Pages

Monday, December 05, 2011

SIAPA SESAT?







DUNGUN – Naib Ketua Pemuda Pas, Azman Shapawi Abdul Rani mencabar Ketua Pemuda Umno Negeri, Saiful Bahari untuk berdebat secara ilmiah bagi membuktikan sama ada Pas merupakan sebuah parti ajaran sesat seperti yang didakwa pemimpin Umno itu ketika menyampaikan ucapannya sempena Perhimpunan Agung Umno di ibu negara malam kelmarin.
Azman berkata, beliau kesal dengan kenyataan dikeluarkan Saiful yang dianggap tidak berhemah itu dan tiada asas kukuh untuk membuktikan dakwaan yang dibuat.
Azman yang juga bekas calon Dun Rantau Abang berkata, sejak Pas ditubuhkan lebih 30 tahun lalu, mana-mana pengikut Pas belum lagi dibuktikan sesat oleh institusi undang-undang di negara ini.
“Setakat ini belum ada individu yang mengikut perjuangan Pas didakwa atau dibuktikan sesat oleh mana-mana mahkamah di negara ini.
“Kebanyakan kes sesat melibatkan ajaran songsang seperti Ayah Pin dan sebagainya, jadi saya sedia berdebat secara ilmiah dengan Saiful bagi membuktikan dakwaan yang dibuat, kita lihat siapa yang benar dan siapa salah, biar rakyat yang menilainya,” katanya.
Azman berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Saiful dalam Perhimpunan Agung Umno yang mendakwa Pas adalah singkatan kepada parti ajaran sesat dan perjuangan parti berkenaan telah menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik mereka.
Menurut Azman, jika Pas merupakan sebuah parti ajaran sesat, kenapa pada suatu ketika Umno pernah menghulurkan tangan persahabatan untuk mengadakan kerjasama dengan Pas.
Ini katanya, pemimpin Umno turut mengiktiraf perjuangan Pas yang pada masa yang sama turut membela Islam dan juga orang Melayu sebagaimana perjuangan Umno.


sumber : sinar harian

Thursday, December 01, 2011

INIKAH NEGARA ISLAM??





Satu lagi pusat karaoke akan dibuka mulai esok, Isnin 2/11/2011 di  DUNGUN. Lokasi pusat karaoke ini berhadapan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Sin Chone Batu 5. Persoalannya inikah yang dikatakan sebuah negara ISLAM yang diwar warkan oleh UMNO dan sekutunya? Inilah sebenarnya salah satu sebab dan punca sebenar berlakunya keruntuhan moral dan masalah sosial di kalangan penduduk dan remaja di sekitar DUNGUN. Manusia yang diberikan akal yang waras terutamanya orang ISLAM sebenarnya boleh berfikir dengan baik untuk menilai pihak manakah yang betul dalam melaksanakan ISLAM yang sebenarya.

GANAH!! ABANG MAT SABU KITE



Mat Sabu memang layak diangkat sebagai pemain terbaik (politik) PAS setakat ini. Memang layak dan wajar diangkat perwakilan sebagai Timbalan Presiden PAS. Disebabkan dia seorang, huru hara UMNO, kepimpinan, sistem pendidikan, subjek sejarah, pemahaman kemerdekaan dan sebagainya. Memang dahsyat kesan kebijaksanaan Mat Sabu. Menteri Pelajaran pun hilang ‘teloq’ nak berdebat dengan Mat Sabu. Kecut perut. Walaupun Abang Din punya perut yang besar. Tetap kecut juga. Hehe…
Memang ada ahli PAS yang mengecam abang mat. Kata abang mat macam-macam. Tapi pada ana, inilah karakter Timbalan Presiden yang kita nak. Agresif. Berani. Celupar. Ganas. Street fighter. Bukan imej intelektual tapi tak ada semangat juang. Bosan. PAS kena bawa imej kental. Baru kita boleh lawan dengan arus.Setakat ini, kalau ikut analisa umum ana, kita menang isu komunis dalam segala segi. Kita menang sebab UMNO tak bijak nak gunakan isu. Mereka nak jaga undi Melayu, tapi undi Cina memang confirm hilang lesap. Mereka patut tengok bagaimana orang Cina seronok peluk Mat Sabu di kawasan ceramah. Mereka bangga dan seronok ada pemimpin PAS macam Mat sabu. Matlamat kita tercapai.
Sebenarnya, isu bukan pasal komunis pun. Isunya adalah UMNO memang alat penjajah buat sekian lama. Jangan la nak tipu dan kencing rakyat.
Rakyat dah bijak.
Sekarang ni, kita kena tumpu kepada usaha fahamkan pengundi di bawah apa sebenarnya yang UMNO takut sangat dengan Mat sabu. Bukan pasal komunis. Tapi UMNO takut modal mereka hancur boncai. Itu yang takut sangat.



dipetik dari wfauzdin.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...