Pages

Friday, June 26, 2009

FAUZI CALON MANEK URAI




KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Manek Urai sebentar tadi.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat pelbagai komplikasi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Dalam pada itu, pada Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya untuk mewakli parti itu pada Ahad ini.

Thursday, June 25, 2009

MANEK URAI : PAS SEMAKIN MANTAP



Image531

Image523

Pintu masuk utama ke Manek Urai

Image522

Image546

 </p></div> <p><a href=Image590

Image575

Image577

Pas telah pun menetapkan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai (N41) adalah anak tempatan.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas negeri, Abdul Fatah Harun berkata, keputusan itu dibuat hasil daripada kehendak akar umbi dan perbincangan yang dibuat di peringkat Pusat.

“Pucuk pimpinan Pas Pusat telah pun memutuskan nama calon tersebut dan akan diumumkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz pada 26 Jun ini. Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira banyak faktor termasuk kehendak akar umbi,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, Pas memilih calon anak tempatan Kuala Krai dan tidak akan melangkaui kawasan di luar Kuala Krai.

Mengulas mengenai gerak kerja jentera Pas menghadapi pilihan raya kecil itu beliau berkata, Pas telah mengatur strategi yang tersendiri dengan kekuatan yang lebih mantap dan kukuh.

“Apa yang kita lihat setakat ini ialah UMNO seolah-olah hilang akal apabila isu utama yang dibuat iaitu berhubung kerajaan perpaduan sudah tidak wujud lagi. Ini menyebabkan mereka terpaksa mencari isu lain.

“Pas sekarang semakin bernafas dan mantap. Penduduk Manek Urai juga semakin yakin dengan kepimpinan menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz,” katanya.

Menurut beliau, apa yang nyata ahli dan penyokong Pas Manek Urai bersyukur dengan pendirian Nik Abdul Aziz lebih-lebih lagi pendirian beliau berhubung isu kerajaan perpaduan.





Tuesday, June 23, 2009

PAS tamatkan kemelut isu kerajaan perpaduan

SALAM UKHUWAH,

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tarik balik kenyataan terhadap Nasharudin, istihar isu kerajaan perpaduan selesai dan tidak lagi berbangkit

CERAMAH DUN RANTAU ABANG

SALAM UKHUWAH,


Monday, June 22, 2009

PRK MANEK URAI N041


SALAM UKHUWAH,

LALOH (LAKLOH ) AKAN MENJADI TEMPAT BERTUGAS BAGI NEGERI TERENGGANU DI PRK MANEK URAI PADA 6-14 JULAI NANTI.UNTUK KAWASAN DUNGUN AKAN BERGABUNG DENGAN KAWASAN MARANG MENGIKUT JADUAL YANG AKAN DIKELUARKAN OLEH BADAN PERHUBUNGAN NEGERI.SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PETUGAS DUN RANTAU ABANG,SEMOGA MENDAPAT KEMENANGAN DARIPADA ALLAH.

Sunday, June 21, 2009

MANEK URAI-PERSIAPAN AWAL

JADUAL CERAMAH MANEK URAI N-041



Jadual Ceramah N.041

Forum Perdana

Chuchoh Puteri B
19 Jun 2009
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Khalid Samad, YB Ust Nassuruddin Daud

Ceramah

21 Jun 2009
Padang Majlis Daerah, Laloh
Tok Guru MB, DSAI, Lim Guan Eng, Ust Nassuruddin Daud

Ceramah

22 Jun 2009
UPU Sg Sok
Dato’ Husam, Mohamad Sabu

Ceramah

23 Jun 2009
UPU Temalir
YB Ust Nassuruddin Daud, Mohamad Sabu

Pengisytiharan Calon

26 Jun 2009
Markas UPU Manek Urai Lama
Tok Guru MB, YB Lim Kit Siang, Dato’ Husam, Saifudin Nasution

Ceramah

7 Julai 2009
Padang Bola Chuchoh Puteri A
Tok Guru MB, DSAI, Dato’ Husam

Ceramah

12 Julai 2009
Markas UPU Sg Perial
Tok Guru MB, DSAI, Nik Amar



Friday, June 19, 2009

Nik Aziz marah Nasharuddin: Ibarat pukul anak sindir menantu?


PETIKAN DARI mStar Online:-

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersikap keterlaluan apabila kelmarin meminta Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa melepaskan jawatannya gara-gara "menyokong" idea pembentukan kerajaan perpaduan?

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tindakan tersebut akan lebih mengeruhkan lagi hubungan sesama ahli dalam PAS.

"Bagi saya tindakan Nik Aziz itu agak keterlaluan kerana beliau tidak boleh terikat dengan gaya politik dan pemikiran konservatif," katanya kepada mStar Online ketika mengulas kenyataan terbaru Nik Aziz yang menggesa Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Bachok dan seterusnya menyertai Umno jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Malah Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam PAS serta pakatan pembangkang.

Bagaimanapun Ahmad berkata, pada dasarnya Nik Aziz tidak melihat tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengesyorkan mengenai kerajaan perpaduan tersebut akan memberi kebaikan kepada parti itu.

