Pages

Tuesday, September 23, 2008

JADIKAN PAS TEMPAT BERNAUNG



Oleh Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS

Umum mengetahui bahawa negara kita kini berada di dalam suasana kegawatan ekonomi yang menekan rakyat , yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan perlaksanaan pembangunan ekonomi negara

Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan Barisan Nasional ( BN ) yang diterajui UMNO untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormati . UMNO yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang melayu di awal penubuhannya , kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah ummat Islam dan orang melayu terbela .

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan UMNO seolah - olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah percubaan UMNO untuk mengalih masaalah yang berlaku dikalangan parti kompenan BN pada ketika ini .

Sehubungan itu , Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS sebagai parti tempat bernaung .

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit , tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya , maka PAS percaya bahawa orang - orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli - ahli UMNO beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah .

Sebagaimana yang telah dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke 54 yang lalu dengan tema PAS UNTUK SEMUA , bahawa sebenarnya perjuangan PAS kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan aqidah perjuangan yang jelas .

PAS bukannya sebuah parti politik semata - mata , tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah . Perjuangan PAS adalah bersifat universal untuk seluruh umat manusia , membawa keadilan sejagat sebagaimana termaktub dalam Bab ketiga , Fasal 6 , Perkara ( 8 ) , ( 9 ) dan ( 10 ).

Perlembagaan PAS , di mana usaha - usaha PAS ialah :

1. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai - nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran - ajaran Islam .

2. Memperjuangakan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini .

3. Menyertai dan bekerjasama dengan bangsa - bangsa bersatu dan badan - badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak - hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman , kepalsuan , perhambaan dan penindasan dikalangan umat manusia .

Bertitik tolak dari hakikat ini , maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh UMNO ini .

PAS percaya bahawa ahli - ahli dan pimpinan UMNO ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS . Marilah bersama - sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang .

Marilah bersama - sama menyertai PAS.

1 comment:

HAJI MOHAMAD BIN JUSOH said...

Assalamualaikum Tuan Guru,

Pada pandangan sayalah PAS dan UMNO ni umpama manis dengan gula, kalau pas itu manis maka UMNO itu buku gula. jadi tak pernah ada orang jual manis sahaja dan tak jual gula, begitulah tak ada orang jual gula sahaja tapi tinggalkan manis.

Sedemikian elok sangatlah PAS dan UMNO ni bersatu semula, perjelaskan asal usul melayu islam yang diperkenalkan oleh syed syeikh Abdullah Al Qumairi yang telah mentalqinkan syahadatain kepada raja pra ong mahawangse pada tahun 1136 masihi bersamaan 531 hijrah kemudian menamakan rumpun bangsa cina, india, farsi, monggol dan arab pada ketika itu dengan nama melayu.

Kemudian raja Pra ONG Mahawangse telah ditukarkan namanya dengan nama Sultan Muzaffar Shah yang merupakan raja melayu pertama. Makna melayu telah ditasrifkan oleh Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain bin Wan Mustaffa al fathoni di dalam kitabnya Hadiqatul Azhar Wa rayahin. Bermula hari itu telah terlaksanalah undang2 Syariah di Ngeri kalaha dan ditukarkan dengan nama Kedah yang asalnya daripada sebekas kaca arak yang telah dicuci oleh sultan dan dihadiahkan kepada Tuan Guru Syeikh Abdullah al qohiri murid kepada sultan wali syed syeikh mahyuddin abdul qadir jilani.

Demikianlah Keislaman bangsa manusia ketika itu dengan kemenangan mutlak berkat baiah 2 kalimah syahadah yang didalamnya mencakupi alam dan seisinya.

Sedemikian adalah wajar masa ini dan ketika ini kita duduk semeja, muhasabah diri-diri agar Islam menjadi menang mutlak dan kuat mutlak dengan menjadi qawaid yang tepat sebagai acuan segala kebenaran.

lantaranya kerja yang sedikit namun berkatnya lebih, bersatu di dalam kerja baik memperbetulkan aqidah, syariat dan akhlak, jihad dengan harta dan diri merupakan suatu yang wajib mutlak kepada manusia yang bergelar muslim lagi mukmin.

Dengan sanad syahadatain, marilah sama-sama kita keluar daripada daerah kufur dan maksiat kepada iman dan taat, keran itulah keuntungan mutlak di dunia dan akhirat.

Mudahan melayu mutlak yang kita kenal bukan suatu bangsa semata-mata, tetapi kelompok manusia agong yang mewarisi mutlak perjalanan Rasul s.a.w dan para aulia illah as solihin akan menjadi tempat bernaung kepada manusia akhir zaman

wallahu taala a'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...