Pages

Thursday, January 29, 2009

Jengka 16



Salam Ukhuwah,
Kesempatan bersama mengikuti ceramah Ustaz Azman Shapawi ke Felda Jengka 16 malam tadi sungguh bermakna.Ceramah sempena meraikan kemenanagan Pakatan Rakyat di PRK P036,yang lalu amat dirasakan oleh penduduk di sana.Walaupun menang di KT tetapi apabila kerja yang dilaksanakan berdasarkan iman dan takwa kemanisan perjuangan akan dapat dirasakan oleh semua.Inilah hebatnya apabila berada dalam jamaah yang tak akan mungkin ada dalam parti kebangsaan UMNO.

Tanda kesyukuran kepada Allah SWT amat dirasakan oleh semua pendokong dan penyokong sekitar Jengka 16 yang meraikan kemenangan dengan mengadakan jamuan gulai lembu.Penceramah bersama Ustaz Azman Shapawi malam tadi juga turut disertai oleh Abdullah Karim,Exco Dewan Pemuda PAS Pusat yang menyentuh mengenai isu tanah terutamanya bagi peneroka yang hak milik mereka adalah atas dasar pajakan.Beliau adalah seorang peguam muda dan bijak menyusun isu-isu tempatan.Tahniah buat beliau.Manakala Us Azman banyak menyentuh keadaan negeri Terengganu selepas PRK yang lalu.

Marilah kita sama sama berdoa agar apa yang kita teruskan ini sentiasa dalam lindungan Ilahi dan mendapat ganjaran yang setimpal di Akhirat nanti.Wallahuaklam.
Wassalam

Friday, January 23, 2009


Salam Ukhuwah,
Alhamdulillah,PRK P036 Kuala Terengganu selesai dengan kemenangan PAS bersama Pakatan Rakyat.Pihak Pemuda DUN Rantau Abang mengucapkan tahniah kepada jentera pilihanraya Negeri dan Pakatan Rakyat.Tidak dilupakan kepada semua petugas DUN Rantau Abang yang sanggup mengorbankan masa,wang ringgit dan masa untuk bersama jentera pilihanraya seluruh Negeri dalam memenangkan calon Pakatan Rakyat.

Pengalaman dalam menggerakkan jentera semasa PRK amat berguana kepada para ahli dalam menjalani perjuangan yang bakal mendatang dalam menghadapi PRU ke 13 nanti.Walaupun suasana PRK P036 lalu berlangsung dalam keadaan tenang namun banyak perkara yang amat berguna dan manafaat untuk bekalan.Medan PRK seolah menjadi satu kursus secara teori dan praktikal kepada semua jentera pilihanraya khususnya untuk negeri Terengganu dalam menghadapi PRU 13 nanti yang dijangka pada tahun 2012.

Dewan muslimat dan Dewan Ulamak seharusnya memainkan peranan yang lebih besar lagi bagi mencari satu formula menghadapi PRU.Semasa PRK P036 pada pengamatan ana muslimat dan ulamak banyak membantu dari segi taktikal dan pendekatan yang lebih baik pada sebelumnya.Ini seharusnya diteruskan dengan momentum yang sebaiknya dalam merencana kaedah yang lebih sesuai dalam menghadapi PRU 13 nanti.

Peranan ulamak dan muslimat disamping sokongan dari pihak pemuda akan digabung jalinkan untuk berperanan sebaiknya dalam menghadapi cabaran yang bakal mendatang.Pihak UMNO dan BN akan mengatur strategi yang lebih halus bagi menangkis kekalahn dalam PRK ini.Inilah cabaran yang akan kita hadapi bersama dalam perjuanagan yang tidak akan terhenti selagi Pemerintahan Islam tidak tertegak di bumi Terengganu ini.

Untuk akhir untuk coretan ini ana sekali lagi mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua petugas dari MTD Rantau Abang yang membantu bagi memenangkan Pakatan dalam PRK P036 yang lalu.

Sunday, January 04, 2009


Salam Ukhuwah,
Hari kedua tahun 2009 dikejutkan dengan kemalangan yang meragut 10 orang di Gua Musang,Kelantan yang mana pada tarikh sama hari kedua penguatkusaan pemakaian tali pinggang keledar belakang.Berbagai isu timbul dan cakap-cakap umum bahawa tempat tersebut berhantu dan macam-macam lagi.Bagi pihak polis kenyataan ini disangkal dan mengikut pihak berkuasa ini adalah berpunca daripada kelalaian manusia itu sendiri.Disini jelas menunjukkan bahawa selagi masing-masing ada penjelasan masing-masing selagi itu kita akan berhadapan dengan konflik tahap pemikiran orang kebanyakan.Kita tidak boleh memperlekehkan pandanagan ini kerana itulah tahap pemikiran dan persepsi rakyat dalam menghadapi sesuatu isu.