"Nik Aziz tak nampak tindakan Hadi itu adalah untuk hidupkan kembali karier politik PAS yang hampir ditelah oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP.

"Adalah lebih baik PAS berkawan dengan Umno...kawan tak semestinya nak kahwin, kawan untuk kebaikan bersama," katanya.

Malah Ahmad berkata, Nik Aziz masih fobia dengan kerajaan campuran yang terjalin antara Umno-PAS pada 1973-1977.

"Jelas, Nik Aziz masih takut dan fobia dengan pengalaman lalu sewaktu PAS menjalinkan hubungan dengan Umno hingga terbentuknya kerajaan campuran.

"Tapi itu semua kisah lama dan Nik Aziz perlu lebih terbuka dalam soal ini.

"Saya tak boleh kata Nik Aziz tak matang dalam soal ini kerana beliau adalah orang lama dalam bidang politik, tapi sememangnya tindakan beliau kali ini memang tak tepat," katanya.

Sementara itu Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Siva Murugan Pandian pula berkata, Nik Aziz seharusnya mengelak membuat kenyataan seperti itu kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi hubungan dalaman PAS.

"Kenyataan itu hanya akan memanjangkan lagi masalah dalaman dalam PAS yang berlanjutan sejak isu kerajaan perpaduan mula dibangkitkan," katanya.

"Perkara ini akan menimbulkan kesan besar terutamanya kepada penyokong Nasharudin kerana beliau baru sahaja mengekalkan jawatanya sebagai Timbalan Presiden PAS," katanya.

Pensyarah Kanan Sains Politik dan Strategik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman pula berkata, beliau menganggap kenyataan Nik Aziz itu sebagai penegasan yang memuncak terhadap bantahan mengenai idea kerajaan perpaduan.

Jelasnya, Nik Aziz sangat tegas dengan pendirian beliau sebelum ini yang menolak sekeras-kerasnya idea berkenaan.

"Nik Aziz sangat tegas dalam soal ini, saya percaya beliau boleh keluarkan kenyataan sedemikian kerana tahap kesabarannya telah sampai puncaknya.

"Kita pun tahu dah berkali-kali beliau bangkang idea itu, tapi hingga yang terkini Nasharuddin masih menyebut mengenai kerajaan perpaduan... naik marahlah Nik Aziz.

"Saya percaya ini reaksi spontannya kerana penegasan beliau selama ini seolah-olah tidak dihiraukan oleh Nasharudin," katanya.

Bagaimanapun Ahmad Nizamuddin berkata, konflik antara Nik Aziz dan Nasharudin ini tidak akan berlanjutan sekiranya Timbalan Presiden PAS itu mengambil langkah berdiam diri.

"Saya fikir isu ini akan habis begitu sahaja jika Nasharudin terus diam diri kerana kalau beliau keluarkan kenyataan mungkin isu ini akan jadi lebih besar," katanya.

Bagaimanapun katanya lagi, Hadi perlu memainkan peranan penting untuk menjernihkan semula keadaan.

Katanya jika Hadi mengeluarkan kenyataan yang menyokong pendirian Nasharudin, maka sudah pasti perpecahan akan berlaku dalam PAS antara pihak yang menyokong dan membantah terhadap idea tersebut.

"Semua orang tahu idea ini adalah daripada Hadi, beliau yang lebih cenderong kepada pembentukan kerajaan perpaduan.

"Jadi sekarang segala-galanya terletak di tangan beliau, kalau beliau menyokong Nasharudin... itu sangat bahaya bagi PAS," katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin menyifatkan Nasharudin menjadi mangsa keadaan kemarahan Nik Aziz terhadap Abdul Hadi.

Beliau berkata, pada asasnya Nik Aziz tidak bersetuju dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang disyorkan oleh Presiden PAS itu, namun menjadikan Nasharudin sebagai sasaran.

"Ini ibarat pukul anak sindir menantu. Kenapa nak marah Nasharudin? Sebenarnya Nik Aziz marahkan Abdul Hadi tapi tak boleh nak terus marah (Abdul Hadi)...tapi Nasharudin yang jadi mangsa," katanya.

Tambah Shamsul, Nik Aziz sepatutnya tidak bertindak sedemikian kerana sebagai orang lama dalam politik, beliau seharusnya berbincang bagi mendapatkan kedudukan sebenar berhubung isu ini.

"Tak patutlah buat kenyataan macam itu... sepatutnya bincang terlebih dahulu," katanya.

Selain itu beliau juga tidak menolak kemungkinan kenyataan Nik Aziz itu akan memberi kesan negatif terhadap PAS.

Jelanya situasi dalaman PAS yang tidak menentu pada masa ini akan lebih merumitkan terutamanya jika penyokong Nasharudin bertindak membantah kenyataan Nik Aziz.

"Penyokong PAS akan lebih terperanjat kerana Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang agak 'keras'," katanya.

Di Ladang Ini - Untuk Renungan Bersama



Ayat-Ayat Untuk Salahuddin, Mahfuz ...


