Pages

Sunday, June 07, 2009

INTIPATI UCAPAN PENANGGUHAN TUAN GURU PRESIDEN PAS, DATUK SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG


petikan dari blog MUTALIGAT....@ SOFI WAHAB


Beliau memulakan ucapan dengan membaca Surah Al Maidah Ayat 2
" Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamaKu dan aku cukupkan nikmatKu dan aku redha Islam menjadi agamamu"

Kata beliau dalam muktamar ada manis tapi jangan terlampau banyak nanti jadi kencing manis; ada pahit tetapi jangan banyak takut sembelit; Ada tawar tetapi jangan banyak takut banjir, disambut dengan gelak ketawa perwakilan dan pemerhati.

Ucapan terima kasih kepada pimpinan dan seluruh ahli serta tuan rumah
Mereka yang terjun dari bahtera PAS, mereka akan tenggelam
Islam Memimpin Perubahan Islam yang berjaya membina dan mengislahkan tamadun manusia. Islam bina tamadun baru mengambil nilai-nilai dari tamadun lain dan mengislahkan nilai-nilai tersebut.

Keruntuhan ekonomi kerana halalkan yang haram, semuanya kerana sekularisme memisahkan agama tiada perhitungan dosa dan pahala.
Islam mesti jadi penyelesai kepada semua masalah samada ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
Hikmah cara Islam yang dikawal oleh Islam menjadi pengawal kepada apa juga isu dan tindakan.

Islam terima apa juga kebijaksanaan tentang apa saja kepakaran untuk menyelesaikan masalah dan urusan dunia asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam
PAS tidak perlu menumpang bahtera orang lain samada BN dan sesiapa sahaja.

Wakil-wakil rakyat PAS tidak tumbang dengan politik wang kerana Islam menjadi tempat berpijak kita. Tidak seperti wakil-wakil rakyat yang lain yang tewas dengan politik wang.
Berjuang mesti bertemu dengan semua pihak, mengajak semua manusia (jahat dan baik) kepada Islam.
Mesti kenal musuh sebenar dan musuh yang direka (tiupan-tiupan syaitan) - musuh yang tidak faham.
Allah memerintah kita utamakan perdamaian - pendekatan muwajahah silmiyah bagi menarik ahli seberapa ramai yang boleh.

Jangan tutup pintu langsung kepada sesiapa sahaja kerana kerja kita adalah kerja baik dan mesti orang lain ke arah kebaikan.
Berbuat baik kepada musuh bagaikan pokok yang dilontar batu oleh kanak-kanak, pokok membalas dengan memberi buah atau lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Bersabar dengan kezaliman tetapi jangan sampai dipijak kepala.
PAS tetap membuka ruang kepada media supaya masyarakat dapat menilai apa yang baik dan buruk. PAS tetap telus dan professional.
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyeru selepas muktamar kita bersama-sama :-

Suburkan sifat taqwa. Musuh hanya dapat ditewaskan dengan sifat taqwa.
Ketaatan dan Wala' mesti ada pada ahli selagi pemimpin taat kepada Allah. Jika pemimpin tidak taat kepada Allah maka jangan taat kepada pemimpin. Sahabat bukan sahaja taat kepada perkara yang mereka faham malah yang mereka tidak faham selepas itu mereka tanya jika tidak faham.

Ukhuwwah dan bai'ah mesti dipertingkatkan dan diperkemaskan.Ianya telah dilaksanakan kepada calon-calon pilihanraya dan di kalangan pimpinan pusat.
Kesatuan Ummah (Wehdatul Fikr), perjuangan kita bukannya Wawasan 2020. Hanya Islam sahaja yang boleh menyatukan ummah bukannya slogan-slogan seperti bersih, cekap, amanah, Islam Hadhari dan OneMalaysia.

Bangunkan manusia dahulu dari perkara lain.
Dermakan untuk membina kompleks bukan sahaja untuk pilihanraya.

Tuan Guru mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...