bukan semua mereka mahu menggunakan istilah Allah sebagai Tuhan.

4. Hakim kafir tentukan nama Allah.

Kelakar sungguh Malaysia apabila seorang hakim kafir bukan Islam yang memutuskan nama Allah berhak digunakan atau tidak. Kalau ada 5 atau 11 hakim yang putuskan, ini masih masuk akal. Tapi biula seorang hakim non-Muslim yang putuskan, ini suatu provokasi melampau.

5. Bercanggah Perlembagaan

Ini soal yang melibatkan akidah. Soal penggunaan nama Islam pada PAS pun pernah jadi isu. Penggunaan nama Allah tentulah lebih besar isunya!
Malah, ia boleh dikira bercanggah dengan perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan melarang sebarang usaha menyebarkan ajaran agama lain kepada orang Islam. Tindakan Herald ni boleh dikira suatu dakyah ke tas orang Islam malah provokatif!

Apa pun, syabas kepada PAS kerana duduk semeja dan berbincang secara jemaah dalam isu ini suapaya suara PAS menjadi satu dan senada.

Ini berbeza dengan pengampu UMNO di mana semua tunduk menurut arahan bos mereka sekalipun bercanggah dengan nas Quran dan sunnah.

Bak kata Tok Guru: Pergi jahanam dengan UMNO!
" 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...