Pages

Friday, December 25, 2009

Penghargaan Pelajar Cemerlang UPSR SRABSID

DUNGUN 24 Disember Khamis - Seorang pelajar cemerlang UPSR 2009 yang memperolehi keputusan 5A telah menerima kunjungan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.Beliau adalah di antara pelajar cemerlang dari Sekolah Rendah Agama Besepadu, Sultan Ismail Dungun.



Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Terengganu yang dibangunkan semasa kerajaan PAS memerintah, telah ditutup ‘secara rasminya’, bersama berakhirnya penggal persekolahan tahun 2009 baru-baru ini.Lanjut boleh dibaca disini.


ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun diiringi oleh AJK PAS Cawangan Balai Besar dan Wakil PEMUDA DUN Rantau Abang turut hadir menemui pelajar tersebut.
 


Adik Anis Nazihah bt Zaki menerima sumbangan dari ADUN Sura, Us Wan Hassan Mohd Ramli bersama SU PAS Cawangan Balai Besar. Adik Anis Nazihah akan meneruskan pembelajaran ke Sekolah IMTIAZ yang mana telah diasaskan semasa pemerintahan PAS 1999-2004  yang lalu.

Pelajar tersebut telah menerima ucapan tahniah dan sumbangan peribadi daripada ADUN Sura dan PAS Cawangan sebagai penghargaan di atas kejayaan masing-masing.

Sebelum ini, beberapa orang pelajar cemerlang UPSR di DUN Sura seramai 76 orang turut dikunjungi oleh ADUN Sura .Lihat di sini.

Dan untuk makluman juga seramai Tiga (3) pelajar dari SRABSID di DUN Rantau Abang juga telah mendapat 5A masing-masing di Cawangan Pulau Serai dan Cawangan Batu Putih.Tahniah dan syabas kepada semua pelajar, moga kecemerlangan ini dapat diteruskan di Sekolah Menengah akan datang.

Monday, December 21, 2009

Sumbangan Ubati Hiba Mangsa Banjir



TAMAN RAKYAT JAYA – Penderitaan penduduk yang berhadapan kejadian banjir dekat sini baru-baru ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bagi mereka yang berhadapan situasi itu, kesulitan pasti dirasai.

Walaupun bagi pihak ‘mata yang memandang’ menganggapnya ia bukan satu kejadian bencana besar seperti yang berlaku di negara jiran, namun bagi mangsa yang terpaksa memikul beban, susah payah semasa proses pemindahan, suasana berada di pusat banjir dan kerugian yang dialami selepas kejadian terbabit pastinya meninggalkan trauma buat mereka.

Kehibaan yang dialami pastinya sukar diubati. Namun keprihatinan pihak tertentu yang sudi menjenguk dan bertanya khabar sudah cukup untuk mengubat kehibaan hati mereka.

Lebih bermakna, ia turut disertai dengan sumbangan yang mungkin disifatkan tidak seberapa bagi ‘pihak tertentu’ namun amat bererti bagi mangsa bencana alam ini.

Pas Kawasan Dungun, walaupun tidak mempunyai peruntukan besar, namun kesediaan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Pas Kawasan turut tampil menganjurkan satu majlis khas penyampaian sumbangan kepada 140 mangsa banjir terlibat.

Asiah Ali, 46, yang turut menerima sumbangan, meluahkan penghargaan atas bantuan diberikan dan menyifatkannya sebagai mesej keprihatinan kepada rakyat yang dilanda kesusahan.

“Terima kasih atas sumbangan yang diberikan, walaupun jumlahnya tidak banyak, namun ia dapat digunakan untuk keperluan keluarga.

“Duit yang diperuntukkan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras dan gula ini boleh digunakan untuk persediaan sekolah anak-anak yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya.

Bagi Kamarudin Abdul Rahman, 48, pula, soal jumlah sumbangan tidak menjadi keutamaan baginya, namun apa yang lebih penting adalah keprihatinan seorang pemimpin terhadap rakyatnya yang ditimpa kesusahan.

