Pages

Monday, October 19, 2009

SUMBANGAN PEMBINAAN SURAU BATU PUTIH


SALAM UKHUWAH,

RAYUAN SUMBANGAN DERMA
UNTUK PEMBINAAN
SURAU KAMPUNG BATU PUTIH,
PULAU SERAI, DUNGUN ,TERENGGANU

SEGALA SUMBANGAN BOLEH
DISALURKAN MELALUI
SAUDARA MOHD NOOR B SULAIMAN, JAWATANKUASA BERTINDAK
PEMBINAAN SURAU TERSEBUT.
BOLEH DIHUBUNGI MELALUI NO TELEFON :

019 - 9683725

NO. IC - 710120-03-5555

AKAUN BANK ISLAM

130 440 200 200 20

ATAU WAKIL :-

PENGERUSI - MANSOR B MUHAMAD
019-9152882

SETIAUSAHA - CHE HUSSIN B SULAIMAN
09-8455739

BENDAHARI - ABD RAHIM@ IBRAHIM B AWANG

019-9547509






SEBAHAGIAN DARIPADA STRUKTUR BANGUNAN SURAU YANG TELAH SIAP .SURAU INI MERUPAKAN BANGUNAN KAYU LAMA YANG AKAN DINAIK TARAF KEPADA BANGUNAN BATU.

ANGGARAN PERBELANJAAN SEKITAR RM 60,000.

SEGALA SUMBANGAN DIUCAPKAN JAZAKALLAH...

Sunday, October 18, 2009

Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu

MAKLUMAT :



Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu

pada 22, 23 & 24 Oktober 2009.


di MASJID RHUSILA ,MARANG


Harap Maklum.


Wednesday, October 14, 2009

CATATAN PERJALANAN BAGAN PINANG

SALAM UKHUWAH,

Alhamdulillah pada tanggal 8hb Okt 2009 satu kumpulan terdiri daripada Bendahari,Ketua Penerangan dan 4 orang AJK MTD Rantau Abang telah berkesempatan untuk hadir menginfaqkan tenaga di PRK N31 Bagan Pinang ,Negeri Sembilan.Rombongan turut disertai oleh sekumpulan PEMUDA terdiri daripada SU DPPKD dan Timbalan Ketua UPM MTD Rantau Abang dan juga Bendahari UPM MTD,selain daripada 2 orang pemuda cawangan.


HENTIAN PERTAMA MAKAN SOUP EKOR DI CHERATING

Kumpulan 2 buah kenderaan seramai 11 orang telah memulakan perjalanan pada pukul lebih kurang 11 malam melalui lebuhraya LPT dan seterusnya melalui KL.Tiba di Bagan Pinang lebih kurang pukul 5 pagi,Alhamdulillah sempat sembahyang subuh di Masjid Lama Teluk Kemang yang menjadi tempat penginapan dan pusat operasi untuk kontigen Terengganu.


MASJID LAMA TELUK KEMANG, TEMPAT PENGINAPAN KONTIGEN TERENGGANU


ROMBONGAN SEMPAT SENYUM WALAU PUN LETIH

Berkesempatan untuk mengikuti kempen yang dijalankan oleh Kontigen Terengganu amat bermakna dan berguna sebagai bekalan untuk menghadapi PRU 13 yang akan dijangka sengit pada tahun 2013 akan datang.



BAHAN KEMPEN UNTUK EDARAN KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG


KONTIGEN MTD RANTAU ABANG BERSIAP SEDIA UNTUK BERTUGAS DI UPU TELUK KEMANG

BBQ PEMUDA DI PANTAI TELUK KEMANG PADA MALAM 9 OKT 2009



KEMPEN RUMAH KE RUMAH HARI TERAKHIR SEBELUM PEMBUANGAN UNDI DI PERUMAHAN KOS RENDAH TELUK KEMANG PADA 10 OKT 2009


Walaupun kempen di Bagan Pinang agak panas dicemari kempen ugut,samseng dan juga membakar bendera dan juga banner oleh Umno,petugas tetap menjalankan tugas yang diamanahkan demi Islam yang diperjuangkan.

ROMBONGAN DI DEPAN SALAH SATU BANNER YANG DIBAKAR OLEH SAMSENG UMNO

KEMPEN TERAKHIR DI SEPANJANG JALAN PANTAI TELUK KEANG-PORT DICKSON

Semoga apa yang dicurahkan di PRK bagan Pinang akan menjadi kenangan yang abadi dan dianugerahkan pahala yang setipal oleh Allah SWT,Insya Allah.

Jumpa lagi di PRK yang lain pula

Wassalam

IJTIMAK KEPIMPINAN PAS NEGERI TERENGGANU

AHLI PAS DIJEMPUT HADIR




Thursday, October 08, 2009

RISALAH JAUHI KONSERT MAKSIAT




KLIK gambar untuk besarkan



SURAT BANTAHAN KONSERT GEGARIA METRO

19 Syawal 1430
08hb Oktober 2009

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Dungun
23000 Dungun
Terengganu.

