Pages

Saturday, January 03, 2009

CATATAN TAHUN BARU 2009 @ HIJRAH 1430



AssalamuAlaikum,

Lembaran baru tahun 2009 bermula dengan begitu meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi semua.Ana tidak terkecuali kerana 2008 telah memberi satu impak yang besar terhadap diri ana sendiri .Tak perlu dibincangkan disini rasanya.

Ana ingin memulakan dengan perjalanan pada awal tahun 2009 kisah diri sendiri dalam menghadapi situasi politik 20009/1430 ini.Kita dikejutkan dengan berita penangkapan artis dan juga seleberiti yang terlibat dengan "Pesta Seks" dan dadah di KL,sementara itu di Kuantan seramai lebih kurang 60 pasangan ditangkap berkhalwat di hotel.Apa yang paling malang lagi ada satu kes melibatkan 5 remaja lelaki dan seorang perempuan dalam satu bilik,saudara boleh fikir dengan sendiri.Inilah situasi sebenar remaja seluruh negara sebenarnya.

Tanpa kita sedar atau pun tak sedar apa peranan kita sebenarnya dalam menghadapi situasi ini yang mana mungkin berlaku berhampiran tempat kita atau persekitaran tempat tinggal kita.Di sinilah memerlukan usaha dakwah dan amar makruf nahi mungkar.Kita tanya apa sumbangan kita dalam jamaah PAS dalam menghadapi situasi sebegini rupa.Ana tak berniat untuk membincangkan perkara ini panjang-panjang, eloklah kita semua memikirkan kaedah tertentu di tempat masing-masing samaada di bandar atau di kampung yang berbeza dari segi pendekatan.

Dikesempatan ini ana ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Kuala Terenggganu P-036 yang akan dijalankan pada 17 Januari 2009.DUN Rantau Abang telah diamanahkan untuk membantu jentera peringkat UPU di DUN Batu Burok.
UPU tersebut adalah Chendering Pantai dan KG Kolam ,Kuala Ibai.Majoriti penduduk disini adalah PAS walaupun sebahagian daripada mereka adalah dari golongan bawahan dan ini menandakan jika pendekatan yang sesuai kita dapat menguasai semua golongan.



Pada tanggal 1 hb Januari 2009 di Kuala Terengganu ana perhatikan rakyat rata-ratanya kurang berminat untuk membincangkan isu pilihanraya kecil P-036.Kemungkinan menunggu penamaan calon atau begitu sibuk dengan urusan masing-masing dalam menghadapi krisis ekonomi yang sekarang telah menberi kesan secara langsung kepada semua peringkat masyarakat amnya.Cuma semasa ana menikmati minum petang di sebuah warung berhadapan Sekolah Agama Ladang kedengaran tauke kedai menyatakan kepada pelanggan yang dikenalinya bahawa malam ini pengisytiharan calon PAS di Stadium Negeri,tapi dijawab dengan nada seolah tiada minat- 'OO ' jawabnya sambil menikmati juadah Nasi Dagang.

Inilah situasi sebenar masyarakat sekarang yang memang tidak berminat untuk membincangkan soal Politik negara.Ana beranggapan bahawa sudah sampai masa kita menjalankan gempur penerangan secara menyeluruh yang melibatkan semua pihak untuk turun berhadapan dengan masyarakat secara lansung atau melalui kaedah yang difikirkan bersama bukan sekadar ceramah umum yang kurang bisa sejak kebelakangan ini.

Cukup untuk catatan pertama ini kerana ini adalah cubaan penulisan ana yang tidak berpandukan kepada apa-apa sesi pembelajaran.mungkin ada tersilap ana mohon maaf dan bersedia menerima kritikan dan teguran membina.
'BERUBAH UNTUK KEMENANAGAN RAKYAT'

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...