(Maaf keranaku terpaksa ghairah juga seperti kalian
bercakap di hadapan wartawan)

Saudara,

Saudara miliki ruang
tanah sendiri seumpama ladang
suburnya menghijau tidak pernah gersang
situlah kalian berdiri
situlah kalian berlari

tidak seperti aku
sudahlah jauh di negeri orang
tinggal merawat luka sendiri
merapat malam dengan siang
melakar warna langit yang hilang
entah dipandang, entahkan tidak.


Alangkah indahnya
jika tanah ini kembali berhuma
jika sungai itu mengalir air yang jernih
jika denai itu kembali ceria
jika kaki saudara masih setia
pada ini ladang

bukanlah saudara
memimpin dengan meminta
kempen,
perancangan tersusun
atau
munajat panjang

bersuaralah dalam ladang itu
semailah benih
bajaklah pandangan
tuailah keputusan

hidangkan pada aku sepinggan
meski nasi tanpa lauk
tanpa sayur
tanpa garam

kerana aku tidak pernah meminta
lebih daripada itu
sekadar huma
dari ladang kita

BY MUHAIMIN SULAM
Swansea. UK

Wednesday, June 17, 2009

KABINET BARU PAS TERENGGANU






Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini( 16 Jun 2009 ) telah membentuk kabinet barunya bagi sesi 2009-2011. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya baru, Dato' Harun Taib telah melantik Dato' Abu Bakar Chik, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Ustaz Saiful Bahri Mamat sebagai Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya. Dato' Abu Bakar Chik adalah Timbalan Pesuruhjaya sesi lalu, manakala Haji Mohd Abdul Wahid dan Ustaz Saiful adalah muka baru yang dilantik ke jawatan itu.

Haji Yahaya Ali kekal sebagai Setiausaha. Sementara Ketua Penerangan sesi lalu, Haji Muhyidin Abdul Rashid dilantik sebagai Bendahari menggantikan tempat Haji Mohd Abdul Wahid. Ketua Penerangan pula diamanahkan kepada Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Ustaz Ariffin Deraman pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya menggantikan tempat Haji Yahaya pada sesi lalu.

Turut dilantik ialah tiga orang Penolong Setiausaha yang terdiri daripada Ustaz Kamarudin Yunus, Haji Hanafiah Ramli dan Perantau.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa tambahan yang dilantik ialah Ustaz Mohd Harun Jusoh, Haji Abdul Haris Abd Malik, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Haji Hussin Ismail, Hajah Zarani Othman dan To' Puan Hajah Fatimah Ibrahim.

Anggota-anggota lain adalah terdiri daripada Ketua-Ketua dan Setiausaha-Setiausaha Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat negeri serta Yang Dipertua dan Setiausaha PAS Kawasan-Kawasan.

Monday, June 15, 2009

Nizar, 4 MP digantung sidang dewan dua hari




Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang), yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan beliau dan empat lagi meninggalkan bilik persidangan parlimen atas dakwaan "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka berlima juga digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Mohammad Nizar, yang masih menuntut jawatan menteri besar di Perak, bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya exco kerajaan Pakatan Perak sebelum rampasan kuasa BN, Februari lalu - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut kembali kerajaan yang mereka kuasai tidak sampai setahun sejak Mac tahun lalu.

GOTONG ROYONG BERSIH PEJABAT DUN

SALAM UKHUWAH,

Pada 13hb Jun yang lepas, Jumaat Pemuda DUN dan juga AJK MTD DUN Rantau Abang berkesempatan menjalankan gotong royong menyusun atur Pejabat DUN yang telah tertangguh hampir 6 bulan.Pejabat berpindah dari tapak asal di simpang traffic light Jalan Baru Pak Sabah, yang sekarang menjadi kedai Us Azman Shapawi.Diharap akan menjadi tempat bermesyuarat oleh DUN dan juga Pemuda selepas ini dengan keadaan yang selesa.Pejabat ini akan dari masa ke semasa akan disusun atur dan dilengkapi dengan peralatan yang sepatutunya.















Thursday, June 11, 2009

Hadi: PAS Belum Bincang Semasak-masaknya


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

Katanya, mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat hari ini juga tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Abdul Hadi memberita demikian dalam sidang media selepas mesyuarat pertama jawatankuasa pusat (AJK) PAS di ibunegara hari ini.

Menurutnya, beliau tidak tahu mengenai laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu.

"Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh," katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, PAS sedia berbincang dengan Umno mengenai demokrasi, bidang kehakiman, kebebasan pilihanraya dan media, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bidang keutamaan PAS

"Saya mahu kerajaan membuat perubahan dahulu, dan saya utamakan perbincangan mengenai demokrasi, bidang kehakiman dan kebebasan media.

"Kalau nak bincang perkara itu, kita sedia jumpa," katanya.

Katanya, ucapan beliau di muktamar PAS, telah menyentuh perubahan badan kehakiman dan suruhanjaya pilihanraya (SPR), tetapi tidak dilaporkan sepenuhnya oleh media.

Abdul Hadi juga berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat.dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

Katanya, mesyuarat AJK pusat hari ini juga, tambahnya, tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Menurutnya, beliau tidak tahu laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu.

"Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh," katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...