Pages

Sunday, April 17, 2011

Ustaz Wan Hassan serah pada Pusat






SURA – Biarpun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin masih jauh, namun bahangnya sudah mulai terasa. Malah, sana-sini orang bercakap pasal tarikh pilihan raya. 

Bagi Yang Dipertua Pas kawasan Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, apa yang lebih menjadi keutamaan selepas dipilih untuk menjadi wakil rakyat adalah berkhidmat untuk rakyat, soal calon beliau serahkan kepada kepimpinan parti dan ahli akar umbi. 

Bagaimanapun, sebagai pemimpin nombor satu di peringkat kawasan, ketokohannya yang dikatakan sukar digugat pihak lawan dilihat menjadi tiket untuk beliau terus diletakkan sebagai calon. 

Selain itu, bukan sahaja mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Sura, malah ada suara yang mahukan beliau turut bertanding bagi kerusi Parlimen. 

Menjawab persoalan itu, Wan Hassan berkata, pemilihan calon biasanya ditentukan oleh Pusat hasil perbincangan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat (PR). 

“Buat masa ini, saya lebih selesa dengan DUN Sura kerana penduduk di sini sudah mengenali saya, lagipun sesuatu yang agak asing bagi saya sekiranya diberi tanggungjawab untuk mewakili dua kerusi pada satu masa termasuk kerusi Parlimen yang memerlukan sentuhan di kawasan lain. 

“Bagaimanapun sekiranya keputusan itu dibuat oleh kepimpinan dan menjadi sesuatu yang tidak dapat tolak, saya menyahutnya dengan tangan yang terbuka,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura mengatakan ada desakan daripada akar umbi yang mahukan beliau bertanding di kerusi DUN dan Parlimen kerana kerusi Parlimen yang sebelum ini diwakili calon PKR dilihat tidak memenuhi kehendak pengundi tempatan. 

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Dungun bakal berlangsung di Madrasah Darul Bayam, Pinang Merah, Paka hari ini, namun Sinar Harian difahamkan tiada pertandingan berlaku untuk beberapa jawatan penting di peringkat kawasan.


petikan sumber:http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu/content/story8986627.asp

Thursday, April 07, 2011

KARNIVAL SUKAN PASTI DUN RANTAU ABANG 2011

ASSALAMUALAIKUM

ACARA : 1. BOLASEPAK
                2. BOLAJARING
                3. SUKANEKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...