Pages

Thursday, January 26, 2012

Tukang Basuh Pinggan Kedai Mamak Pun Boleh Jadi Warganegara!

DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS  berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).
Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.

“saya masuk PAS kerana PAS bukan parti ‘haram’ dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,

“bukan seperti mana parti ‘Melayu’ disebelah sana (Umno),  yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,”ujanya.


[Gambar - Haji Abdullah berkata PAS bkan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh]

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.

Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.

Katanya, ‘pendatang haram’ tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.

“sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita,

“melalui Langkawi perrgi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,”jelasnya.

Menurutnya, ‘modus operandi’ yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, dato’ Seri Najib Razak.

Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang ‘profesional’.

Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.

Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.



Sunday, January 22, 2012

FOTO SAMBUTAN JUBLI EMAS DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU

Program : Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
Tarikh    : 19-21 Disember 2011
Tempat  : Batu 5, Alur Tempoyak, DUNGUN
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu



  






 












 



 

 





CERAMAH UMUM

Monday, January 16, 2012

Empat Mahasiswa menggegar bandar Dungun

DUNGUN -  Empat orang mahasiswa melakar sejarah politik negeri Terengganu apabila mereka berucap di khalayak ramai dalam Majlis yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan WARIS, disini pada Sabtu 14 Januari.

Pengerusi BEBAS (Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik) Safwan Anang menuntut di Universiti Malaya, Ketua Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif, Adam Adli Abdul Halim dari UPSI, Khairul Naim dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) UiTM dan Ehsan Bukhari dari Universiti Selangor (UNISEL) dengan berani menyuarakan hasrat mereka dan menyeru rakyat menumbangkan regim Umno dan Barisan Nasional.








[Gambar diatas- Safwan menunjukkan gaya, bagaimana beliau mengoyak kertas kebenaran hospital yang bersekongkol dengan polis, merakam 'curi' gambarnya, ketika beliau terlantar di hospital setelah di belasah pada peristiwa UPI berdarah]

Keempat-empat mereka berkongsi dengan ribuan hadirin, bagaimana mereka diperlakukan dengan zalim oleh ‘Sang Penguasa’ dalam himpunan aman yang di adakan di UPSI pada malam tahun baru 2012.
                               
[Gambar diatas - Adam menunjukkan isyarat 3 dengan jarinya, dengan tegas mengatakan, ia akan kembali selepas digantung oleh UPSI, untuk meneruskan perjuangan menuntut hak dan kebebasan mahasiswa]

Safwan digelar sebagai siswa yang diterajang oleh polis, Adam digelar sebagai penurun bendera Najib serta dua rakannya, sedang mengadakan jelajah ke seluruh Negara.

Adam yang telah digantung dari pengajiannya selama tiga semester pada 9 Janurai lalu memberi amaran, bahawa mahasiswa akan bangkit bersama Solidariti Mahsiswa Malaysia meneruskan kebebasan akademik.

Katanya, jika seorang mahasiswa tumbang, seratus yang lain akan bangkit, meneruskan perjuangan!

Sunday, January 08, 2012

PAS PECAT HASSAN ALI

Persiapan awal di tapak Sambutan Jubli Emas DPPNT


JUMAAT 06 Jan 2012 - Bahang kehangatan mulai terasa dengan persiapan awal di tapak yang akan berlangsungnya program Jubli Emas DPPNT di Batu 5,Dungun awal petang tadi.
Kerja pembinaan pintu gerbang giat diusahakan oleh petugas yang terdiri dari Pemuda PAS Dungun terutama dari Dun Rantau Abang dan Dun Sura.

Selain itu syiar utama perjuangan iaitu bendera besar juga dinaikkan oleh petugas di tapak program yang berada di laluan utama dari Dungun ke Paka itu yang berlatarbelakangkan pemandangan Bukit Bauk.



Kerancakan persiapan akan lebih terasa menjelang minggu terakhir sebelum berlangsungnya program terbesar yang akan menghimpunkan para Pemuda PAS dan petugas dari seluruh negeri Terengganu sebelum Pilihanraya Umum ke 13 nanti.


