Pages

Tuesday, December 27, 2011

GAMBAR PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN CAWANGAN GONG PASIR

GAMBAR PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN CAWANGAN GONG PASIR






GUNTING RAMBUT PERDANA 2011

Program : GUNTING RAMBUT PERDANA 2011
Tarikh : 30 Disember 2011
Masa : 8:00 Pagi - 5:00 Petang
Tempat : Perkarangan Belakang Restoran McD Dungun


Bencana Air Pasang Besar

















ORANG ramai melihat sebahagian daripada Jalan Teluk Lipat, Dungun yang terpaksa ditutup selepas runtuh dilanda air pasang besar semalam.

DUNGUN – Ribuan penduduk pesisir pantai di daerah ini serta sepanjang pantai Bachok, Kelantan panik apabila kawasan tempat tinggal mereka dipukul ombak akibat fenomena air pasang besar sejak seminggu lalu.
Kesan daripada kejadian itu mengakibatkan jalan raya yang menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun runtuh selepas dipukul ombak besar.
Fenomena luar biasa itu yang turut diibarat sebagai 'tsunami kecil' oleh penduduk tempatan dianggap sebagai kejadian paling buruk yang pernah berlaku di daerah tersebut.
Selain runtuhan jalan raya, puluhan pokok ru di sepanjang pesisir pantai berkenaan turut menyembah bumi sehingga mengancam keselamatan penduduk setempat.
Tinjauan Kosmo! di kawasan kejadian semalam mendapati masih ramai pengguna jalan raya melalui kawasan runtuhan sepanjang dua kilometer itu walaupun pihak berkuasa telah meletakkan papan tanda amaran.
Seorang peniaga kedai makan, Ahmad Fauzi Ismail, 50, mendakwa kejadian air pasang besar di pantai itu mula dikesan sejak minggu lalu sebelum bertukar menjadi lebih buruk kelmarin.
Katanya, situasi di kawasan itu juga dilihat tidak selamat apabila ramai menjangkakan ribut dan angin kencang serta air pasang akan berlaku dalam beberapa hari lagi.
“Selama saya tinggal di sini, inilah bencana paling buruk pernah berlaku sampaikan hampir keseluruhan jalan pesisir pantai runtuh.
“Saya nampak sendiri batu-batu besar dihanyutkan ombak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Saturday, December 24, 2011

‘Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk; kedaulatan Islam yang dikembalikan PAS

KUALA TERENGGANU- PAS telah mengembalikan kegemilangan pemerintahan kerajaan Islam Terengganu yang diasaskan oleh Sultan Zainal Abdin (III) telah dikembalikan ketika memerintah negeri ini tahun 1999-2004.

Undang-undang Islam yang digubal di zaman pemerintahan baginda Sultan Zainal Abidin (III) bukti Islam pernah berdaulat di negeri Terengganu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata ‘Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk’ yang dikuatkuasakan pada zaman itu menunjukkan kepintaran Sultan selaku pemerintah.

“Perlembagaan Negeri Terengganu ‘Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk’, ini berlaku di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) yang menunjukkan kepintaran beliau.

“Baginda Sultan mewujudkan Perlembagaan Negeri yang digubal oleh Ulama-ulama dan Pembesar negeri waktu itu. “Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk” itu nama Perlembagan Negeri Terengganu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika wawancara khas mengenai undang-undang Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk di zaman kerajaan Sultan Zainal Abidin (III) di kediamanya, pada Jumaat, 23 Disember.

Menurutnya, dalam Undang-undang negeri tersebut dicatatkan Terengganu sebuah negeri Islam yang dipimpin oleh orang Melayu yang beragama Islam.

Ustaz Hadi yang juga mantan Menteri Besar Terengganu tahun 1999-2004 mendakwa kerajaan PAS Terengganu berjaya mengembalikan semula kedaulatan Islam di negeri ini.

Menurutnya, kemenangan besar PAS yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada tahun 1999 telah meminda Perlembagaan Negeri Terengganu.

Katanya, kerajaan PAS Terengganu telah meminda Perlembagaan Negeri dengan meletakkan al-Quran, Hadis, Ijma’-ulama dan Qias sebagai hukum tertinggi negeri.

“Peranan kita (PAS) yang mencapai kemenangan (pilihan raya) besar tahun 1999. Kita (PAS) meminda Perlembagaan Negeri dengan meletakkan al-Quran, Hadis, Ijma’-ulama’ dan Qias sebagai hukum tertinggi.

“Ini kita (PAS) kembalikan semula kedaulatan Islam sebagaimana yang diasaskan oleh Nabi SAW yang tidak sempat disempurnakan oleh Sultan Zainal Abidin (III). Jadi kita kembalikan semula dan menjadi tanggungjawab kita,” jelasnya.

Kata Dato’ Seri Abdul Hadi, ini merupakan suatu catatan sejarah yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, pihak penjajah pernah menafikan kewujudan undang-undang Islam “Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk” setelah campur tangan Inggeris pada tahun 1928.

“Ini suatu catatan yang bersejarah walau pun penjajah menafikan selepasnya melalui campur tangan penjajah di Terengganu tahun 1928 dan penjajah masuk sepenuhnya di Terengganu selepas Malayan Union,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata Ustaz Abdul Hadi Terengganu menjadi negeri pertama yang dimenangi oleh PAS dalam pilihan raya tahun 1959 selepas merdeka.

Menurutnya, penubuhan PAS di Terengganu tahun 1956 dan pilihan raya pertama berlaku tahun 1959 serta berjaya memerintah negeri.

“Terengganu ini negeri yang pertama dimenangi oleh PAS dalam pilihan raya. Pilihan raya yang pertama selepas merdeka pada tahun 1959. PAS masuk tahun 1956 di Terengganu dan tahun 1959 adalah negeri yang pertama PAS menang di Malaysia,” ujarnya.

Katanya, kemenangan Islam di Terengganu tidak dapat bertahan lama kerana menghadapi tekanan yang hebat dari kerajaan pusat.

Menurutnya, kerajaan PAS Terengganu melalui detik sejarah yang pahit dengan istilah ‘dibelasah’ teruk berbanding dengan negeri-negeri lain.

“Cumanya, Terengganu cepat jatuh kerana asas-asas kita (Islam) diroboh oleh penjajah. Oleh kerana, kita ini negeri yang degil dan lawan penjajah. Maka, kita ‘dibelasah’ lebih teruk dari negeri lain.

“Bahkan, apabila kita (PAS) menang di Terengganu tahun 1959 pun kita dibelasah lebih teruk dari negeri lain. Bila kita menang tahun 1999 juga dibelasah lebih teruk dari negeri-negeri lain.

“Itu kita (PAS) kena tengok latar belakang dan puncanya kerana dendam ‘penjajah’ dalam konteks negeri Terengganu terus dibelasah hingga hari ini,” tegasnya. 

Sumber ; Buletinonline

Friday, December 23, 2011

Salah Guna Papan Iklan

23 Disember 2011; Papan iklan yang terletak di hadapan sebuah sekolah di Dungun telah disalahgunakan oleh bekas wakil rakyat UMNO. Ini kerana ia mengambil kesempatan menggunakan papan iklan ini untuk menjemput orang ramai ke majlis perkahwinan anaknya sedangkan majlis ini hanyalah bersifat peribadi. Sebelum ini, papan iklan ini digunakan untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTA@IPTS serta peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar Dungun.
 
Yang menjadi persoalan adalah mengapa banner macam ini boleh dipasang di sini sedangkan papan iklan ini digunakan untuk memberi maklumat kepada penduduk di sini bukannya digunakan dalam hal-hal yang bersifat peribadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...