Saturday, May 29, 2010
Friday, May 28, 2010
Sunday, May 23, 2010
OPS AL-FALAH UPU BALAI BESAR, DUN RANTAU ABANG - (039/26/10)
Salam Ukhuwah,
Alhamdulillah Ops Al-Falah bagi MTD Rantau Abang telah berjaya diadakan pada 20,21 & 22 Mei 2010 yang lepas.
Sebanyak 3 Markaz ditetapkan bagi menjalankan Kempen Dan Daftar Pemilih secara Berstrategik ini.
Balai Besar,Taman PMINT Indah dan Jalan SMTIZ merupakan cawangan dalam operasi kali ini.
Ops Al-Falah ini merupakan siri kedua bagi DUN Rantau Abang dan akan diteruskan di UPU yang lain pula.
Sebahagian peristiwa yang berlaku yang sempat dirakam oleh kamera Penerangan MTD.

Markaz Satelit Satu Surau Ustaz Daud, Balai Besar
Wednesday, May 19, 2010
Friday, May 14, 2010
Batal Segera Lesen Judi Piala Dunia 2010
Oleh Ust Azman Shapawi Abdul Rani
Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyelar tindakan Kerajaan Malaysia yang telah meluluskan lesen perjudian sempena Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan bulan depan.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah melulus serta mengeluarkan lesen judi tersebut dan secara rasminya telah meng’anugerah’kan kepada Kumpulan BERJAYA semalam. Perkara ini amat dikesali kerana memandangkan sebelum ini banyak bantahan telah dibuat namun kerajaan seolah-olah sengaja mengambil sikap tidak peduli serta memandang lekeh pandangan yang telah dikeluarkan oleh bukan sahaja daripada golongan rakyat biasa malah turut disumbang oleh ahli agama.
DPPP amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan yang sebelum ini kononnya menjuarai isu arak dan moral ketika berkempen di Hulu Selangor pada Pilihan Raya Kecil P094 yang lalu. Dimanakah pendirian mereka yang sebelum ini begitu galak berdemonstrasi memperjuangkan kalimah ‘ALLAH’. Jelas Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN hanya menggunakan agama demi untuk kepentingan politik dan kononya mahu mendaulatkan Islam di Malaysia ini hanyalah sekadar retorik semata-mata.
Oleh itu, DPPP mendesak agar kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen yang di keluarkan. DPPP juga menggesa supaya kerajaan lebih prihatin dengan umat Islam di Malaysia dengan membuat penyelidikan sebelum meluluskan sesuatu lesen.
Disediakan oleh
UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
Wednesday, May 05, 2010
KARNIVAL SUKAN PASTI KAWASAN DUNGUN 2010
Salam Ukhuwah,
Pada Ahad 2/5/2010 yang lalu Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun telah menganjurkan Sukan Pasti Peringkat Kawasan Dungun.
Kejohanan yang diadakan di perkarangan Masjid Pulau Serai,Dungun ini membabitkan lebih kurang 300 pelajar Pasti Seluruh Dungun.
Tuan rumah untuk acara tahunan pasti ini diadakan mengikut giliran dan tahun ini DUN rantau Abang sebagai tuan rumah.
Antara acara sukan yang diadakan termasuklah bolasepak,bolajaring dan sukaneka yang membabitkan acara isi air dalam botol,lari berganti-ganti, lari dalam guni dan tarik guni bagi lelaki dan lari kepir bola untuk perempuan.
Dalam acara bolasepak yang membabitkan empat DUN dalam Kawasan Dungun pasukan DUN Sura muncul juara,kedua Rantau Abang dan ketiga Bukit Besi.
Manakala dalam acara bolajaring DUN Sura juga telah menjuarai acara ini.
Pemain terbaik daripada pasukan semua keempat DUN akan terpilih mewakili kawasan Dungun pada karnival Sukan Pasti negeri Terengganu yang akan diadakan pada 15 Mei 2010 di Besut.
Semoga berjumpa lagi untuk tahun seterusnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)