LOKASI tapak program JUBLI EMAS DPPNT


Mampu menghimpunkan ribuan pemuda 

Berlatarbelakangkan pemandangan Bukit Bauk

Berhadapan Stesyen Minyak Shell Batu 5 Dungun @ laluan utama Dungun - Kemaman


CERAMAH UMUM & KULIAH MAGHRIB BERSAMA BOB LOKMAN






Tuesday, January 03, 2012

Protes Auku: 17 ditangkap, 2 parah

TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden kekasaran pihak keselamatan ketika cuba meleraikan mereka.

Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah.

Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham dan terpaksa mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.

Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Antara mereka termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.

Dalam satu respons segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk kekasaran ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi.

"Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini agar semua tahanan itu dibebaskan.

"Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River," katanya kepada Harakahdaily.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai sungguh zalim dan kejam, Nasruddin juga memeberi amaran, satu himpunan lebih besar akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa tersebut.

"Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia.

"Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas," tegasnya.

Sunday, January 01, 2012

HARI KELUARGA PEMUDA DUN RANTAU ABANG 2011

Sabtu, 31 Desember 2011.

Pemuda PAS dun Rantau Abang telah Berjaya mengadakan sambutan Hari Keluarga Pemuda 2011 bertempat di perkarangan Surau Kampung Baru, Kuala Abang. Program ini diadakan sebagai penutup kepada aktiviti bagi 2011. Sambutan kepada program ini adalah amat menggalakkan dan diluar jangka di mana ia turut dimeriahkan oleh mereka yang telah melepasi lingkungan umur pemuda. Seolah-olah cuaca yang kadang kala hujan menjadi pembakar semangat kepada semua untuk terlibat di dalam setiap acara yang dijalankan.

Pelabagai acara sukaneka telah dijalankan yang merangkumi semua peringkat umur dan jantina. Antara acara yang mendapat sambutan hangat adalah “wood ball”, lumba basikal fixxie dan bowling padang. Selain acara sukaneka, kaunter khidmat berbekam sunnah turut disediakan sebagai khidmat kebajikan kepada penduduk setempat. Majlis penutup program telah dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar PASTI khariah Pulau Serai.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Rantau Abang, Tn Hj Alias Harun di dalam ucapan penutupnya telah menekankan kesatuan yang ditunjukan di dalam menjayakan hari keluarga ini perlu diterjemahkan kepada perkara yang lebih besar iaitu kesatuan di dalam menegakkan “Daulah Islamiah’’ terutamanya di Terengganu. Beliau mengingatkan bahawa hanya Islam yang dapat menjamin kesejahteraan di dalam kehidupan. Dimana pemimpin yang patuh kepada Islam pasti akan menjadi peminpin yang adil, bertanggungjawab dan beramanah.
Disamping hadiah-hadiah yang dimenangi melalui acara sukaneka dan cabutan bertuah, mereka yang hadir telah juga dijamu di dalam jamuan rakyat yang telah disediakan oleh ahlijawatankuasa PAS cawangan Kampung Baru Kuala Abang. Rata-rata yang hadir gembira dengan perjalan program secara keseluruhan dan mengharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Akhirnya, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang telibat terutamanya ahlijawatankuasa Pemuda Dun, ahlijawatankuasa pemuda cawangan-cawangan, Unit Amal dun, Nisa' dun dan ahlijawatankuasa PAS cawangan Kampung Baru selaku tuan rumah.



 Acara Lempar Syiling Plastik Bagi Kanak-Kanak Lelaki

 Acara Woodball Bagi Kanak-Kanak Lelaki

Gaya Seorang Pemain Pentaque 

 Acara Woodball Untuk Muslimin Dewasa

 Muslimat Sedang Anyam Ketupat

Acara Mewarna Untuk Kanak-Kanak 

 Acara Keluarga Bahagia Yang Melibatkan Mak, Ayah & Anak ( Lambung Syiling Dalam Bakul )

Persembahan Nasyid Oleh Adik-Adik Dari PASTI Pulai Serai.  

 Tuan Hj. Alias Harun Menyampaikan Hadiah Untuk Pemenang








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...