Inilah cabaran yang sebenarnya kepada kita semua yang berada dalam Jamaah.Dalam memperjuangkan Daulah Islamiyah dalam negara dan menyedarkan tentang kezaliman pihak pemerintah dalam negara.Kita akan dihidangkan dengan kefahaman dan persepsi yang sudah lama bersarang dalam pemikiran mereka yang hanya pemerintah yang ada sekarang mampu mentadbir negara dan dalam masa yang sama menolak PAS dengan alasan tak tahu memerintah.

Ana berpeluang untuk bertugas di UPU Kg Kolam dalam DUN Batu Burok yang akan berhadapan dengan pengundi dari golongan bawahan dan juga sebahagian dari pegawai kerajaan juga bekerja sendiri.Untuk lebih jelas suka ana jelaskan bahawa tidak semua yang kita lakukan akan menjadi titik permulaan bagi gerakkerja selepas ini kerana ia amat berbeza dengan suasana pilihanraya Umum dan PRK ini.

Cukup sekadar ini untuk kali ini dan marilah kita sama-sama teruskan usaha dakwah kita dalam perjuangan suci ini.Sama-sama fikir jalan terbaik untuk memperteguhkan jamaah dalam menghadapi cabaran mendatang.

Wallah Huaklam

Saturday, January 03, 2009

CATATAN TAHUN BARU 2009 @ HIJRAH 1430



AssalamuAlaikum,

Lembaran baru tahun 2009 bermula dengan begitu meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi semua.Ana tidak terkecuali kerana 2008 telah memberi satu impak yang besar terhadap diri ana sendiri .Tak perlu dibincangkan disini rasanya.

Ana ingin memulakan dengan perjalanan pada awal tahun 2009 kisah diri sendiri dalam menghadapi situasi politik 20009/1430 ini.Kita dikejutkan dengan berita penangkapan artis dan juga seleberiti yang terlibat dengan "Pesta Seks" dan dadah di KL,sementara itu di Kuantan seramai lebih kurang 60 pasangan ditangkap berkhalwat di hotel.Apa yang paling malang lagi ada satu kes melibatkan 5 remaja lelaki dan seorang perempuan dalam satu bilik,saudara boleh fikir dengan sendiri.Inilah situasi sebenar remaja seluruh negara sebenarnya.

Tanpa kita sedar atau pun tak sedar apa peranan kita sebenarnya dalam menghadapi situasi ini yang mana mungkin berlaku berhampiran tempat kita atau persekitaran tempat tinggal kita.Di sinilah memerlukan usaha dakwah dan amar makruf nahi mungkar.Kita tanya apa sumbangan kita dalam jamaah PAS dalam menghadapi situasi sebegini rupa.Ana tak berniat untuk membincangkan perkara ini panjang-panjang, eloklah kita semua memikirkan kaedah tertentu di tempat masing-masing samaada di bandar atau di kampung yang berbeza dari segi pendekatan.

Dikesempatan ini ana ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Kuala Terenggganu P-036 yang akan dijalankan pada 17 Januari 2009.DUN Rantau Abang telah diamanahkan untuk membantu jentera peringkat UPU di DUN Batu Burok.
UPU tersebut adalah Chendering Pantai dan KG Kolam ,Kuala Ibai.Majoriti penduduk disini adalah PAS walaupun sebahagian daripada mereka adalah dari golongan bawahan dan ini menandakan jika pendekatan yang sesuai kita dapat menguasai semua golongan.



Pada tanggal 1 hb Januari 2009 di Kuala Terengganu ana perhatikan rakyat rata-ratanya kurang berminat untuk membincangkan isu pilihanraya kecil P-036.Kemungkinan menunggu penamaan calon atau begitu sibuk dengan urusan masing-masing dalam menghadapi krisis ekonomi yang sekarang telah menberi kesan secara langsung kepada semua peringkat masyarakat amnya.Cuma semasa ana menikmati minum petang di sebuah warung berhadapan Sekolah Agama Ladang kedengaran tauke kedai menyatakan kepada pelanggan yang dikenalinya bahawa malam ini pengisytiharan calon PAS di Stadium Negeri,tapi dijawab dengan nada seolah tiada minat- 'OO ' jawabnya sambil menikmati juadah Nasi Dagang.

Inilah situasi sebenar masyarakat sekarang yang memang tidak berminat untuk membincangkan soal Politik negara.Ana beranggapan bahawa sudah sampai masa kita menjalankan gempur penerangan secara menyeluruh yang melibatkan semua pihak untuk turun berhadapan dengan masyarakat secara lansung atau melalui kaedah yang difikirkan bersama bukan sekadar ceramah umum yang kurang bisa sejak kebelakangan ini.

Cukup untuk catatan pertama ini kerana ini adalah cubaan penulisan ana yang tidak berpandukan kepada apa-apa sesi pembelajaran.mungkin ada tersilap ana mohon maaf dan bersedia menerima kritikan dan teguran membina.
'BERUBAH UNTUK KEMENANAGAN RAKYAT'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...