“Apa yang lebih penting adalah kelibat seseorang pemimpin sewaktu kami ditimpa musibah menjadi salah satu daripada kayu pengukur terhadap perjuangan beliau yang dikatakan mengutamakan rakyat.

“Jadi perkara ini harus dilaksanakan bukan setakat berkempen sewaktu pilihan raya sahaja,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Dungun, Zakariah Yusuf berharap, mangsa banjir terlibat dapat menghadapi setiap ujian dengan tabah dan penuh rasa keimanan.

Sumber Asal : SINAR HARIAN EDISI TERENGGANU-21 DIS 2009

Sunday, December 20, 2009

Konvensyen PR 1 : Ucapan Presiden PAS


Sunday, 20 December 2009 02:20 Wartawan Buletin

SHAH ALAM - Ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan beberapa ‘gurauan sinis’ terhadap Umno dan Barisan Nasional telah menarik minat peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Pertama.

Antaranya, ketika beliau membuat perbandingan segala tindak tanduk Firaun yang zalim melaksanakan projek-projek yang memperbodohkan rakyatnya, Ustaz Hadi menyebut projek-projek Firaun umpama ‘Inilah satu lagi projek Barisan Nasional’.

Beliau turut mengkritik Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang sepatutnya bentindak sebagai ‘pengadil’ dalam sebarang pilihanraya, namun tindak-tanduk badan tersebut seumpama ‘Pengadil yang shoot goal’.

Diantara intipati ucapan Presiden PAS adalah;

1. Adalah penting kepada Pakatan Rakyat mencari pendekatan terbaik untuk terus diberi kepercayaan oleh rakyat melakukan perubahan.

2. Penyertaan PAS bersama dalam pakatan rakyat katanya sebagai usaha untuk melakukan perubahan atas perinsip yang disepakati bersama dengan parti-parti lain.

3. Dalam aspek perpaduan pula, PAS mengikut ajaran islam dimana tidak membeza-bezakan ataupun merendahkan martabat mana-mana kaum seperti dilakukan pihak tetrtentu.

4. Kerajaan-kerajaan negeri sedia ada dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat perlu menunjukkan contoh tauladan yang meyakinkan.

Ikuti video klip Ucapan Presiden di Buletin Online




Saturday, December 12, 2009

Kerajaan Umno/BN Terengganu Menerima Akibat ‘Doa Laknat’



KUALA TERENGGANU - Masih heboh diperkatakan oleh media dan rakyat tentang isu ‘doa laknat’ yang belum dibaca lagi oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada umumnya, orang ramai dapat menerima, apabila seseorang itu dizalimi, dianiayai, dan hilang segala punca mahu meminta pertolongan, maka dia akan berdoa kepada Allah SWT. (Gambar - Runtuhan Masjid Bujal).
Cuma orang-orang Umno yang tidak dapat menerima hakikat ini kerana, mungkin mereka tidak pernah menerima kesusahan dan kesengsaraan akibat dizalimi.

Apa pun doa yang dibaca oleh seseorang yang dizalimi itu, terpulanglah kepada orang itu sendiri, samada mahu mendoakan sesuatu yang buruk terhadap orang yang menzaliminya atau doa yang baik.

Namun, secara tabi’ie (semulajadi) sifat manusia, apabila mereka dizalimi, mereka akan meminta tuhan membalas keatas apa yang telah dilakukan oleh ‘penzalim’ terhadap mereka.

Di negeri Terengganu, khususnya di daerah Kemaman masih tidak lupa satu tragedi yang paling menyayat hati dimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diketuai oleh Dato’ Seri Idris Jusoh telah melakukan satu kezaliman yang sangat dahsyat.

Tanggal 26 Mei, 2005, kerajaan Umno/BN bukan sahaja merobohkan rumah-rumah rakyat bahkan mereka merobohkan rumah Allah.

