Pages

Sunday, June 07, 2009

MUKTAMAR PAS PUSAT KE 55

SALAM UKHUWAH,

Selamat bertemu, setelah hampir 5 hari tak berkesempatan posting artikel di ruangan maya ini.Berkesempatan menghadiri muktamar Pusat di Stadiun Malawati, Shah Alam, begitu teruja dan gembira kerana dapat diadakan di bandar besar.Tetapi sangkaan ana dan sahabat yang bersama terasa jauh lebih baik jika diadkan di Perak, Kedah atau Kelantan.


Suasana Muktamar Pemuda PAS Pusat di Taman Malewar,KL



Stadium Malawati ,Shah Alam

Ini berdasarkan beberapa faktor:-

1. Tempat penginapan- Pada malam pertama sampai kami bercadang untuk tidur di Masjid Negeri Shah Alam setelah mengambil kira pandangan sahabat yang tinggal di sana.Malangnya pintu pagar Masjid dikunci disemua pintu masuk.Ini mendatangkan suspen kepada rombongan kami kerana memikirkan di mana kami nak tidur pada malam itu.Setelah menikmati minum di sebuah kedai mamak,Al Alif berhampran stadium kami sempat bertanya kepada salah seorang pekerja kedai di mana masjid?Beliau memberitahu di mana lokasi masjid dan disitulah tempat kami lepak,tidur selama 2 hari di Shah Alam.

2. Tempat Makan - Banyak disediakan gerai makan di sekitar Stadium tetapi harga agak mahal.Sepinggan nasi sampai RM 6,lauk ayam( kecil ) dan sedikit daging goreng,yang mana jika di tempat lain harganya RM 4.50 atau RM 5 sahaja.Kambing bakar campur sos black pepper ,jika tempat lain harganya antara RM 3 - RM 5.Di sini sampai RM 6 yang hanya beberapa ketul kecil sahaja.Manakala untuk ke tempat lain amatlah terhad tempat makan dan yang banyak adalah kedai mamak.

bersambung......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...