Pages

Monday, August 11, 2008

Gugur Syarat Tahalluf Siyasi


Dalam Liqa' Fikri yang lepas, Ustaz Zaharudin Mohamad pernah menegaskan bahawa antara syarat tahalluf siyasi ialah mesti Islam mendominasi. Jika bukan Islam mendominasi Islam, maka syarat tahalluf siyasi itu tergugur dengan sendiri. Syarat inilah yang ditegaskan oleh pimpinan PAS kepada Anwar dalam menuju kerajaan Malaysia Baru pada 16 September (kononnya) nanti seperti yang dipalu sakan oleh Anwar dan pimpinan yang sewaktu dengannya.

Pimpinan Pemuda Mendahului
Syarat ini saya rasa sudah dimaklumi oleh semua pimpinan PAS, kecuali yang kurang mengikuti usrah ataupun lari dari kuliah-kuliah Tuan Guru dan ustaz-ustaz. Namun, akhirnya seorang ustaz muda maju ke hadapan untuk menyatakan pandangan beliau yang ada hubung kaitnya dengan tahalluf siyasi ini. Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi memberikan pandangan dan cadangan beliau yang bertajuk "Jika Islam Tidak Dominan, PAS Wajib Menarik Diri".

Beliau antara lain berkata,"Tetapi sebagai seorang anggota gerakan Islam, saya juga tidak mahu kita meruntuhkan kerajaan jahiliyyah dan membina kerajaan jahiliyyah yang baru. Sebaliknya apa yang kita mahu ialah kita meruntuhkan kerajaan Jahiliyyah dan kita menubuhkan Kerajaan Islam yang menepati konsep Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafuur."

Dan pandangan beliau lagi, "Pada hemat saya, PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh membenarkan kerajaan yang menghakis kuasa politik orang Islam dibentuk dalam negara kita. Membenarkannya juga membawa erti kita telah melanggar dan bersalahan dengan semangat perlembagaan parti yang kita tubuh dan perjuangkan selama ini. Iaitu ke arah membentuk kerajaan yang terlaksana di dalamnya al amru bil makruf dan an Nahyu a'nil Mungkar pula menurut lunas syariat."

Tahniah saya ucapkan kepada ustaz kerana berani menyatakan kebenaran. Bukan niat untuk memecahbelahkan pakatan tetapi sebagai peringatan terutama bagi mereka yang terlalu ghairah mengejar kuasa ini.

Panas Telinga dan Gundah Gulana

Saya yakin bahawa pasti ada yang akan panas telinga ataupun gundah gulana dengan pandangan Ustaz Nasaruddin ini. Sudah tentu antara yang tak sedap duduk sekarang adalah geng IRC. Merekalah antara yang beria-ia mahukan kepimpinan Anwar sehingga tindakan mereka seolah-olah Anwar Presiden Jemaah Islam PAS. Inilah perangai dan sikap sebenar IRC.

Ada sahabat yang tanya saya kenapa anti sangat dengan pimpinan background IRC ni? Jawapan saya senang, kerana mereka perosak Jemaah Islam PAS. Sampai begitu sekali? Ya, dan saya akan bertanggungjawab dengan kenyataan saya. Tidak perlu saya nyatakan tindakan mereka yang membuktikan mereka perosak Jemaah Islam PAS. Saya yakin dengan kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi dan insyaAllah, Allah akan tunjukkan kebenaran yang nyata. Bila? Wallahua'lam. Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Mungkin juga dalam Muktamar PAS Pusat nanti. Ini andaian saya.

Allah Pasti Menjaga Gerakan Islam PAS

Yakinlah, selagi PAS jujur dan ikhlas dalam agenda memperjuangkan Islam, maka Allah pasti menjaga PAS bahkan memberikan pertolonganNya dalam meneruskan kesinambungan dakwah Islamiyyah yang dirintis oleh junjungan besar SAW. Allah SWT meyakinkan kita bahawa pertolongan Allah sangat dekat dalam firmanNya yang bermaksud :

”Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al Baqarah : Ayat 214)

Dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)". -au kama qal

Bagi sahabat-sahabat yang sarat dengan maklumat dalaman PAS yang diperolehi dari orang yang mengaku PAS seperti Abdul Rahman Talib (Tulang Besi) atau Bakaq (Penarik Beca) yang disiarkan di blog mereka atau TKO, pasti kalian dibisikkan kegusaran walaupun sedikit. Maka kembalikan semuanya kepada ALlah dan Rasul. Jangan mudah percaya dengan maklumat mereka. Yakinlah, Allah pasti jaga survival perjuangan Islam PAS, insyaallah. Takbir !!!

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (Surah Al Imraan : Ayat 139)

Friday, August 08, 2008

UJIAN MEMATANGKAN KEIMANAN


by Abu Mus'ab Mu'az
Resah, sedih, pilu, serabut dan tidak tenang. Begitulah keadaan diriku seminggu dua ini memikirkan hal keadaan Parti Islam yang ku sayangi dan kepimpinannya yang telah diserang bertali arus.

