Pages

Friday, July 31, 2009

YB Hamdan dalam Kenangan



TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang diperolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..



BIODATA

MOHD HAMDAN ABD RAHMAN

Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang mewakili PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 PERMATANG PASIR di Kawasan PERMATANG PAUH. Berkhidmat sebagai ADUN N.11 Permatang Pasir selama 2 penggal (1999-2004 dan Penggal 2004-2008). Berumur 59 Tahun, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.

Saturday, July 25, 2009

IJTIMAK PEMUDA RANTAU ABANG

SALAM UKHUWAH,

Alhamdulillah pada 24hb Julai 2009 UPM MTD Rantau Abang telah berjaya mengadakan satu Ijtimak Pemuda Rantau Abang, yang bertempat di Surau Rajawali,Pulau Serai.

Pulau Serai adalah salah satu UPU yang paling kuat di DUN Rantau Abang .Ijtimak bermula dengan pendaftaran pada pukul 230 petang selepas Sembahyang Jumaaat.Para pemuda disediakan makan nasi tengahari berlaukkan daging dan ikan masin.



Pendaftaran Peserta Ijtimak



Thursday, July 23, 2009

IJTIMAK PEMUDA DUN RANTAU ABANG




SALAM UKHUWAH

SATU IJTIMAK PEMUDA DUN AKAN DIADAKAN :-

HARI : JUMAAT
TARIKH : 24HB JULAI 2009/1 SHAABAN 1430
MASA : 300 PTG - 1000 MALAM
TEMPAT : SURAU HUJUNG RAJAWALI,PULAU SERAI

BANYAK ACARA MENARIK DISEDIAKAN

SUKANEKA PEMUDA,BBQ,MOTIVASI DLL.

SEMUA PEMUDA DUN 15-40 TAHUN DIJEMPUT HADIR




"ORANG MUDE GENG KITE"

Monday, July 20, 2009

Friday, July 17, 2009

Mati Dalam Tahanan : Satu Lagi Episode Malang




petikan dari
:(http://episodeperjuangan.blogspot.com)


1. Negara sekali lagi gempar dengan tragedi malang yang menimpa . Tragedi yang melenyapkan rasa rungsing akibat kemerosotan undi majoriti PAS di Manek Urai .

2. Semua tertumpu kepada peristiwa malang yang membawa kepada terbunuhnya mendiang Teo Beng Hock .

3. Bagaimana beliau yang juga merupakan setiausaha politik kepada Yb Ean Yong Hian Wah [ EXCO Selangor ] itu terbunuh adalah satu persoalan besar yang perlukan siasatan segera dan terperinci oleh pihak berwajib .

4. Lebih besar bencananya ialah bagaimana beliau boleh terbunuh dalam [ atau sewaktu masih dalam ] tahanan SPRM . Tentunya ini akan mengundang pelbagai spekulasi dan tentunya SPRM dilihat sebagai pihak yang paling hampir untuk bertanggungjawab .

5. Rakyat mengharapkan satu siasatan rapi , telus dan bertanggungjawab diambil oleh pihak kerajaan untuk menyiasat tragedi ini dan jika ada pihak yang bersalah , hukuman setimpal mestilah dijatuhkan .

6. Sehingga hari ini terlalu banyak tragedi malang seperti cedera dan terbunuh dalam tahanan . Samaada tahanan SPRM atau tahanan polis . Sedangkan menjadi tanggungjawab penuh pihak yang menahan , menjaga keselamatan dan kebajikan tahanan sebelum ia disabitkan bersalah . Individu yang ditahan untuk soal siasat tidak boleh di dera , dipaksa atau dicederakan , apalagi dibunuh mati kerana individu itu bukan pesalah sebelum ia disabitkan bersalah melainkan ia hanyalah individu yang membantu siasatan .

7. Sekalipun pihak yang menahan tidak melakukan pembunuhan tersebut , keselamatan tahanan tetap dibawah jagaan mereka selama ia masih dalam tahanan [ atau premis tahanan ] . Selayaknya tragedi seperti ini tidak berlaku apalagi dalam kawasan pihak yang menahan . Malangnya di negara kita hari ini , siapa jua yang ditahan tidak mempunyai jaminan keselamatan diri . Mereka seperti dihukum terlebih dahulu sebelum mereka disabitkan bersalah .

8. Jika satu atau dua kes , mungkin rakyat boleh terima ia sebagai suatu tragedi yang tidak disengajakan atau diluar tanggungjawab mereka . Tetapi jika kes mati dalam tahanan ini kian menjadi - jadi , Kerajaan wajib mengeluarkan satu kertas putih berkait perkara ini .