Seluruh masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal lenyap dari muka bumi akibat kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan BN.

Apakah salah penduduk-penduduk kampung Bujal sehingga masjid yang mereka dirikan dengan wang yang halal, hasil dari derma sumbangan sedeqah dan jariah orang ramai, tiba-tiba dengan mudah tanpa sedikitpun perasaan kasihan belas, masjid mereka telah dirobohkan.

Apa yang kami boleh buat ketika masjid Bujal dirobohkan?? Tentulah kami mendoakan agar Allah membalas segala kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN.

Begitu juga di RTB-RTB lain.

Seluruh dunia menyaksikan bagaimana seorang perajurit Negara, yang masih dalam pakaian seragam, mengalirkan air mata, melihat rumah yang dibinanya dari wang simpanannya dirobohkan oleh kerajaan Umno dan BN.

Seorang askar yang berkhidmat untuk mempertahan tanah air dan Negara, mengumpulkan wang sedikit demi sedikit, demi untuk mendirikan rumah tempat untuk berlindung dari sejuknya cuaca malam hari dan panas terik matahari pada waktu siang.

Orang ramai yang cuba menghalang perobohan rumah anggota tentera itu telah mendirikan solat hajat dirumah tersebut sebelum dirobohkan.

Sang perajurit itu turut mengaminkan doa, yang dibaca beramai-ramai oleh jamaah apabila selesai solat hajat.

Apakah dalam keadaan itu orang ramai dan perajurit akan mendoakan supaya kerajaan Umno dan BN akan diberikan keberkatan, ditambahkan rezeki, terus maju dan cemerlang??

Tentu kandungan doa mereka memohon kepada Allah yang maha adil untuk membalas segala perbuatan zalim kerajaan Umno/BN.

Begitu juga di RTB Belimbimg Api, RTB Padang landak dan Padang Luas, semuanya di daerah Besut.

Tentu mereka tidak pernah terfikir, tanah yang mereka terima secar ikhlas dari kerajaan PAS Terengganu, dirampas.

Rumah-rumah yang mereka dirikan, dirobohkan dengan segala jentera berat dan anggota penguatkuasa yang tidak langsung menggunakan akal dan fikiran akibat ugutan dan paksaan oleh pemimpin Umno dan BN.

Justeru, Allah yang maha adil dan maha berkuasa mungkin telah memperkenankan doa-doa kami dan mereka yang dizalimi.

Kerajaan Umno/BN Terengganu, tidak pernah aman, walaupun memiliki kekayaan wang ringgit berbilion, itu pun hasil dari wang rakyat, hasil royalti yang dirompak.

Percayalah ! Pemimpin Umno/BN Terengganu tidak akan aman dan sentiasa berbalah, walau apa jua tindakan perdamaian yang diambil kerana mereka lah yang menzalimi rakyat Terengganu.

Pembinaan bangunan yang hebat-hebat, Stadium, Lapangan Terbang, Kolam Renang, Menara Komunikasi, Pusat ICT, Masjid; semuanya kini rosak, punoh dan runtuh, sebagaimana kerajaan Umno/BN merobohkan dan meruntuhkan rumah-rumah rakyat marhaen dan masjid Bujal !

Kerajaan Umno/BN Terengganu telah pun merasa azab doa laknat, yang dibaca oleh orang-orang yang dihambat seperti anjing, dihalau keluar dari rumah-rumah yang halal disisi Allah dan dizalimi oleh kerajaan Umno dan BN.

Maka tunggulah pula apa yang terjadi kepada Umno seluruhnya, apabila rakyat berdoa supaya dibalas kezaliman terhadap mereka yang menafikan royalti minyak yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambanya, rakyat Terengganu dan Kelantan seluruhnya.

