Saturday, October 27, 2012
Saturday, October 20, 2012
AES: Mana prinsip rakyat didahulukan?
Rakyat khususnya pengguna jalanraya sangat kecewa dengan jawapan yang
diberikan Timbalan Meneri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri bahawa
kerajaan akan meneruskan sistem AES walaupun ianya ditentang oleh
pengguna jalanraya.
PAS mengingatkan betapa slogan “Rakyat Didahulukan” hanyalah slogan kosong tanpa makna.
Kalau Perdana Menteri betul-betul menjiwai slogan tersebut, beliau pasti mendengar bantahan, keluhan dan kebimbangan rakyat terhadap sistem yang bermotif mengaut untung dan bukan bersifat pencegahan kemalangan jalanraya.
Ini kerana kamera turut dipasang di kawasan 30 km sejam dan ianya sangat tidak masuk akal. Kereta lembu pun lebih laju dari itu.
PAS meminta rakyat yang tidak berpuas hati menjadikan peti undi bagi mengajar kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang. Lebih lama masa diberi kepada BN memerintah, lebih banyak tekanan kepada rakyat terbanyak.
Bayangkan kalau hanya dalam masa 8 hari, 63,558 saman dikeluarkan walaupun kamera baru dipasang di beberapa lokasi sahaja.
Kalaulah ia dipasang di seluruh negara, ia akan menjadi sumber pendapatan utama negara, mengatasi minyak dan gas, bezanya ia datang daripada poket rakyat sendiri.
Kalau budaya kerajaan berniaga dengan rakyat ini tidak dibendung, sudah pasti ekonomi rakyat akan terjejas, dan ini akan mengundang pelbagai gejala negatif yang lainnya.
PAS mengingatkan bahawa bagi mengatasi kemalangan jalanraya, bukan hanya faktor kelajuan mesti difokus, sebaliknya keadaan jalan, perjalanan jarak jauh yang banyak, kurangnya kemudahan rehat dan rawat, kekurangan pengangkutan awam yang efisyen yang menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di jalanraya, sikap pemandu serta tanda jalan yang tidak mengikut peraturan turut menyumbang peningkatan kemalangan.
PR telah tegaskan sistem ini akan disemak semula andainya kami diberi mandat menerajui kerajaan selepas PRU akan datang. Bahkan terdapat pelbagai lagi peraturan yang tidak munasabah, zalim, dan menindas rakyat akan diteliti semula.
Beri kami satu peluang untuk buktikan.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
18 Oktober 2012

Tuesday, October 02, 2012
Isu hudud: Pas diingat tidak cepat melatah
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 September 2012

Azman Shapawi
KUALA TERENGGANU – Pemimpin dan penyokong Pas diingat tidak cepat melatah terhadap laporan akhbar yang ‘galak’ menyiarkan percanggahan berhubung pendirian Pas dan DAP mengenai pelaksanaan hudud.
Timbalan Ketua Penerangan Pas negeri, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, laporan media khususnya arus perdana mengambil isu tersebut untuk menimbulkan kekeliruan kepada rakyat dan menggambarkan pertelingkahan berpanjangan wujud sejak sekian lama antara Pas dan DAP.
Beliau berkata, laporan sedemikian juga secara tidak langsung cuba mengganggu gugat kerjasama politik atau ‘tahalluf siyasi’ yang telah dibentuk dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Kita sedar sudah lama DAP tidak setuju dengan hudud sebelum bersama (PR) lagi. Bagaimanapun, ‘tahalluf siyasi’ ini adalah perjuangan isu yang sama antara DAP dan Pas.
“Jangan satu benda kerana tidak bersetuju, kita bertelingkah, itu tidak betul. Kita ada persamaan dari sudut penentangan terhadap rasuah dan Akta Dalam Negeri (ISA). Ini persamaan bersama dengan PR. Bukannya kalau tidak bersetuju dengan satu perkara kita tidak boleh bekerjasama,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang senada dengan pemimpin veteran DAP lain iaitu Karpal Singh dan Lim Kit Siang bahawa hudud bukan dasar pakatan pembangkang.
Azman Shapawi berkata, DAP sebenarnya sudah memahami Pas dan begitu juga sebaliknya.
Beliau percaya, kebaikan yang diperoleh hasil daripada kerjasama itu juga telah menyebabkan timbulnya musuh politik yang cuba memperbesarkan isu hudud dalam media.
“Saya melihat dari sudut yang luas iaitu hubungan ini boleh diteruskan walaupun tidak bersetuju dengan satu perkara kerana banyak kebaikan hasil daripada kerjasama tersebut,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun mengakui bahawa Pas belum berbincang mengenai pelaksanaan hudud secara khusus sekiranya PR menang pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, pihaknya akan menerangkan satu persatu perkara berbangkit bagi menyelesaikan kekeliruan yang timbul khususnya dalam kalangan pimpinan DAP.
“Memang PR tidak bincang semua sekali kalau menang. Secara terperincinya, perkara yang melibatkan hak orang Islam, orang bukan Islam tidak boleh ganggu, begitulah sebaliknya kerana itu hak mereka,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)