Pages

Monday, August 11, 2008

Gugur Syarat Tahalluf Siyasi


Dalam Liqa' Fikri yang lepas, Ustaz Zaharudin Mohamad pernah menegaskan bahawa antara syarat tahalluf siyasi ialah mesti Islam mendominasi. Jika bukan Islam mendominasi Islam, maka syarat tahalluf siyasi itu tergugur dengan sendiri. Syarat inilah yang ditegaskan oleh pimpinan PAS kepada Anwar dalam menuju kerajaan Malaysia Baru pada 16 September (kononnya) nanti seperti yang dipalu sakan oleh Anwar dan pimpinan yang sewaktu dengannya.

Pimpinan Pemuda Mendahului
Syarat ini saya rasa sudah dimaklumi oleh semua pimpinan PAS, kecuali yang kurang mengikuti usrah ataupun lari dari kuliah-kuliah Tuan Guru dan ustaz-ustaz. Namun, akhirnya seorang ustaz muda maju ke hadapan untuk menyatakan pandangan beliau yang ada hubung kaitnya dengan tahalluf siyasi ini. Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi memberikan pandangan dan cadangan beliau yang bertajuk "Jika Islam Tidak Dominan, PAS Wajib Menarik Diri".

Beliau antara lain berkata,"Tetapi sebagai seorang anggota gerakan Islam, saya juga tidak mahu kita meruntuhkan kerajaan jahiliyyah dan membina kerajaan jahiliyyah yang baru. Sebaliknya apa yang kita mahu ialah kita meruntuhkan kerajaan Jahiliyyah dan kita menubuhkan Kerajaan Islam yang menepati konsep Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafuur."

Dan pandangan beliau lagi, "Pada hemat saya, PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh membenarkan kerajaan yang menghakis kuasa politik orang Islam dibentuk dalam negara kita. Membenarkannya juga membawa erti kita telah melanggar dan bersalahan dengan semangat perlembagaan parti yang kita tubuh dan perjuangkan selama ini. Iaitu ke arah membentuk kerajaan yang terlaksana di dalamnya al amru bil makruf dan an Nahyu a'nil Mungkar pula menurut lunas syariat."

Tahniah saya ucapkan kepada ustaz kerana berani menyatakan kebenaran. Bukan niat untuk memecahbelahkan pakatan tetapi sebagai peringatan terutama bagi mereka yang terlalu ghairah mengejar kuasa ini.

Panas Telinga dan Gundah Gulana

Saya yakin bahawa pasti ada yang akan panas telinga ataupun gundah gulana dengan pandangan Ustaz Nasaruddin ini. Sudah tentu antara yang tak sedap duduk sekarang adalah geng IRC. Merekalah antara yang beria-ia mahukan kepimpinan Anwar sehingga tindakan mereka seolah-olah Anwar Presiden Jemaah Islam PAS. Inilah perangai dan sikap sebenar IRC.

Ada sahabat yang tanya saya kenapa anti sangat dengan pimpinan background IRC ni? Jawapan saya senang, kerana mereka perosak Jemaah Islam PAS. Sampai begitu sekali? Ya, dan saya akan bertanggungjawab dengan kenyataan saya. Tidak perlu saya nyatakan tindakan mereka yang membuktikan mereka perosak Jemaah Islam PAS. Saya yakin dengan kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi dan insyaAllah, Allah akan tunjukkan kebenaran yang nyata. Bila? Wallahua'lam. Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Mungkin juga dalam Muktamar PAS Pusat nanti. Ini andaian saya.

Allah Pasti Menjaga Gerakan Islam PAS

Yakinlah, selagi PAS jujur dan ikhlas dalam agenda memperjuangkan Islam, maka Allah pasti menjaga PAS bahkan memberikan pertolonganNya dalam meneruskan kesinambungan dakwah Islamiyyah yang dirintis oleh junjungan besar SAW. Allah SWT meyakinkan kita bahawa pertolongan Allah sangat dekat dalam firmanNya yang bermaksud :

”Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al Baqarah : Ayat 214)

Dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)". -au kama qal

Bagi sahabat-sahabat yang sarat dengan maklumat dalaman PAS yang diperolehi dari orang yang mengaku PAS seperti Abdul Rahman Talib (Tulang Besi) atau Bakaq (Penarik Beca) yang disiarkan di blog mereka atau TKO, pasti kalian dibisikkan kegusaran walaupun sedikit. Maka kembalikan semuanya kepada ALlah dan Rasul. Jangan mudah percaya dengan maklumat mereka. Yakinlah, Allah pasti jaga survival perjuangan Islam PAS, insyaallah. Takbir !!!

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (Surah Al Imraan : Ayat 139)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...