Tunggulah, InsyaAllah ! BO

Friday, December 11, 2009

Ketagih dengan Petronas, Ekonomi negara makin teruk





Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi melahirkan rasa bimbang dengan suasana ekonomi negara semasa, disebabkan rekod terbaru menunjukkan pendapatan Petronas berkurangan.

“Pendapatan Petronas berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 bilion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%,” jelasnya dalam suatu kenyataan media di Parlimen.

Beliau berpendapat angka kejatuhan tersebut turut memberi impak berantai pada ekonomi negara kerana 48.6 peratus diperoleh dari keuntungan Petronas.

Jelasnya lagi, Petronas turut menyumbang sebanyak 44.9 peratus pada pendapatan negara tahun lepas.

Beliau turut mengkritik sikap kerajaan yang terlalu bergantung kepada hasil minyak sebagai sumber pendapatan utama negara, demi mengaburi sokongan rakyat.

“Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.”

Beliau yang juga ketagihan wang Petronas menjadikan perbelanjaan sumber asli negara tersebut kian membengkak saban tahun.

“Penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun, ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya,” ujarnya.

“Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.”

Dakwanya lagi, ketagihan tersebut disebabkan amalan boros, ketirisan dan rasuah dalam sektor pembinaan dan pengurusan kerajaan sendiri.

“Kalau projek pembinaan yang asalnya RM4 bilion boleh jadi RM4.5 bilion kerana boros, ketirisan dan rasuah, kerajaan tiada jalan lain kecuali menggunakan dana Petronas melebihi kadar yang sepatutnya.”

“Memburukkan apabila kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan kemudiannya (membentangkan) pakej ransangan berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008.”

Beliau turut meminta Petronas bersikap lebih telus dan tidak melayan ketagihan beberapa pemimpin Umno BN yang dianggap boros, mengamalkan rasuah dan ketirisan dalam menguruskan perbendaharaan negara.

Wednesday, December 09, 2009

UCAPAN PESURUHJAYA TERENGGANU PADA PERJUMPAAN BLOGGER TERENGGANU

SELASA - 8 HB DISEMBER 2009,KUALA TERENGGANU

Doa Tok Guru adalah Kerana Kezaliman BN



Jangan Hirau Gangguan Kemucup diJalanan

alhamdulillah



BLOG kembali beroperasi seperti biasa

TQ

Mesti Tonton: TGHH menjawab Isu Semasa

Part 1 - Muqadimah



Part 2 - Muqadimah II



Part 3 - Adakah Kerjasama Politik dengan DAP & PKR boleh dari segi Islam?



Part 4 - mengapa PAS Mengharamkan SistemIn Islam?



Part 5 - mengapa Islam menjatuhkan hukuman bunuh bagi mereka yang keluar agamanya?



Part 6 - Padangan Dato' Seri mengenai Dasar Ekonomi Baru?



Part 7 - terangkan Unity Gurvernment dan tidak mahu kerjasama dengan UMNO?



Part 8 - mengapa tidak menggunakan Bahasa Inggeris walaupun soalan diajukan dalam bahasa Inggeris?



Part 9 - Adakah Demokrasi ini halal mengikut syarak?



Monday, December 07, 2009

KEMALANGAN DI KB MALL KOTA BHARU

PETIKAN DARI( http://nixkgeekier.net/)

6 DISEMBER 2009.KOTA BHARU,
Di kota bharu, kelantan, dua orang pelajar perempuan masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya kb-mall terjunam sebelum menghempap mangsa.

Kejadian berlaku jam 5.40 petang tadi.

Versi pertama

Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu.Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.

Versi kedua.

Pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai lelaki, sedang cuba menolak kereta tersebut kerana rosak. mereka cuba menolak kereta tersebut supaya engine kereta dapat dihidupkan semula. Tetapi entah macam mana, kereta tersebut merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskelator yang berada di tingkat dua.

Pada ketika itu, mangsa, siti nor amira samsuddin 19, siti nor diana azman 18 dan rashidah ahmad lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan.

