Pages

Friday, June 13, 2008

Jenayah Meningkat Di Negeri Terengganu



Ditulis oleh SM Noor
Thursday, 12 June 2008
Kuala Terengganu – Ketua Polis Negeri Datuk Ayub menyatakan Kadar jenayah mencatat peningkatan di Terengganu sejak awal tahun ini hingga Mei lalu, berbanding tempoh yang sama tahun lepasBeliau berkata secara keseluruhannya, kadar jenayah yang melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda meningkat sebanyak 14.9 peratus tahun ini.

"Sehingga akhir Mei sahaja, sebanyak 335 kes jenayah kekerasan dan 2,441 kes jenayah membabitkan harta benda dilaporkan berlaku."Jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding 2007 iaitu sebanyak 303 kes bagi jenayah kekerasan dan 2,128 bagi harta benda dengan peratus peningkatan masing-masing sebanyak 10.6 peratus dan 14.71 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Terengganu, yang disandangnya kepada SAC II Tuan Sidin Abd Karim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari Khamis.Agensi Bernama melaporkan, Ayub berkata pihaknya berjaya menyelesaikan sehingga 53.7 peratus daripada kes yang dilaporkan pada tahun ini hingga Mei, berbanding 52.2 peratus tahun lepasJenayah kekerasan adalah perbuatan yang mendatangkan ancaman dan kecederaan ke atas seseorang di mana perlakuan yang termasuk di bawahnya adalah membunuh, cuba membunuh, samun berkawan bersenjata, samun berkawan tidak bersenjata, samun bersenjata, samun tanpa senjata, rogol dan mencederakan orang.Manakala jenayah hartabenda adalah melibatkan ancaman ke atas harta benda sahaja seperti ragut, seluk saku, pecah rumah pada siang hari, pecah rumah pada malam hari, mencuri kenderaan dan lain-lain jenis kecurian yang berbentuk harta benda..Ayub yang akan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang pada Isnin depan berkata polis akan menjalankan operasi pencegahan dadah secara berterusan selain berusaha mengurangkan jenayah lain.
Pertukaran Ayub adalah ekoran pengumuman yang dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 22 Mei lalu berkenaan pertukaran 9 pegawai kanan polis yang dinaikkan pangkat.
Ayub yang akan bertukar ke jawatan Ketua Polis Pulau Pinang akan memangku pangkat DCP, manakala tempat Ayob di ganti oleh bekas Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, SAC II Sidin Abdul Karim sebagai Ketua Polis Terengganu baru. Sidin akan memangku pangkat SAC



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...