Serangan bukan sahaja daripada musuh jelas (BN) bahkan juga daripada rakan Pakatan Rakyatnya. Bukan setakat itu sahaja, sebahagian ahli-ahlinya pun turut menyerang kepimpinannya dengan tuduhan-tuduhan yang boleh merosakkan parti.

Aku cinta parti ini bukan kerana ianya parti PAS semata-mata tetapi kerana landasan perjuangannya yang berdasarkan kepada al Quran dan Sunnah. Aku menyokong kepimpinannya bukan kerana dia Tok Guru Nik Aziz ataupun Tok Guru Haji Hadi atau Ustaz Nasa atau Husam Musa atau Ustaz Ahmad Awang atau Mat Sabu atau lain-lain tetapi aku menyokong mereka kerana mereka berjuang di bawah payung parti yang didasarkan kepada al Quran dan Sunnah.

Selagi mana mereka berakhlak dengan akhlak Islam, melangkah menyusun kepimpinan dan keahlian serta mengatur tindakan siyasi mengikut telunjuk al Quran dan Sunnah maka selagi itu aku memberi sokongan kepada mereka.

Isu muzakarah dan muqabalah yang berpanjangan hingga kini bukanlah satu isu besarpun. Ia juga bukan isu sensasi. Ia hanyalah satu isu kecil tetapi telah diperbesarkan oleh BN, rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, sebahagian daripada ahli PAS yang tidak memahami kaedah berjemaah dan mungkin juga sebahagian yang ingin menangguk di air keruh memburuk-buruk imej kepimpinan tertentu dalam PAS.

Kalau sayang kepada PAS, bukanlah caranya dengan menghentam pimpinan sebegitu rupa. Pimpinan mengakui mereka berjumpa dengan pimpinan UMNO dan mereka sudah menjelaskan sejelas-jelasnya tujuan dan kaifiyat perjumpaan tersebut.

Bukannya nak masuk UMNO. Bukan juga nak masuk BN. Cuma berbincang tentang beberapa perkara yang berkaitan Islam dan Melayu. Itupun kerana jemputan UMNO Majlis Syura pun sudah menyetujui.

Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi sudah sepakat. Apa lagi yang hendak dibisingkan. Berilah kepercayaan kepada kepimpinan PAS untuk mengatur langkah mengikut kebijaksanaan mereka dalam usaha memastikan Islam terus terjaga dan terpelihara serta tidak dipermain-mainkan. Bukankah asas kepada perjuangan PAS ialah Islam.

Sekiranya timbul rasa ragu-ragu dan syak wasangka berbincanglah dengan beradab mengikut saluran yang betul. Tidak semestinya apa yang kita rasa betul mengikut pendapat kita itu sebenarnya betul. Itulah pentingnya perbincangan dan itulah peranan besar yang dimainkan oleh Majlis Syura. Itulah kelebihan PAS.

Sebenarnya inilah ujian. Ujian kepada pemimpin dan juga ahli. Ujian untuk mematang dan memperteguhkan lagi kekuatan parti. InsyaAllah natijah dari ujian ini akan lahir sebuah parti yang lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai suasana dalam negara yang bermasyarakat majmuk ini.

Pemimpin menjadi lebih bijaksana dan ahli lebih memahami kaedah pergerakan sebuah jemaah Islam yang secara langsung terlibat dalam siasah negara. Semoga PAS terus maju dan menjadi sebuah parti yang berwibawa dan disegani oleh kawan dan lawan demi kepentingan Islam dan masyarakat seluruh negara.

Tuesday, August 05, 2008

Kejutan Mesyuarat – ‘Gilanya’ Ahli-ahli UMNO Merebut Kuasa


Di Kota Tinggi, Johor pemimpin Tertinggi UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan mesyuarat dan pemilihan cawangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang, adalah yang paling buruk dalam sejarah.
Beliau berkata politik wang sudah menjadi barah dan semakin merebak sehingga ke akar umbi.

Beliau menyifatkan ahli-ahli UMNO mempunyai ‘kemaruk’ yang buruk... semua pihak bertanding seperti hendak berperang

Di bahagian yang sama, Naib Ketua Umno, Mohd Zain Arif, 51, dihina oleh ahli UMNO sendiri dengan menerima satu bungkusan makanan dan bulu anjing,

Di Seremban, seorang pemimpin UMNO ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR), petang kelmarin, kerana disyaki memberi sogokan kepada seorang ketua cawangan supaya mencalonkannya sebagai ketua bahagian pada pemilihan bahagian oktober nanti.

Di Ipoh, Perak, seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Cawangan Pernas Charter Management (PCM) Bahagian Gopeng cedera di kedua-dua belah kaki akibat dipukul dengan kayu golf selepas seorang rakannya tidak berpuas hati berhubung pencalonan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian itu, semalam.