Mangsa, siti nor amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala siti nor diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala.

Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi,i-c-u, hospital raja perempuan zainab dua kota bharu.Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri.Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan.Ketua polis daerah kota bharu, a-c-p zahruddin abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan.Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi.



Inilah lokasi 3rd floor yang dikatakan dilanggar oleh kesilapan reverse gear kereta tadi.



plat kereta berkenaan yg tercampak.Patut lah..Tgk nombor tu,nombor reverse!!! 3210…adoiii!!!kebetulan.

Kereta kuning ini tersilap reverse gear dan terjatuh dari 3rd floor (parking) dan jatuh terus ke ground floor.eii..menakutkan!



Dikhabarkan seorang terbunuh,3 cedera wallahualam…








putus????


organ apa nih???




Sumber: Lee Kum Chuan’s facebook & beberapa sumber lain.


Tuesday, December 01, 2009

Presiden PAS: Tindakan Nik Aziz gambaran ikhlas dan jiwa besar


Kenyataan akhbar Presiden PAS

Keputusan yang diambil oleh Tok Guru Mursyidul Am PAS dengan meminta menantu beliau Ir. Abdul Ariffahmi Abd Rahman untuk meletakkan jawatan dari kedudukan sebagai CEO PMBK adalah jelas merupakan satu tanda keikhlasan dan jiwa besar yang ditunjukkan oleh Tok Guru yang bersedia menerima keputusan parti.

Sifat berjiwa besar ini juga ditunjukkan oleh seluruh ahli keluarga beliau yang bersabar dengan ujian yang dan ini sangat berbeza dengan konsep kronisme yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang tidak boleh dirombak dan dirungkaikan.

Kita juga berhadapan dengan undang-undang manusia yang seringkali menjatuhkan hukuman dengan tidak adil – iaitu hukuman telah dijatuhkan sebelum maklumat sepenuhnya diperolehi dari sumber yang amanah dan benar.

Benarlah keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah saw “Akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru, orang amanah dikatakan khianat, orang khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar”.

Kita dapati Tok Guru selaku Pengerusi PMBK telah menjalankan pelantikan yang ikhlas.

Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru.

Kita dapati bahawa selama 19 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, Tok Guru selaku Menteri Besar dan ahli keluarganya tidak pernah mengambil peluang dari jawatan yang diamanahkan ini.

Seluruh ahli PAS menjunjung tinggi keikhlasan Tok Guru dalam menjalankan amanah yang sangat besar dan berat ini.

Kita juga sangat hairan dengan sikap orang yang menyerang Tok Guru ini kerana mereka berdiam diri pula dengan membiarkan kesalahan dan ketidakadilan terhadap rakyat yang dilakukan oleh para pimpinan UMNO dan BN sewenang-wenangnya.

Kita berharap agar Tok Guru dan keluarga bersabar dengan ujian masyarakat yang tidak memahami keadaan sebenar yang berlaku.

Kita mengharapkan agar mereka yang suka menyebarkan api kebencian agar segera bertaubat kerana sabda Rasulullah saw “Barangsiapa yang bermusuh dengan orang-orang yang mentaati perintahku maka aku mengisytiharkan kemurkaan yang sekeras-kerasnya”.

Saya juga menyeru seluruh ahli PAS agar berbangga dengan keputusan Tok Guru beserta ahli keluarganya yang bersedia menerima keputusan parti, dan marilah kita bersama-sama dengan Tok Guru dalam menghadapi ujian fitnah media yang tidak putus-putus dan cubaan musuh untuk meletakkan kerajaan PAS di Kelantan dalam keadaan tidak tenteram.

Marilah kita sama-sama mempertahankan kerajaan yang telah dibina di atas dasar amanah Allah ini dengan seluruh tenaga yang kita ada.

Presiden PAS
Abdul Hadi Awang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...