9. Apakah satu suruhanjaya lagi akan dibentuk untuk menyiasat suruhanjaya ini ? berapa banyak suruhanjaya daa ? Saya ingat Malaysia adalah sebuah negara yang paling banyak menubuhkan suruhanjaya . Entah berapa banyak suruhanjaya yang telah ditubuh . Samaada yang kekal atau bersifat sementara , tetapi hasilnya tetap satu [ one Malaysia ] iaitu tragedi tetap berlaku dan berlaku .

10. Saya mencabar supaya pengerusi SPRM segera meletakkan jawatan bagi membolehkan satu penyiasatan telus dan teliti dilakukan justeru beliau mestilah mengambil tanggungjawab atas tragedi yang berlaku . Soal siapa salah itu perkara kedua . Terserah kepada hasil siasatan . Tetapi perletakkan jawatannya adalah untuk memastikan siasatan berjalan lancar dan rakyat yakin terhadap siasatan itu . Jika tidak , terpaksalah rakyat menjalankan siasatan sendiri ! lebih malang kalau rakyat ambil hukum sendiri ! jika ini benar berlaku , siapa lagi boleh halang pada waktu ?

Melihat kepada peningkatan angka kematian dalam tahanan dan lokap , rasanya , Musa Hassan pun tidak perlu lagi disambung kontraknya yang bakal berakhir september ini , atau mungkin juga Perdana Menteri sendiri ambil tanggungjawab ? paling tidak , menteri terbabit . Tapi saya tahu , apa yang akan berlaku dalam negara saya , kerana ini bukan kali pertama .......Harap ada percaya tiada !

Saturday, July 11, 2009

Manik Urai : Misi calon PAS?

Bersedia berkhidmat meneruskan usaha arwah Poksu Wil untuk rakyat Manik Urai :
  1. Memastikan golongan belia berakhlak demi kejayaan masa depan.
  2. Berusaha menyediakan kemudahan untuk aktiviti sukan bagi belia-belia di setiap mukim.
  3. Mewujudkan pusat aktiviti kaum wanita ke arah melahirkan wanita berdikari.
  4. Menyelesaikan permasalahan milik tanah untuk rakyat.
  5. Memastikan amalan beragama dan kehidupan sejahtera dan berkat.



Thursday, July 02, 2009

Himpunan Raksasa Pemuda PAKATAN

Petikan blog:
Nasrudin Hassan at Tantawi


1. Insyaallah , satu Himpunan besar - besaran Pemuda PAKATAN Rakyat akan diadakan di Kampung Sungai Sok Manek Urai Kelantan pada 5 hb Julai 2009 [ Ahad ] jam 9.00 Malam .

2. Himpunan ini adalah satu perhimpunan yang akan mengumpulkan seluruh rakyat khasnya pemuda untuk mendengar beberapa isu semasa dan sekali gus membangkit semangat juang para pemuda untuk memenangkan PAKATAN yang diwakili oleh PAS di pilihanraya kecil DUN Manek Urai .

3. Semua hadhirin dan hadhirat serta pemuda dan pemudi dijemput hadhir bagi menjayakan majlis bersejarah ini dan mendapatkan penjelasan isu terkini dari pimpinan pemuda .

4. semua sahabat cyber agar dapat siarkan maklumat ini di mana sahaja laman cyber milik anda dan sebarang bentuk sebaran kepada umum agar kelak tiada siapa yang ketinggalan maklumat mengenai himpunan besar ini .

5. Selamat berjuang dan Insyaallah kita menang di Manek Urai .



CERAMAH DUN RANTAU ABANG

SALAM UKHUWAH,
Alhamdulillah,30hb Jun ceramah telah berjya dilaksanakan oleh MTD Rantau Abang.Kehadiran orang ramai ke Seberanag Pintasan yang merupakan kubu UBN dalam DUN Rantau Abang bolehlah dikatakan melebihi target.Lebih kurang 300 orang telah hadir pada malam tersebut.Tiga orang penceramah yang telah mengupas isu-isu semasa dengan gaya masing-masing.Tahniah kepada Penerangan DUN Rantau Abang yang telah berjaya mengendalikan ceramah dengan jayanya.Semoga terus maju dan istiqomah dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Terengganu ini.


ORANG RAMAI KHUYSUK MENDENGAR CERAMAH YANG DISAMPAIKAN


MAZLAN ALIMAN YANG MENYAMPAIKAN CERAMAH MENGENAI ISU ORANG MELAYU LUAR BANDAR


TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT ,USTAZ AZMAN SHAPAWI YANG BERSEMANGAT MENYAMPAIKAN CERAMAH


USTAZ WAN HASSAN,YB DUN SURA BERKONGSI MENGENAI MANEK URAI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...