Pages

Wednesday, March 25, 2009

HARI KELUARGA DUN RANTAU ABANG

Salam Ukhuwah,
Pada tanggal 14 hb Mac yang lalu bersamaan 17 Rabiul awal 1430,pihak MTD Rantau Abang telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga peringkat DUN dengan tema ' KeluargaKU Ahli Pas '.acara ini telah diadakan di D'Teratai Beach Resort,Rantau Abang.



TEMA 'KELUARGAKU AHLI PAS'



KAUNTER PENDAFTARAN

Seramai lebih kurang lebih 50 keluarga telah hadir pada hari tersebut.Berbagai acara sukaneka bagi kanak-kanak,remaja,muslimin dan acara muslimat telah berjaya diadakan pada hari tersebut.Acara keluarga juga turut diadakan dalam acara Baling kasih yang melibatkan Ayah,ibu dan anak.

KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN DALAM ACARA BALING BOLA


PENGERUSI DUN DALAM ACARA BALING BOLA PING PONG DALAM TIN


ACARA MUSLIMAT KUPAS KULIT EPAL


BALING KASIH


WAKIL DARI AJK PEMUDA DUN

Timbalan YDP PAS Kawasan Dungun,Ustaz Saiful Bahari Mamat telah menyampaikan tazkirah dan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka.


USTAZ SAIFUL MENYAMPAIKAN TAZKIRAH KEKELUARGAAN




HADIAH KEPADA PEMENANG



SEBAHAGIAN DARI KELUARGA YANG HADIR

Semoga apa yang kita laksanakan ini akan dikira sebagai amal yang baik dan diberkati oleh Allah S.A.W dan akan diberi ganjaran pahala disisinya.Moga berjumpa lagi pada tahun akan datang.

Thursday, March 19, 2009

Salam Ukhuwah


Salam Ukhuwah,
Maaf kerana agak lama tak up date kerana beberapa sebab:-

1. Pindah alamat streamyx
2. Sibuk urusan kerja
3. Terlalu banyak blog yang diikuti
4. Maklumat terlalu cepat

Harap dapat mencari rentak semula selepas ini kerana beroperasi dari kediaman sendiri

Tq

Sunday, March 01, 2009

Monday, February 02, 2009

Thursday, January 29, 2009

Jengka 16



Salam Ukhuwah,
Kesempatan bersama mengikuti ceramah Ustaz Azman Shapawi ke Felda Jengka 16 malam tadi sungguh bermakna.Ceramah sempena meraikan kemenanagan Pakatan Rakyat di PRK P036,yang lalu amat dirasakan oleh penduduk di sana.Walaupun menang di KT tetapi apabila kerja yang dilaksanakan berdasarkan iman dan takwa kemanisan perjuangan akan dapat dirasakan oleh semua.Inilah hebatnya apabila berada dalam jamaah yang tak akan mungkin ada dalam parti kebangsaan UMNO.

Tanda kesyukuran kepada Allah SWT amat dirasakan oleh semua pendokong dan penyokong sekitar Jengka 16 yang meraikan kemenangan dengan mengadakan jamuan gulai lembu.Penceramah bersama Ustaz Azman Shapawi malam tadi juga turut disertai oleh Abdullah Karim,Exco Dewan Pemuda PAS Pusat yang menyentuh mengenai isu tanah terutamanya bagi peneroka yang hak milik mereka adalah atas dasar pajakan.Beliau adalah seorang peguam muda dan bijak menyusun isu-isu tempatan.Tahniah buat beliau.Manakala Us Azman banyak menyentuh keadaan negeri Terengganu selepas PRK yang lalu.

Marilah kita sama sama berdoa agar apa yang kita teruskan ini sentiasa dalam lindungan Ilahi dan mendapat ganjaran yang setimpal di Akhirat nanti.Wallahuaklam.
Wassalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...