Pages

Monday, September 28, 2009

JAMUAN AIDILFITRI DUN RANTAU ABANG


MAJLIS TINDAKAN DUN RANTAU ABANG


mempersilakan semua untuk hadir ke


JAMUAN AIDILFITRI 1430 ,

pada hari RABU 20HB SEPPTEMBER 2009


BERSAMAAN 11 SYAWAL 1430,

jam 12.00 hgg 4.00 petang


di SURAU ALOR REKAM,BEMBAN

Tuesday, September 22, 2009

RUKUN BAIAH


Imam Hassan al-Banna berpesan:

أركان بيعتنا عشرة فاحفظوها :

Maksudnya: “rukun baiah kita ada sepuluh,maka sebaiknya hafazlah ia”

Pertama : FAHAM الفهم

Kedua : IKHLAS الإخلاص

Ketiga : AMAL العمل

Keempat : JIHAD الجهاد

Kelima : PENGORBANAN التضحية

Keenam : TAAT الطاعة

Ketujuh : THABAT الثبات-TETAP PENDIRIAN

Kelapan : TAJARRUD التجرد-TEGAS

Kesembilan : UKHUWWAH الأخوة-PERSAUDARAAN

Kesepuluh : THIQAH الثقة-PERCAYA

Saturday, September 19, 2009

PERUTUSAN EDUL FITRI DARI KAMI....pemuda rantau abang


Saya, juga seluruh warga UPM MTD RANTAU ABANG mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat seluruh umat Islam, tak kiralah lelaki dan perempuan, tua dan muda, uda dan dara. Semoga kegembiraan kita adalah kerana kejayaan kita mengisi Ramadhan dengan ibadah, taat dan taqwa kepada Allah. Semoga kegembiraan kita adalah pancaran rasa syukur di atas hidayat yang dikurniaiNya Ta’ala.

Semoga kegembiraan kita dikongsi bersama oleh orang – orang yang lemah, miskin dan dizalimi daripada kalangan umat Islam seluruh dunia. Apalah manfaatnya bergembira dalam hambatan amanah yang tak tertunai. Semoga zakat fitrah yang kita tunaikan dengan ikhlas menjadi penyebab kerdil yang mencetuskan kegembiraan di jiwa mereka pada pagi hari raya dan hari – hari mendatang selepasnya.

Semoga kita didampingi al Quran selepas kita telah berusaha untuk mendampinginya sepanjang masa di bulan Ramadhan. Al Quran adalah sumber kekayaan, kekuatan dan kegembiraan bagi jiwa yang benar – benar kembali.

Semoga kita diberkati Lailatul Qadr yang diburu setiap yang beriman kepada Allah dan rasulNya. Semoga Allah memberkati masa kita di dunia ini. Kita adalah masa dan masa adalah kehidupan.

Semoga kita gembira selama – lamanya, dalam susah dan senang juga sempit dan lapang. Semoga Allah mengampuni dosa umat Islam seluruhnya...... Amin.

Selamat Hari Raya Eidil Fitri. Maaf zahir dan batin.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.



Friday, September 11, 2009

LAILATUL QADAR......


petikan dari http://dupnt.blogspot.com

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan (al Quran) pada malam al Qadar. Adakah kamu tahu wahai Muhammad apakah lailatul qadar itu? lailatul qadar itu adalah lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr :Ayat 1-3)

Dinamakan Lailatul Qadar kerana kemuliaan, kelebihan, dan banyak pahala bagi orang yang mendapatkannya. Ganjaran dan nikmat berlipat ganda diberikan kepada mereka yang menghidupkan malam tersebut. Sesungguhnya ganjaran dan nikmat yang besar ini hanyalah dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW dan tidak dikurniakan kepada umat-umat terdahulu.

Ini kerana usia umat Nabi Muhammad SAW SAW lebih pendek berbanding dengan umat terdahulu. Rasulullah SAW berdoa supaya Allah SWT memberi peluang kepada umatnya beramal dengan nilai yang sama dengan amal umat terdahulu dan doanya dimakbulkan Allah SWT.


Mengikut pendapat Syeikh Muhammad Abduh dinamakan Lailatul Qadr ialah kerana pada malam itu Allah SWT mula mentakdirkan agamaNya dan memerintah nabiNya menyeru manusia kepada agamaNya yang menghindar manusia daripada kerosakan dan kehancuran.

