Pages

Monday, November 10, 2008

Pemuda Seru Perkasakan Pasti

Ditulis oleh WanKay
Monday, 10 November 2008


Kemaman - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyeru semua organ parti di semua peringkat bersama-sama memperkasakan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Pasti perlu mendapat pembelaan terutama perhatian kepada guru-guru bertugas sepenuh masa dengan yang minima.

Ketuanya, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) pra-sekolah itu wajar memdapat pembelaan, sokongan dan dokongan ahli-ahli di peringkat cawangan masing-masing.


Katanya, Pasti telah terbukti mampu melahir dan mencorakkan pelapis generasi yang cintakan perjuangan Islam.

“Kita (PAS) kena bela, kena sokong dan dokong sekolah Pasti yang kita wujud di seluruh negeri Terengganu ini.



“Pasti mampu melahirkan pembentukan generasi yang cinta dan sayangkan perjuangan Islam,” ujarnya pada sesi penggulungan Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu 2008 Kali Ke-12, di Dewan Dato’ Seri Amar Di Raja, Chukai Kemaman, 1 November lalu.

Katanya, pengorbanan guru-guru Pasti harus dihargai dan diambil tanggungjawab oleh semua pihak terutama cawangan-cawangan PAS terbabit.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa terharu kerana imbuhan elaun kepada guru-guru Pasti masih terlalu rendah.

Katanya, masih terdapat guru-guru Pasti yang menerima imbuhan elaun pada kadar serendah RM50.00 setiap bulan kerana kurang kemampuan di pihak pengurusan berkenaan.

“Maklumat yang kami (Pemuda) terima masih terdapat guru-guru Pasti di negeri Terengganu menerima imbuhan elaun serendah RM50.00 sebulan.

“Saya rasa terharu dengan jumlah RM50.00 sebulan untuk imbuhan guru Pasti di beberapa kawasan terpencil seperti di Setiu dan Hulu Terengganu,” jelasnya.

Manakala, katanya bayaran imbuhan guru Pasti yang paling tinggi sebanyak RM600.00 sebulan di Kemaman.

Menurutnya, kebanyakkan guru-guru Pasti menerima imbuhan antara RM150, RM250 dan RM400 sebulan mengikut kemampuan kewangan di tempat masing-masing.

Oleh itu, katanya sokongan dan dokongan ahli terutama di peringkat cawangan masing-masing dapat meringankan bebanan guru-guru Pasti berkenaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...