Tuan,

BANTAHAN KONSERT SEMPENA KARNIVAL GEGARIA METRO 09’

Salam hormat. Pihak kami telah dimaklumkan bahawa pada 9 & 10 Oktober 2009 pihak Harian Metro dengan kerjasama pihak tuan akan mengadakan program tersebut di Dataran Dewan Merdeka Daerah Dungun. Pihak kami dimaklumkan terdapat beberapa acara seperti Band Metro, Gadis Metro, Metro Idol dan banyak lagi aktiviti yang melangkaui tatasusila akhlak dan adab Islam serta melanggari tatasusila masyarakat Melayu yang akan diadakan pada tarikh tersebut.

Dengan ini, Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun bersama beberapa badan NGO’s mengutuk sekeras-kerasnya dan tidak bersetuju dengan program yang akan diadakan tersebut berdasarkan beberapa sebab berikut ;

1. Acara yang akan dilangsungkan dengan jelas melibatkan gadis-gadis dan remaja yang tidak menutup aurat malah ditayangkan kepada masyarakat tempatan, percampuran antara lelaki dan perempuan yang sudah tentu akan mengundang kepada berlakunya gejala kurang sihat seperti seks bebas, rogol, kecurian, minuman keras dan sebagainya. Ini merupakan satu contoh akhlak yang buruk dan bertentangan dengan seruan Kerajaan untuk melahirkan masyarakat ‘Ulul Albab’ dan Islam Hadhari yang dilaungkan.


2. Lokasi yang berhampiran dengan Masjid, surau – surau disekelilingnya, Pejabat Agama Daerah Dungun, kawasan Perumahan Kg. Molek , Tanah Lot dan lain – lain yang bakal mengundang rasa tidak selesa, biadap,‘parking’,gangguan bunyi, privasi penduduk setempat dan lebih-lebih lagi sekarang pelajar tingkatan tiga sedang menduduki peperiksaan PMR.

3. Di samping penganjuran aktiviti ini hanyalah mengundang kepada penularan gejala maksiat yang semakin membarah pada masa yang sama seoalah-olah tiada rasa keperihatinan terhadap bencana yang sedang menimpa di negara jiran baru-baru ini. Keizinan pihak tuan juga menggambarkan persetujuan berlakunya gejala keruntuhan akhlak anak tempatan dimasa akan datang. Semoga kita dijauhkan daripada azab Allah diatas kesilapan yang dilakukan dengan sengaja.

Sehubungan itu harapan pihak kami memohon agar pihak Tuan tidak mengizinkan konsert berkenaan diteruskan demi untuk kesejahteraan umum.

Sekian, terimakasih.

" ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "
" MEMPERSADA PERJUANGAN "

Yang menjalankan amanah,


UST JAMALUDDIN BIN JUSOH
KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN





Lampiran

Badan – badan dan NGO’s yang turut sama membantah konsert sempena Karnival Gegaria Metro 2009

1. PAS kawasan Dungun
2. Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
3. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
4. Ikatan Siswazah Islam Malaysia cawangan Terengganu (ISMA)
5. Angkatan Belia Islam (ABIM) cawangan Terengganu
6. AJK Surau kubur Kampung Molek
7. AJK Surau Tanah Lot
8. AJK padang jambu
9. AJK Surau ust omar shukri
10. AJK Surau Sungai Buaya
11. AJK Masjid Intan Zaharah
12. Persatuan Bekas Alumni Sek.Rendah Laki – Laki Lama
13. Persatuan Nelayan

KARNIVAL GEGARIA - DUNGUN

FIKIRLAH SENDIRI.....REMAJA TERUS DILALAIKAN OLEH UMNO DAN SEKUTUNYA,,,,,,,,,


Wednesday, October 07, 2009

Iktibar dari Al Quran


1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .

Sunday, October 04, 2009

Gempa di Terengganu !!




Kehilangan nyawa dan bangunan runtuh dua perkara yang berlaku setiap kali berlakunya gempa bumi seperti terbaru yang berlaku di Padang Sumatera Barat. Banyak nyawa yang terkorban dan bangunan yang runtuh atau tertimbus.

Tetapi lain pula yang berlaku di Terangganu, gempa bumi tidak, taufan tidak dan ribut pun tidak tetapi sering sahaja berlaku bangunan runtuh. Kalau sebelum ini bumbung sekolah dan stadium yang runtuh kali ini bumbung masjid pula yang runtuh.

Kejadian terbaru berlaku di Masjid Kampung Batu Putih tiba-tiba runtuh dan menimpa tiga buruh warga Indonesia yang datang untuk membaiki binaan itu di Kemaman, semalam. Kebetulan kejadian ini berlaku dalam parlimen Kemaman yang Menteri Besarnya berasal dari sana.

Pakar kaji bumi pastinya pening kepala dengan 'misteri' dan ' peristiwa pelik' yang berlaku di Terangganu. Selalu benar bangunan runtuh di Terangganu. Tak pasti le pulak sama ada masjid ini dibina era Datuk Idris Jusoh atau Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Jika begini keadaannya tidak mustahil 'tsunami' juga boleh melanda Terangganu bila-bila masa lebih-lebih lagi apabila senario politik di Terangganu di dalam Umno yang 'gempanya' tidak pernah berhenti menggoyangkan kepimpinan Ahmad Said sekarang.

N 31 BAGAN PINANG- N9

Saturday, October 03, 2009

LIVE BAGAN PINANG-N9


Cover It Live Ehsan Al-Banjari


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...