Malam tersebut adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai penyelamat dan pembawa rahmat bagi seluruh alam.
Sementara itu ada ulama yang berpendapat bahawa malam itu Allah SWT menetapkan takdir bagi setiap makhluk, termasuk umur, rezki, sihat dan sakit dalam jangka masa setahun; bermula Lailatul Qadr tahun ini hingga Lailatul Qadr tahun hadapan.


Almarhum Assyahid Syed Qutb pula berpendapat malam itu dinamakan Lailatul Qadr mungkin dimaksudkan dengan takdir dan tadbir atau malam penentuan dan penyusunan tadbir Ilahi yang bererti malam yang amat tinggi nilai dan darjatnya atau malam yang agung. Lailatul Qadr adalah satu malam yang amat agung kerana ia telah dipilih oleh Allah SWT sebagai malam permulaan Nuzul al Quran atau permulaan suluhan cahaya agama Allah ke seluruh alam, kerana al Quran itu mengandungi akidah, kepercayaan, syariat dan adab cara yang memancarkan kesejahteraan di bumi dan di hati.


Mengikut Syed Qutb, Lailatul Qadr sebenarnya suatu malam yang sungguh agung, kerana pada malam itulah Allah menjelaskan segala urusan yang bijaksana , meletakkan nilai-nilai, dasar-dasar , neraca dan menetapkan nasib individu, umat, kerajaan, bangsa-bangsa, hakikat akidah, peraturan dan hati-hati manusia.

Para ulama lain menyatakan kelebihan Lailatul Qadr ini disebabkan:


Pertama : Besar qadar, kemuliaan dan pahala bagi orang yang mengerjakan ibadat puasa pada siangnya dan qiyamullail pada malamnya.


Kedua: Diturunkan padanya al-Quran sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baytulizzah (langit dunia). Kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW berperingkat-peringkat dalam masa dua puluh tahun.

Ketiga: Allah SWT mentakdirkan pada malam al-Qadar itu perkara yang menzahirkan segala maqadir (ketetapan) yang pada azali hendak diturunkannya ke atas segala hambaNya pada tahun berkenaan. firman Allah SWT yang bermaksud;
“ Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan Sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan pada malam lailatul Qadar itu dipisah-pisahkan segala pekerjaan yang dijanjikan daripada rezeki” (Al-Dukhan 3-4)

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu Ramadan bulan diberkati. Allah mewajibkan berpuasa padanya. Dibuka segala pintu Syurga, ditutup pintu Neraka dan dibelenggu segala syaitan.Padanya ada satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan.

Mereka yang tidak diberi kebaikan pada malam itu bermakna telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan." (Riwayat Ahmad, Nasa’i dan Abu Hurairah)

Monday, September 07, 2009

SUMBANGAN DAN IFTOR ANAK YATIM DUN RANTAU ABANG


SALAM UKHUWAH,


Alhamdulillah, pada 15 Ramdhan yang lepas bersamaan 5 Sept 2009,DUN Rantau Abang sekali telah berjaya mengadakan satu program Bersama anak Yatim seluruh DUN Rantau Abang.Program ini dibawah kendalian Pemuda MTD Rantau Abang.Seramai lebih kurang 130 orang anak yatim telah sempat hadir dalam majlis tersebut.



Majlis Perasmian Program turut hadir wakil DUN,Ketua Pemuda dan Ketua cawangan

Program telah dimulakan dengan ucapan dari wakil DUN dan juga ketua Pemuda Dun.Program kali ketiga tahun berturut-turut ini,pada tahun ini telah diadakan di perkarangan Surau Taman Rakyat Jaya.Program yang melibatkan Pemuda DUN yang juga turut dibantu oleh Pemuda Cawangan Taman Rakyat seramai hampir 30 orang turut sama menyerikan Program Iftor dan sumbangan wang bersama anak yatim tersebut.


Antara anak yatim laki-laki yang hadir

Anak yatim perempuan


Tenaga pemuda menjadi tonggak program

Semoga apa yang diusahakan dan dilakukan mendapat ganjaran dari ALLAH SWT jua.
Bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang,Insya Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...