Begitulah bagaimana ‘gilanya’ ahli-ahli UMNO merebut jawatan kerana semata-mata mahukan kuasa, dalam lain perkataan mereka sudah benar-benar ‘gila’.

Tidak kurang apa yang terjadi di Terengganu.

Di mana-mana sekarang ini bukan setakat lobi dengan ‘air liur’ kerana setakat ‘air liur’ sahaja tidak ada siapa yang akan memilih atau mencalonkan sesiapa.

Peringkat cawangan, ditaja oleh kumpulan atau kelompok di peringkat DUN, yang berpakat untuk menaikkan seseseorang di peringkat Bahagian.

Buletin Online telah memaparkan berita berkaitan Pelbagai ‘Berita Pelik’ Dalam Perlumbaan Merebut Kuasa UMNO Terengganu.

Di Kuala Berang baru-baru ini, kegilaan merebut kuasa lain pula ceritanya.

Hasrat Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Petai, Suhaimi Mohd, untuk menjadi Ketua Cawangan tidak tercapai kerana taktik kotor lawannya.

Penyandang jawatan, Kamaruddin (Mad Din) yang juga Pengerusi JKKK Kuala Berang, terus mengekalkan kuasanya apabila beliau dikatakan berpakat dengan Pengerusi Tetap.

Mesyuarat yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Jalan Pusara Kuala Berang itu ‘kecoh sedikit’ apabila pencalonan Suhaimi Mohd telah ditolak oleh Pengerusi Tetap, Cikgu Abdul Razak (Cikgu Jak).

Alasan Cikgu Jak menolak pencalonan Suhaimi hanyalah kerana kononnya pencadang Mad Din lambat menghantar pencalonan.

Tindakan Cikgu Jak dianggap ‘sengaja’ dan menimbulkan kemarahan dikalangan pemuda yang berpihak kepada Suhaimi.
Seorang perwakilan pemuda, Mat Ya (bukan nama sebenar) berkata, Cikgu Jak tidak patut menolak cadangan Mahadi (seorang perwakilan lain) yang mencalonkan Suhaimi terlebih dahulu.

”Alasan yang diberikan pengerusi amat remeh, Cikgu Jak mengatakan Mahadi tidak layak membuat cadangan kerana berada di tepi dewan, dan bukannya di atas kerusi dalam dewan,

“Cikgu Jak anggap Mahadi sebagai pemerhati,”kata Mat Ya.

Menurut Mat Ya, sepatutnya pengerusi menerima pencalonan Suhaimi, namun beliau berat sebelah dan dengan cepat menutup pencalonan.

Ini adalah contoh benar perebutan jawatan kerana ‘gila kuasa’ yang berlaku di Terengganu, sebagaimana yang disebut Hamid Albar di Johor sebagai ‘kemaruk yang buruk’ !

Sunday, August 03, 2008

Idris Jusoh perhabiskan RM7 bilion,BPR Sila Siasat…

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos (Hrkh) - Sebanyak RM7 bilion wang royalti dan gas Terengganu telah dibelanjakan di zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh mulai tahun 2004 hingga 2008.

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Amir Sham Abdul Aziz ketika ditanya Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Wan Azizah Ismail di Persidangan Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dipercayai wang sebanyak itu dibawa masuk melalui Dana Khas yang tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara dan tidak dimasukkan dalam perkiraan Kumpulan Wang Disatukan dan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri setiap tahun.

Dato’ Seri Idris hanya berjaya menjadi menteri besar sepenggal sahaja selepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berkenan untuk Idris terus menjadi Menteri Besar Terengganu selepas keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Bagaimanapun ke manakah perginya wang begitu banyak itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifuddin Natution ketika berucap di Kuala Ibai di sini baru-baru ini.

Saifuddin berkata, projek disalurkan ke Terengganu hanya dengan cara, taukeh-taukeh besar membawa surat dari Kuala Lumpur untuk diminta tanda tangan pemimpin kerajaan negeri itu (Dato’ Seri Idris Jusoh). Surat itu dipercayai dari Pejabat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Apa projek yang nak dibuat, bagaimana proses tender tidak dinyatakan dalam surat berkenaan,”jelas beliau mengulas kenyataan wawancara Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said dalam sebuah akhbar berorientasikan ekonomi baru-baru ini.

Projek yang dibawa tidak ada kena mengena dengan kebajikan rakyat negeri Terengganu, katanya.

Saifuddin menjelaskan bahawa yang menikmati hasil bumi Terengganu ialah orang luar dari negeri itu (Patrick Lim).

Ini katanya, adalah hasil dari hubungan rapat beliau dengan Abdullah.

Saifuddin turut memaparkan gambar-gambar melalui tayangan ‘LCD’ bagi menunjukkan bagaimana Abdullah meraikan taukeh-taukeh kaya termasuk Patrick Lim dalam satu majlis di kediaman rasmi Perdana Menteri itu di Kuala Lumpur tidak lama dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...